GMHUB PRO

Pejabat GoGreenMatrix Kota Warisan, Sepang.

Salam, GoGreenMatrix sedang mencari individu atau syarikat yang berminat untuk menjadi rakan kongsi untuk membuka cawangan rasmi kami di seluruh Malaysia. Keutamaan kawasan yang ada salah satu ciri-ciri berikut.

  • Bandar utama.
  • Lapangan terbang.
  • Pusat tarikan pelancong.
  • Kawasan universiti.
  • Kawasan industri.
  • Pusat pentadbiran kerajaan.

Program ini dikenali GMHUB PRO (Preferred Regional Operator)

SIAPA PATUT SERTAI GMHUB PRO?

  1. Keutamaan mereka yang ada premis atau serius untuk membuka premis perniagaan.
  2. Komited membina bisnes jangka panjang.
  3. Bersedia menjadi leader & rujukan di kawasan sendiri.

TAK SESUAI UNTUK MEREKA

  1. Nak goyang kaki.
  2. Tak mahu usaha.
  3. Tak berani mencuba.

APA PESERTA DAPAT?

  1. Kemudahan lesen Motac, MOF & Permit bernilai RM300,000.
  2. 1 on 1 coaching (1 hari : 9 pagi – 5 petang) bernilai RM1,000.
  3. Sistem tempahan online (Apps dan laman web) bernilai RM3,000 setahun.
  4. Bahan pemasaran (3000 gambar + 500 video) bernilai RM1,000.
  5. Sistem semakan rekod pelanggan bernilai RM5,000 setahun.
  6. Kemudahan CTOS bernilai RM5,000 setahun.
  7. Set dokumen perniagaan digital bernilai RM1,000.
  8. 10 kereta pajak bernilai RM300,000 (tempoh 12 bulan).
  9. Alamat pejabat & no telefon di laman web GoGreenMatrix.
  10. Group support Whatsapp 12 bulan bernilai RM1,000 setahun.

Lesen syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Lesen dari Kementerian Pelancongan Seni & Budaya Malaysia.

Lesen Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Ahli Car Rental Association Malaysia (CRAM)

Sijil pematuhan cukai TCC

TERMA & SYARAT


1. KELAYAKAN PENYERTAAN

  1. Individu/wakil syarikat umur 18 tahun ke atas.
  2. Individu/wakil syarikat bebas daripada rekod jenayah serius.
  3. Sudah ada premis atau serius untuk buka premis perniagaan dalam masa 3 bulan.

2. STATUS KERJASAMA

  1. GMHUB PRO adalah entiti bebas dan bukan pekerja, rakan kongsi atau wakil undang-undang GoGreenMatrix.
  2. Tiada hubungan majikan-pekerja atau perkongsian diwujudkan melalui program ini.
  3. Semua urusniaga GMHUB PRO adalah di bawah tanggungjawab GMHUB PRO sendiri.

3. YURAN & TEMPOH KEAHLIAN

Yuran keahlian RM5,000 RM3,000 setahun. Kuota promosi terhad, yuran keahlian akan dinaikkan kepada harga asal pada bila-bila masa apabila kuota penuh.


4. PENGGUNAAN JENAMA GOGREENMATRIX

  1. GMHUB PRO dibenarkan menggunakan jenama GoGreenMatrix selagi keahlian masih sah.
  2. Semua penggunaan logo, papan tanda, bahan pemasaran, dan identiti korporat mestilah mendapat kelulusan bertulis daripada pihak pengurusan.
  3. Lesen GoGreenMatrix tidak boleh digunakan sebagai lesen operasi individu tanpa kebenaran bertulis dan mematuhi syarat pihak berkuasa yang terlibat.
  4. Penyalahgunaan jenama atau lesen boleh menyebabkan tindakan undang-undang.

5. KOMISEN & CAJ

  1. Tempahan daripada kempen pemasaran GoGreenMatrix:
    20% komisen akan dikenakan.
  2. Tempahan daripada pemasaran GMHUB PRO sendiri:
    Tiada royalti dikenakan.
  3. Jika GMHUB PRO menggunakan akaun bank GoGreenMatrix untuk menerima bayaran pelanggan:
    Royalti 1% akan dikenakan.

6. TANGGUNGJAWAB OPERASI

  1. GMHUB PRO bertanggungjawab sepenuhnya ke atas:
    • Pelanggan
    • Kenderaan
    • Kontrak Sewaan
    • Deposit, Tuntutan & Hutang
    • Kemalangan atau Pertikaian
    • Sewaan Premis (jika ada)
  2. GoGreenMatrix tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan pihak ketiga.

7. PEMATUHAN UNDANG-UNDANG

  1. GMHUB PRO wajib mematuhi semua undang-undang dan peraturan berkaitan termasuk garis panduan MOTAC, APAD, JPJ, PDRM dan Pihak Berkuasa Tempatan.
  2. Sebarang pelanggaran undang-undang adalah tanggungjawab penuh GMHUB PRO.

8. GANTI RUGI (INDEMNITY)

GMHUB PRO bersetuju untuk menanggung rugi GoGreenMatrix daripada sebarang tuntutan, kerugian, kos guaman atau tindakan undang-undang akibat kecuaian, penipuan atau pelanggaran syarat oleh GMHUB PRO.


9. ADUAN & PEMBATALAN KEAHLIAN

  1. GoGreenMatrix berhak membatalkan kerjasama dengan GMHUB PRO serta-merta jika terdapat:
    • Aduan serius
    • Salah laku
    • Penipuan
    • Perbuatan yang menjejaskan reputasi jenama
  2. Yuran yang sudah dibayar tidak akan dikembalikan.

10. PENARIKAN DIRI

  1. GMHUB PRO boleh menarik diri pada bila-bila masa dengan notis bertulis ke
    admin@gogreenmatrix.com
  2. Semua aset GoGreenMatrix hendaklah dipulangkan dalam tempoh 30 hari.
  3. Tiada pemulangan yuran dibuat.

11. AUDIT & PEMANTAUAN

GoGreenMatrix berhak menjalankan audit, pemantauan dan semakan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan terma dan perlindungan jenama.


12. PERUBAHAN TERMA

GoGreenMatrix berhak mengemaskini terma dan syarat ini dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada GMHUB PRO. Penggunaan berterusan selepas perubahan dianggap sebagai persetujuan.


13. UNDANG-UNDANG TERPAKAI

Terma & syarat ini ditadbir oleh Undang-Undang Malaysia.


BAGAIMANA NAK DAFTAR?

  1. Buat bayaran RM5,000 RM3,000 kepada Maybank : 511065549827 (Green Matrix Services).
  2. Isi borang pendaftaran ini ==> KLIK SINI
  3. Klik link yang diberikan selepas isi borang pendaftaran di atas.

PERTANYAAN

Sekiranya anda ada pertanyaan Whatsapp sini ==> KLIK SINI