TIADA KERETA SEWA SEBULAN SEWAAN RM16,050, KOMISEN RM2,885.

Salam kali ini saya nak kongsi kisah seorang rakan niaga GoGreenMatrix yang tiada kereta sewa sendiri, tetapi berjaya buat jualan sewa sehingga RM16,050 dan mendapat komisen RM2,885 pada bulan Jul 2024.

Rakan niaga GoGreenMatrix ini sebenarnya adalah pasangan suami isteri dari di Sabah dan sudah lebih 6 tahun menetap di Selangor. Mereka mendaftar menjadi rakan niaga GoGreenMatrix pada 19 May 2024 dan pada Jun 2024 si isteri berhenti kerja dari kilang kerana ingin fokus menjaga 4 orang anak dah bakal menimang cahaya mata ke 5 tak lama lagi.

Pada peringkat awal menyertai GoGreenMatrix mereka cuba faham bagaimana nak jalankan bisnes kereta sewa menggunakan sistem GoGreenMatrix. 2 bulan pertama, mereka tidak menjana apa-apa pendapatan. Namun pada Jul 2024 usaha mereka mula membuahkan hasil.

Ini apa yang mereka buat.

  1. Masuk ke lebih 50 group facebook komuniti di lokasi mereka.
  2. Setiap pagi mereka akan iklan perkhidmatan kereta sewa di dalam group di atas.
  3. Mereka boleh baca dan balas Whatsapp yang sama melalui telefon masing-masing.

Setiap kali dapat tempahan mereka akan tanya di dalam group khas seperti contoh di bawah.

Ahli GoGreenMatrix yang ada kenderaan akan tawarkan harga ejen kepada mereka. Biasanya mereka boleh mark up komisen 15% – 20% bergantung kepada model kenderaan. Kereta bajet, komisen mungkin lebih rendah berbanding kereta besar/mewah.

Pelanggan yang setuju dengan sebutharga diberikan boleh buat bayaran sewa + sekuriti deposit kepada mereka dan pemilik kenderaan akan uruskan penghantaran. Bayaran kepada pemilik kenderaan akan diselesaikan dalam masa 24 jam selepas penghantaran kenderaan kepada pelanggan.

Selepas pelanggan selesai menyewa, pemilik kenderaan akan maklumkan kepada mereka dan sekiranya tiada sebarang masalah, mereka akan pulangkan securiti deposit kepada pelanggan dalam masa 12 – 14 hari bekerja.

Sekiranya ada sebarang saman atau kerosakan sepanjang tempoh sewaan, mereka akan tolak dari sekuriti deposit pelanggan. Sekiranya sekuriti deposit tidak mencukupi, pelanggan perlu tambah lebihan yang diperlukan.

Sekiranya pelanggan cuba lepas tangan, mereka boleh gunakan kemudahan yang GoGreenMatrix menyenarai hitam pelanggan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

Kawalan Risiko

  • Sebelum pelanggan boleh menyewa, mereka boleh semak dahulu rekod pelanggan. Berikut merupakan sistem semakan yang GoGreenMatrix sediakan. Rekod ini dikumpul berdasarkan kes-kes yang terdahulu.
  • Setiap kenderaan wajib ada alat pengesan kedudukan kenderaan bertujuan untuk mengesan kedudukan kenderaan.
  • GoGreenMatrix juga menyediakan sistem untuk senarai hitam pelanggan (CTOS) dan juga khidmat pungutan hutang dari agensi berlesen.

Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan kereta sewa di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur, nak jadi ejen atau nak pajak kereta boleh Whatsapp : +601170105808 (Puan Siti Hawa).

Dengan latihan dan kemudahan yang GoGreenMatrix sediakan pasangan berkenaan berjaya menjana pendapatan lebih RM2.8K sebulan selepas 3 bulan menjadi rakan niaga GoGreenMatrix. Sekiranya Tuan/Puan ingin tahu bagaimana program rakan niaga GoGreenMatrix, boleh klik SINI.