GMHUB

Hub Kereta/Motor Sewa Green Matrix (GMHUB) adalah program untuk melahirkan usahawan kereta/Motor sewa yang berpendapatan RM60,000 hingga RM80,000 sebulan di bawah jenama Green Matrix dengan modal RM300 setahun.

Siapa Patut Daftar?

Mereka yang ingin jana pendapatan RM60,000 hingga RM80,000 sebulan sebagai usahawan kereta sewa Green Matrix dan tinggal berdekatan lokasi di bawah.

  1. Lapangan Terbang.
  2. Stesen bas. 
  3. Stesen keretapi 
  4. Jeti
  5. Bandar utama di Malaysia.
Pejabat Green Matrix di Kota Warisan, Sepang, Selangor.

Objektif

Berikut merupakan antara objektif yang peserta akan capai dalam masa 3 tahun.

  1. Urus 40 unit kereta sewa (sendiri/pajak).
  2. Pendapatan RM60,000 – RM80,000 sebulan.
  3. Keuntungan bersih minima 15% sebulan.
  4. Ada 3 orang pekerja.
  5. Mampu beli rumah bernilai RM1 juta.
  6. Ada simpanan emas 1 Kg.
  7. Konsisten berzakat, sedekah dan bayar cukai.

Kelebihan Program

  1. Peserta dapat sistem tempahan kereta/motor sewa online bernilai RM3,000.
  2. Bimbingan selama setahun bernilai RM1,000.
  3. 10 video tutorial bernilai RM1,000.
  4. 500 gambar/video pemasaran bernilai RM500
  5. Group support Whatsapp selama setahun bernilai RM1,000.
  6. Dokumen sewa dan perjanjian pajakan digital bernilai RM1,000.
  7. Kemudahan CTOS bernilai RM5,000 setahun.
  8. Diskaun insuran kereta sewa P2P Allianz 5%.
  9. Peluang mendapat kereta pajak secara percuma.
  10. Sokongan lebih 600 rakan niaga seluruh Malaysia.

Tiada kereta/motor boleh daftar?

Boleh, anda boleh sewakan kereta/motor peserta lain dan dapat komisen minima 10%. Sekiranya tempahan sudah konsisten dan anda sudah yakin, maka anda boleh beli kereta/motor sendiri atau ambil kereta/motor pajak.

Apa lagi bayaran yang dikenakan?

  • Yuran penyertaan RM300 setahun.
  • Tempahan dari usaha pemasaran Green Matrix, komisen Green Matrix 20% dan anda dapat 80% daripada bayaran sewa.
  • Tempahan dari usaha pemasaran anda sendiri, Green Matrix ambil 1% dan anda dapat 99% daripada bayaran sewa.
  • Pemasaran dari usaha pemasaran GMHUB lain. GMHUB berkenaan dapat komisen 10%, Green Matrix 1% dan anda dapat 89%.

Kadar Sewa

Kadar sewa dalam platform Green Matrix adalah berdasarkan persetujuan semua peserta dan seragam seluruh Malaysia (Kecuali Langkawi & Labuan). Tujuan supaya tiada isu buang harga di antara peserta. Walau bagaimanapun peserta boleh berikan diskaun mengikut bajet pelanggan melalui pemberian kod kupon khas.

Testimoni

Arbani Aman
Muhammad Basir Abu Bakar
Hendrick Maton
Meszarni Meserom
Syed Mohd Sulaiman

Syarat Penyertaan

  1. Keahlian sebagai GMHUB hanya sah dengan syarat peserta telah membayar yuran pendaftaran sebanyak RM300 untuk tahun pertama.
  1. GMHUB boleh menyambung keahlian untuk tahun seterusnya dengan membayar yuran tahunan sebanyak RM300 dalam masa 30 hari sebelum tarikh tamat keahlian. Kegagalan GMHUB membayar yuran tahunan dalam masa 30 hari selepas tarikh yang ditetapkan tanpa sebarang sebab yang munasabah maka keahlian GMHUB boleh terbatal secara automatik.
  1. GMHUB dibenarkan menggunakan jenama Green Matrix seperti pemasangan papan tanda, penggunaan kad perniagaan, brosur, baju dan bahan-bahan pemasaran yang lain selagi masih mejadi GMHUB yang sah. GMHUB perlu memaklumkan dan mendapat persetujuan bertulis daripada pihak pengurusan Green Matrix terlebih dahulu untuk memastikan penggunaan logo dan jenama adalah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Green Matrix.
  1. GMHUB yang terbatal keahlian tidak dibenarkan lagi menggunakan jenama Green Matrix sehingga keahliannya di sambung semula. Green Matrix berhak mengambil tindakan undang-undang sekiranya GMHUB yang terbatal keahlian masih menggunakan jenama Green Matrix tanpa kebenaran.
  1. Sekiranya tempahan datangnya dari kempen pemasaran GMHUB samada secara online atau offline maka Green Matrix akan mengambil 1% royalti daripada setiap pembayaran yang diterima.
  1. Sekiranya tempahan datangnya daripada kempen pemasaran Green Matrix, maka Green Matrix akan mengambil komisen sebanyak 20% daripada bayaran yang diterima.
  1. GMHUB diwajibkan menjaga nama baik Green Matrix. Sekiranya terdapat aduan tentang perkhidmatan GMHUB yang tidak memuaskan secara sengaja, maka Green Matrix berhak membatalkan keahlian GMHUB serta-merta.
  1. Green Matrix akan menyediakan segala bantuan sokongan seperti latihan dan sistem bagi memudahkan GMHUB menjalankan urusniaga. Sebagai balasan GMHUB perlu mematuhi segala syarat yang telah ditetapkan oleh Green Matrix.
  1. GMHUB boleh menarik diri pada bila-bila masa dengan menghantar surat rasmi kepada admin@gogreenmatrix.com. Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya GMHUB menarik diri selepas 30 hari pendaftaran. Segala aset Green Matrix hendaklah dikembalikan kepada Green Matrix dalam masa 30 hari.
  1. Sekiranya terdapat sebarang perubahan tentang syarat yang dinyatakan di atas, Green Matrix akan memaklumkan kepada GMHUB terlebih dahulu dan mendapat persetujuan bersama sebelum dilaksanakan.

Macamana Nak Daftar?

Ikut 3 langkah di bawah.

  1. Buat bayaran RM300 melalui link ini ==> KLIK SINI
  2. Isi borang pendaftaran ini ==> KLIK SINI
  3. Selesai langkah 1 & 2 ==> KLIK SINI

Lepas Daftar Apa Kena Buat?

  1. Masuk Whatsapp group khas untuk latihan.
  2. Selesaikan tutorial yang telah diberikan.
  3. Hadir coaching Zoom pada Isnin 9 malam.

Selesai langkah di atas, anda akan diberikan pautan untuk masuk group Whatsapp utama dan boleh bermula.