CARA BUAT DUIT KALAU ADA TUNAI

Ada yang mesej saya kalau dia ada wang tunai, macamana dia nak jana pendapatan daripada bisnes kereta sewa tanpa dia perlu urus. Ini cadangan saya.

  1. Beli Perodua Bezza 1.3 (A) baru harga RM44K tunai.
  2. Pajak RM1K sebulan x 5 tahun = RM60K.
  3. Lepas 5 tahun jual harga dalam RM22K.
  4. Jumlah pendapatan RM60K + RM22K = RM82K.
  5. Untung RM82K – RM44K = RM38K. RM38K / 5 tahun = RM7.6K.
  6. ROI RM7.6K / RM44K = 17.27% setahun.

Risiko

  • Kereta accident – Beli insuran P2P melalui e-platform kereta sewa terpilih.
  • Saman – Pajak dengan host bawah e-platform yang ada CTOS.
  • Kecurian – Pajak dengan host bawah e-platform yang ada SOP yang ketat.

Insuran P2P = insuran khas untuk kereta persendirian yang dijadikan kereta sewa. Kos tambahan adalah sebanyak 115%. Contoh insuran biasa RM1,000 setahun + P2P (115%) = RM2,150 setahun. Kelebihan insuran P2P, pihak insuran akan membayar pampasan untuk menampung kerugian yang berlaku. Insuran P2P hanya boleh dibeli melalui syarikat e-platform terpilih.

Harap membantu.