3 LANGKAH MULA BISNES KERETA SEWA TANPA KERETA & MODAL

Salam saya selalu dapat pertanyaan, bagaimana nak mulakan bisnes kereta sewa kalau tak ada kereta dan modal. Sebenarnya bisnes kereta sewa ini boleh dijalankan walaupun anda tiada kereta dan modal. Apa yang penting adalah usaha anda untuk dapatkan pelanggan yang betul. Berikut 3 langkah yang anda boleh buat untuk mulakan bisnes kereta sewa tanpa kereta dan modal.

Langkah 1

Dalam bisnes kereta sewa, kereta dan modal bukan perkara penting, apa yang paling penting adalah usaha anda untuk mencari pelanggan yang betul. Anda boleh iklan perkhidmatan kereta sewa secara percuma di Facebook Pages dan Google My Business (GMB). Tonton 2 video di bawah sebagai panduan.

Cara Daftar Facebook Pages Kereta Sewa Guna Phone 2023
Cara Daftar Google My Business

Langkah 2

Kalau anda dapat tempahan kereta sewa, anda boleh tanya di dalam group Whatsapp pengusaha kereta sewa ikut lokasi yang saya senaraikan dalam channel Telegram ini. KLIK SINI.

Langkah 3

Kalau ada pengusaha boleh bekalkan kereta sewa kepada pelanggan anda, runding dengan pengusaha berkenaan untuk dapatkan komisen. Biasanya komisen tidak kurang 10% daripada kadar sewa.

Sekiranya anda ingin menyertai pasukan saya GoGreenMatrix boleh KLIK SINI.

Semoga membantu.

Wahi Abd Rashid
Green Matrix