BAGAIMANA NAK ELAK PELANGGAN KERETA SEWA BERMASALAH ?

Salam saya banyak terima pertanyaan bagaimana nak elak pelanggan bermasalah? Bagi syarikat saya cara nak elak pelanggan bermasalah adalah dengan meminta pelanggan membuat tempahan melalui Sistem Tempahan Kereta Sewa Online Green Matrix (STKSOGM).

Berdasarkan pengalaman, pelanggan berkualiti tiada masalah untuk membuat tempahan kereta sewa secara online. Sebaliknya pelanggan bermasalah akan cuba mengelak untuk buat tempahan kereta sewa secara online. Mereka lebih suka buat secara offline dan bayar secara tunai.

Selain itu, selepas membuat tempahan kereta sewa secara online, kami juga dapat mengenalpasti pelanggan itu berkualiti atau berisiko. Pelanggan yang membuat bayaran secara online banking atau membayar menggunakan kad kredit/debit kad dikategorikan pelanggan berkualiti dan jarang menimbulkan masalah.

Kami akan lebih berhati-hati kalau pelanggan membuat bayaran melalui Mesin Deposit Tunai (CDM) atau mahu bayar secara tunai. Dengan cara ini syarikat saya dapat mengurangkan risiko menyewa kereta kepada pelanggan bermasalah.

Untuk cuba STKSOGM secara percuma boleh follow langkah dalam Channel Telegram ini ==> https://t.me/c/1760939056/16