PAJAKAN
Bersama Tuan Fakuruddin Unop pemilik kereta Perodua Viva 1.0 (A) yang memajak keretanya pada 1 Oktober 2014.
Gambar di atas adalah gambar kenangan yang diambil bersama salah seorang rakan saya di Bintulu, Sarawak. Pada masa itu beliau menghadapi sedikit masalah kerana mempunyai sebuah kereta model Perodua Viva 1.0 (A) yang dibeli pada 27 September 2012. Kereta berkenaan jarang digunakan memandangkan beliau telah membeli sebuah kereta baru yang lebih besar.
Sejak membeli kereta baru beliau menghadapi sedikit masalah kerana terpaksa membayar ansuran bulanan untuk 2 buah kereta serentak. Ianya agak membebankan dan lebih malang lagi kereta lama berkenaan tidak dapat dijual memandangkan baki hutang yang lebih tinggi berbanding nilai jualannya.
Setelah berfikir panjang beliau mengambil keputusan untuk memajak keretanya kepada saya. Setelah berbincang beliau bersetuju memajak kereta berkenaan dengan bayaran sebanyak RM455 (ansuran bank) + RM200 (wang pajakan) = RM655 sebulan.
Beliau mula memajak keretanya secara tahunan sejak 1 Oktober 2014. Kontrak pajakan boleh disambung setiap tahun atas persetujuan kedua-dua pihak. Secara purata beliau menjana pendapatan bersih sebanyak RM2,400 setahun (RM200 x 12 bulan = RM2,400).
Program pajakan telah membantu mengurangkan beban dan menjana sedikit pendapatan kepada beliau. Beliau juga tidak perlu pening kepala kerana segala kos seperti penyelenggaraan, insuran, cukai jalan dan saman di tanggung oleh pihak saya.
Begitulah bagaimana program pajakan telah membantu pemilik kereta seperti Tuan Fakurudin Unop. Sebenarnya ramai lagi pemilik kereta yang menghadapi masalah seperti di atas, jadi sekiranya anda ada masalah seperti di atas, mungkin program pajakan boleh membantu anda.
APAKAH SYARAT PAJAKAN?
- Green Matrix tidak mengambil kereta pajak buat masa ini. Walau bagaimanapun sekiranya ada pemilik kereta ingin memajak kereta, maka perjanjian pajakan adalah di antara pemilik kereta dengan Peserta Hub Kereta Sewa Green Matrix (GMHUB) yang sah dan masih aktif sahaja. Perjanjian pajakan mestilah menggunakan nama individu atau perniagaan/syarikat GMHUB itu sendiri. Green Matrix tidak terlibat dalam urus niaga pajakan.
- Green Matrix akan memaklumkan maklumat kereta pajak yang dinyatakan pemilik kereta kepada GMHUB yang terdekat. Segala urusan perjanjian dan bayaran pajakan adalah di antara pemilik kereta dan GMHUB. Sekiranya ada sebarang masalah berhubung bayaran atau apa-apa tuntutan, pemilik kereta mestilah berhubung dengan GMHUB dan tidak melibatkan Green Matrix.
- Pastikan GMHUB yang ingin memajak kereta anda membayar 2 bulan bayaran ansuran bulanan dan wang pajakan sebelum kereta diserahkan. Tujuan untuk memastikan pemajak berkemampuan dan mengelakkan kelewatan pembayaran.
- Pemilik kereta berhak membatalkan perjanjian pajakan dan mengambil balik keretanya sekiranya GMHUB gagal membayar wang pajakan pada tarikh yang telah ditetapkan. Segala urusan tuntutan bayaran dan ganti rugi adalah di antara pemilik kereta dan juga GMHUB. Pemilik kereta tidak berhak menuntut apa-apa daripada Green Matrix memandangkan perjanjian pajakan adalah di atas persetujuan di antara pemilik kereta dan GMHUB
KONSEP PAJAKAN
Terdapat 3 jenis konsep pajakan iaitu bayaran secara peratusan (50:50), bayaran tetap (kereta sedia ada) dan kereta baru.
Pajakan 50:50
- Sesuai untuk semua jenis kereta.
- Bayaran sewa dibahagikan 50% untuk pemilik kereta dan 50% untuk GMHUB.
- Pemilik kereta bertanggungjawab untuk ansuran bulanan, insuran, road tax dan penyelenggaraan.
- GMHUB bertanggungjawab untuk menuntut kutipan sewa, ganti rugi kerosakan dan saman dari penyewa.
- Pemilik kereta boleh mengambil semula kereta pada bila-bila masa selepas memaklumkan GMHUB.
Pajakan Bayaran Tetap
- Usia kereta tidak melebihi 10 tahun ATAU jarak perjalanan tidak lebih daripada 100,000 KM.
- Keutamaan kereta model Perodua Axia, Myvi, Bezza, Saga dan Alza (Auto).
- Kereta model lain boleh dipertimbangkan.
- Pajakan minima 6 bulan dan boleh diperbaharui atas persetujuan kedua-dua pihak.
- Bayaran pajakan = Ansuran bulanan + Wang pajakan minima RM200.
- Kos penyelenggaran, insuran, road tax dan saman ditanggung oleh GMHUB.
Pajakan Kereta Baru
- Pemilik kereta beli kereta baru secara tunai atau pinjaman bank.
- Kontrak pajakan selama 5 tahun.
- Selepas 5 tahun kereta diserahkan kembali kepada pemilik kereta atau dijual.
Contoh : Model Perodua Bezza 1.3 (A)
Belian secara pinjaman bank
- Pemilik kereta bayar muka 10% daripada harga kereta (Anggaran RM4,500).
- Pinjaman bank 9 tahun (Anggaran ansuran bulanan RM550).
- Pendapatan untuk 4 bulan pertama digunakan untuk bayar ansuran (RM550 x 4) + bayaran muka (RM4,500) = RM6,700 kepada pemilik kereta.
- Bulan ke 5 pemilik kereta akan terima bayaran ansuran bulanan RM550 + wang pajakan RM350 setiap bulan x 56 bulan = RM48,600.
- Keuntungan pemilik kereta RM350 x 54 bulan = RM18,900/5 tahun = RM3,780. Secara purata pemilik kereta akan dapat RM3,780/12 bulan = RM315.
- Terbaik pemilik kereta beli minima 2 unit kereta, jadi purata pendapatan sebulan RM315 x 2 = RM630 sebulan.
Belian secara tunai.
- Pemilik kereta beli kereta secara tunai (Anggaran : RM45,000)
- Pemilik kereta terima bayaran RM1,000 x 5 tahun = RM60,000
- Selepas 5 tahun kereta dijual (Anggaran RM22,500).
- 5 tahun pemilik kereta terima RM60,000 + RM22,500 (Anggaran) = RM82,500 (Anggaran).
- Anggaran keuntungan RM82,500 – RM45,000 = RM37,500. RM37,500/5 tahun = RM7,500. RM7,500/RM45,000 x 100% = 16.66% (Anggaran).
APA RISIKO PAJAKAN KERETA SEWA?
Berikut merupakan antara risiko pajakan kereta sewa.
- Saman (saman akan pergi kepada pemilik kereta). Maklumkan pemajak tentang saman dan tuntutan akan dibuat kepada pelanggan (perlu ambil masa untuk selesai).
- Ansuran bulanan kepada bank lewat. Pemajak perlu membayar 2 bulan advance untuk mengelakkan kelewatan bayaran kepada pihak bank.
- Kereta digunakan untuk kegiatan jenayah. GMHUB ada kemudahan untuk semakan maklumat am dan perundangan penyewa. Penyewa yang ada rekod senarai hitam perundangan, tidak dibenarkan menyewa.
- Kemalangan & kecurian. Pemilik kereta digalakkan membeli insuran Peer To Peer (P2P) melalui GMHUB yang berdaftar di bawah e-platform Green Matrix. Kos insuran P2P 215% lebih tinggi berbanding insuran komprehensif biasa. Segala kerosakan dan kehilangan ketika disewa akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak insuran P2P.
- Kerosakan. Kemungkinan kereta akan mengalami kerosakan akibat kecuaian penyewa. Penyewa bertanggungjawab membayar ganti rugi seperti yang dinyatakan di dalam borang perjanjian sewa. Sekiranya penyewa tidak mahu bertanggungjawab, GMHUB boleh memaklumkan kepada Green Matrix untuk tindakan senarai hitam di dalam sistem CTOS. Bayaran ganti rugi mungkin mengambil sedikit masa.
APA LAGI SYARAT-SYARAT PAJAKAN KERETA?
Pemilik kereta mestilah seorang yang mudah di bawa berunding dan faham risiko di dalam perniagaan. Pihak GMHUB sentiasa mengambil langkah perlu bagi mengurangkan risiko kepada pemilik kereta. Sekiranya berlaku masalah yang tidak diingini, maka pemilik kereta dan GMHUB perlu berunding dan berkomunikasi untuk menyelesaikan masalah secara bersama. Selain itu sebolehnya pemilik kereta memajak kereta kepada GMHUB yang terdekat bagi memudahkan urusan.
BAGAIMANA NAK PAJAK?
Ikut 3 langkah di bawah.
- Isi Google Form ini ==> KLIK SINI
- Whatsapp sini ==> KLIK SINI
- Tunggu dalam masa 24 jam untuk GMHUB hubungi tuan/puan.
Sekiranya ada pertanyaan boleh Whatsapp sini ==> KLIK SINI
Teknik Yang baik untuk diikuti ni
Betul tuan kalau kena cara, Insya Allah boleh beli banyak rumah.
Mcm mane yer tuan rafi..berminat
Teknik yang bagus. Macam berminat…Dengan ini lebih ramai lagi usahawan melayu islam di dunia ni…macam mana nak sertai konsep pajakan sewa kereta ni..
Boleh isi borang melalui pos ini dan cawangan yang terdekat akan menghubungi tuan.
as salam tuan nampaknya macam menarik cara ini.cuma inginkan penjelasan negara ada digemparkan dengan skim pelaburan wang oleh syarikat noradz travel berkenaan sewa beli kereta juga boleh tuan bagi komen skit.. cuma ingin kepastian.
Wasalam
Sekiranya pulangan pelaburan itu terlalu sukar untuk dipercayai, maka ia memang sukar dipercayai.
Saya berminat juga untuk buat pajakan cuma masih keliru sama ada nak buat pajakan atau kerjasama (saya urus sendiri sewa tersebut)
Kalau uruskan sendiri, dah bukan pajakan..jadi licensing.
Salam. Boleh tuan ulas lebih lanjut tentang licensing?
Macam mana nak jadi licensing?
Saya nak berbincang sama ada nak pilih untuk pajakan atau kerjasama. Mcm mana saya nak contact admin?
As salam..sye ada avanza n kelisa..mcm mn nk sertai pajakkn kereta sewa ni
Boleh isikan borang di atas.
makin berminat nak buat sewa kereta, minta tunjuk ajar tuan
as salam..saya ada 2 buah kereta innova dan berminat untuk pajakan dgn syarikat tuan..please advise..tq
Boleh isikan borang di atas.
tuan. pajakan ini masih available ke? maaf bertanya
Ya pajakan ini masih available.
Assalamualaikum..ada tak peluang untuk student yang tiada kereta untuk sertai pajakan ini?
Bagaimana nak jadi rakan niaga?
Saya memiliki satu kereta (lebihan) : Perodua Viva 1.0 Auto Tahun 2009.
Jika bersesuaian, saya ingin pajakkan
Jika tidak, saya akan jual sahaja.
Harap dapat maklumbalas dari pihak tuan.
TQ
Boleh isikan borang pajakan di atas ya.
saya di Muar ingin pajak sebuah produa viva elite tahun 2012 dengan pihak tuan.bagaimana caranya? 012-6254343 tq.
Sila isikan borang pajakan di atas.
Assalam..sy di kulim kedah..ada lebihan kereta utk dipajak..0194204405
Wasalam mohon isikan borang pajakan di atas ya tuan.
Saya ada lebihan kereta MPV NAzaria untuk dipajak…01127067239. Macam mana nak sertai?
Sya berminat mcn mna nk hubungi ni fon sya 0129005496
Sya kat perak kereta sya vios nombor fon 0129005496
Ass’salam. Tuan kalu pajakan RM500 sebulan biasanya kereta model apa ya?
Biasanya kereta jenis luxury.
Salam tuan, saya ada sebuah starex yg jarang digunakan. boleh diterima untuk pajakan ke. anggaran berapa RM sebulan. tq..
Salam Tuan,
kalau ikut contoh macam tuan Fukurrudin diatas, pajak viva dgn pajakan rm455 + rm200 sebulan, jumlah rm655. Katakan saya ada viva yg nak dipajak, dan viva ni saya kena bayar bank rm350 sebulan. Adakah saya akan dapat rm350 + rm200, jumlah rm550; atau saya akan dapat rm655 macam contoh di atas? Mintak pencerahan.
Tuan, kalo hyundai i10 brapa sbulan? 1.1 auto, bru je pkai 3 bulan..
Salam Tn Wahi,
Sy ingin bertanya tentang insurans. Kalau berlaku kemalangan semasa tempoh pajakan, adakah claim insurans guna nama owner atau GMCR ada insurans sendiri? Kalau guna nama owner, agak rugi la sebab nanti nak renew insurans dah takde NCD. Boleh bagi pencerahan?
tempoh pajakan berapa lama ya?
Tuan, saya ada kereta chery easter. Keadaan elok xde mslh. Sy nk ambil kereta lain tp sayang nk jual kereta ni? Adakah pihak tuan sudi memajaknya?
Sy ada kerata yang d pajak jenis viva manual 850cc 0183945299
Saya ada kereta honda city idsi thn 2005. tiada kerosakan major. Servis x pernah miss.
salam, grand livina blh pajak jugak ke. dan berapa bayaran.
Asslammualaikum..tuan kalau kereta harrier brp tuan?
Saya ada kereta baru MPV Innova. Baru (sebulan). Ada cawangan terdekat di Shah Alam?
Salam saya ada sebuah kereta kancil lama Manual model EZ850 tahun 2001. Saya bercadang untuk di pajakkan kerana tidak menggunakan kereta itu sepenuhnya. Kereta telah habis bayar
Tuan sy ingin bertanya. Kalau saya nak serahkan kereta kepada tuan utk disewakn. Bukan seperti pajakan diatas kerana sy ingin memberi kereta yg telah habis bayar. Mcm mane yea. Bole ke?
Bisness kereta sewa di Bintulu memg evergreen…. Selalu penuh kalau lambat booking….
asslm, tuan.. sy ad alza SE 2014 untuk di pajak, masih ad kekosongan ke.. area petaling jaya.
Askum dan salam sejahtera…
Saya ingin bertanya… andai kereta sy viva bawah 5 tahun dah habis bayar dan sy nk pajak kan kereta sy nie adakah pulangan sy mendapat rm 200 sahaja atau rm 655?
Biasanya kita akan kira ikut percentage 70 Owner : 30 Company.
Segala kos insuran, road tax dan maintainance owner perlu tanggung.
Salam tuan…
Ada ada 3 preve 1 iriz…
Kereta tahun 2015…
Kalau nak trade in je kereta ni kena tambah duit lg ke…
Mintak pandangan tuan…
SALAM ENCIK….SAYA ZAINURI DARI KOTA DAMANSARA SELANGOR ADA MEMPUNYAI SEBUAH KERETA JENIS SAGA BARU AUTO UNTUK PAJAKAN.
Hi sir are your company still operating?
Salam tuan saya pun baru belajar buka syarikat kereta sew sendiri ni dan ada orang berminat nak pajak kereta kepada saya..
mohon izin tuan untuk saya applykan ilmu yg tuan kongsi, Ty banyak tuan ?
Wasalam boleh silakan.
Wasalam boleh.