SISTEM GOGREENMATRIX (GMHUB)

Salam berikut merupakan sedikit penerangan ringkas bagaimana Sistem GoGreenMatrix berfungsi. Sistem ini hanya untuk kegunaan rakan niaga GoGreenMatrix (GMHUB) sahaja.

  • Penyertaan program GMHUB terbuka kepada mereka yang berminat menjalankan bisnes kereta/motor sewa. Peserta boleh bermula samada ada atau tiada kenderaan sewa. Bagi GMHUB yang tiada kenderaan, mereka boleh fokus buat pemasaran di media sosial untuk dapatkan pelanggan. Sekiranya mereka dapat tempahan, mereka boleh sewakan kenderaan GMHUB lain. Komisen dari 10%.
  • GMHUB yang ada kenderaan, boleh sewakan kenderaan sendiri menggunakan platform GoGreenMatrix. Selain itu GMHUB ini juga boleh tawarkan komisen dari 10% kepada GMHUB lain untuk meningkatkan kadar sewa. Memandangkan semua GMHUB menggunakan sistem dan SOP yang sama, maka urusniaga menjadi lebih mudah.

Booking HQ & Walk in Booking (Sendiri)

Sekiranya GoGeenMatrix dapatkan pelanggan (Booking HQ), GoGreenMatrix akan ambil komisen 20% dari bayaran bersih yang diterima. Sekiranya GMHUB dapat pelanggan sendiri (Walk in Booking), GoGreenMatrix ambil royalti 1% sahaja untuk tampung kos sistem. Gambar di bawah contoh booking HQ dan Walk in Booking.

Sistem Tempahan Offline

GMHUB juga boleh ambil tempahan secara offline. Berikut merupakan sistem tempahan offline.

  • GMHUB A akan iklan servis kereta/motor sewa di media sosial.
  • Bila ada pelanggan bertanya, mereka akan dapatkan butiran tempahan.
  • GMHUB A boleh sewakan kenderaan sendiri (kalau ada) atau tanya dalam group khas yang disediakan oleh GoGreenMatrix untuk dapatkan kenderaan dari GMHUB B.
  • GMHUB B yang nampak tempahan di dalam group akan mesej GMHUB A untuk maklum harga sewa, harga ejen dan security deposit.
  • GMHUB A akan maklum pada pelanggan dan dapatkan bayaran.
  • GMHUB A akan ambil komisen dan bayar harga ejen kepada GMHUB B dalam masa 24 jam.
  • GMHUB B akan hantar kenderaan kepada pelanggan.
  • Lepas pelanggan pulangkan kenderaan, GMHUB B berkenaan akan maklum pada GMHUB A.
  • GMHUB A akan kembalikan security deposit kepada pelanggan dalam masa 10 – 14 hari bekerja.
  • Sekiranya ada sebarang tuntutan kerosakan/saman GMHUB A akan bantu GMHUB B tuntut dari pelanggan.

Sistem Tempahan Online

  • Setiap GMHUB yang mendaftar, mereka akan mempunyai satu Direct Link khas. Contoh Direct Link = https://www.gogreenmatrix.com/?p=fleet&jis=70. Melalui Direct Link ini GMHUB boleh terima tempahan semua model kenderaan yang ada di laman web seluruh Malaysia. GMHUB tak perlu masukkan apa-apa kenderaan yang sudah ada di dalam sistem GoGreenMatrix. Harga sewa adalah seragam seluruh Malaysia (kecuali Langkawi & Labuan). Cara ini bertujuan untuk mengelakkan persaingan harga yang tidak sihat sesama GMHUB.
Contoh Direct Link 1 (Laman utama) ==> https://www.gogreenmatrix.com/?jis=70 dan Direct Link 2 (Senarai model dan harga sewa) ==> https://www.gogreenmatrix.com/?p=fleet&jis=70.
  • Setiap tempahan melalui Direct Link, GMHUB akan dapat notifikasi melalui email. GMHUB boleh accept (kalau ada kenderaan sendiri), pass job (kongsi pada GMHUB lain kalau tiada kenderaan sendiri dan makan komisen minima 10%) atau decline (kalau semua GMHUB tiada kenderaan).
Contoh tempahan yang masuk ke email GMHUB.
  • Setiap tempahan melalui Direct Link GMHUB, GoGreenMatrix hanya ambil royalti 1% untuk tampung kos sistem. 99% akan dibayar kepada GMHUB yang dapat tempahan dalam tempoh 24 jam selepas bayaran jelas. Sekiranya GMHUB berkenaan pass job pada GMHUB lain, maka mereka akan ambil komisen dari 10% hingga 30% bergantung kepada tawaran harga ejen yang diberikan oleh GMHUB yang membekalkan kenderaan.
Fungsi pass job dalam sistem GoGreenMatrix. GMHUB yang dapat tempahan, hanya perlu masukkan email GMHUB yang boleh bekalkan kenderaan. GMHUB mesti accept dahulu tempahan untuk bolehkan pelanggan buat bayaran online. GMHUB yang pass job layak dapat komisen minima 10% dari bayaran sewa.
  • Contoh harga sewa Perodua Axia 1.0 (A) RM130 sehari x 3 hari = RM390. Sistem Direct Link lengkap dengan sistem kupon diskaun. Katakan GMHUB beri diskaun RM60. Pelanggan hanya perlu bayar RM390 – RM60 = RM330. GoGreenMatrix hanya ambil 1% dari RM330 (RM3.30). Baki 99% (RM326.70) akan dibayar kepada GMHUB yang dapat tempahan dalam masa 24 jam. Sekiranya tempahan berkenaan di kongsi (Pass Job) kepada GMHUB lain dan harga ejen adalah RM90 sehari x 3 hari = RM270. Maka komisen GMHUB yang dapat tempahan adalah RM326.70 – RM270 = RM56.70. GMHUB yang dapat bayaran 99% perlu bayar kepada GMHUB yang bekalkan kenderaan dalam masa 24 jam selepas kereta dihantar. Berikut merupakan contoh tempahan melalui Direct Link.
Tempahan melalui Direct Link. Harga sewa sebenar RM130 x 3 hari RM390. GMHUB beri kod diskaun RM60, jadi kadar sewa menjadi RM330 sahaja. GoGreenMatrix hanya ambil 1% royalti. Kalau harga ejen RM90 sehari x 3 = RM270. GMHUB akan dapat komisen RM330 – RM3.30 (1% royalti) – RM270 (harga ejen) = RM56.70.
  • GMHUB juga boleh buat tempahan untuk pelanggan menggunakan fungsi Walk in untuk kenderaan sendiri. Melalui fungsi ini GMHUB boleh berikan diskaun ikut bajet pelanggan. Contoh harga sewa Perodua Axia 1.0 (A) RM130 sehari. Bajet pelanggan hanya Rm100 sehari. GMHUB boleh masukkan diskaun RM30 untuk berikan harga sewa RM100 sehari kepada pelanggan. Diskaun ini adalah di antara GMHUB dan pelanggan dan untuk kenderaan GMHUB sendiri sahaja. Pelanggan boleh bayar terus ke akaun bank GMHUB. GoGreenMatrix hanya ambil 1% sahaja royalti untuk tampung kos sistem.
Contoh tempahan menggunakan fungsi Walk in. Harga sewa sebenar Perodua Axia 1.0 (A) RM130. GMHUB boleh beri diskaun RM30. Pelanggan hanya perlu bayar terus ke akaun GMHUB RM100 sahaja.
  • Royalti 1% dari jualan/komisen boleh dibayar setiap kali dapat tempahan atau sebulan sekali.
  • Selain itu, GoGreenMatrix juga menyediakan sistem untuk semak senarai hitam pelanggan. Sistem ini bertujuan untuk mengelakkan GMHUB menyewa kenderaan kepada pelanggan bermasalah.
  • GoGreenMatrix juga menyediakan perjanjian sewa dalam bentuk digital atau softcopy lengkap dengan kemudahan CTOS. Kemudahan CTOS ini bertujuan untuk menyenarai hitam nama pelanggan yang enggan membuat bayaran atas kerosakan atau saman seperti yang dinyatakan di dalam perjanjian sewa. Pelanggan yang disenarai hitam di dalam sistem CTOS tidak dapat membuat pinjaman bank, mendaftar perniagaan atau menggunakan lain-lain perkhidmatan dari syarikat yang melanggan CTOS. Faedah sebanyak 18% setahun akan dikenakan kepada pelanggan yang gagal membayar tuntutan yang dinyatakan di dalam sistem CTOS.
  • GMHUB juga boleh menggunakan gambar atau video testimoni pelanggan GoGreenMatrix untuk buat pemasaran.
Contoh GMHUB menggunakan gambar yang ada logo GoGreenMatrix untuk buat pemasaran.
  • GMHUB juga boleh menggunakan jenama GoGreenMatrix untuk meningkatkan keyakinan pelanggan. Jenama GoGreenMatrix perlu diletakkan dibahagian belakang akaun media sosial GMHUB, tujuan untuk membezakan akaun media sosial GoGreenMatrix dan GMHUB.
  • GMHUB yang konsisten membayar royalti 1% dan memerlukan kereta pajak akan diberikan keutamaan untuk mendapatkan kenderaan pajak sekiranya ada.
GMHUB dapat Nissan Serena 2.0 (A) dari program pajakan kereta sewa GoGreenMatrix.

Testimoni GMHUB

Pemandu ambulan, jana untung kasar RM5.3K sebulan.
Isteri urus 7 unit kereta sewa, untung RM5K sebulan.
Pemandu Grab, urus 5 unit kereta sewa, untung kasar RM6.6K sebulan.
Kakitangan kerajaan, urus 2 kereta, untung kasar RM2.9K sebulan.
Bekas pengurus Takaful, urus 8 unit kereta sewa, sewaan RM17.8K.

Syarat menjadi GMHUB

  1. Yuran pendaftaran RM300 setahun.
  2. Setiap sewaan dari pemasaran GMHUB, GoGreenMatrix ambil 1% royalti dari jualan/komisen.
  3. Setiap sewaan dari pemasaeran GoGreenMatrix, GMHUB dapat 80% bayaran sewa.

Apa peserta dapat?

  • Latihan online Zoom (mingguan) bernilai RM1K.
  • Group support Whatsapp, Telegram & Facebook 12 bulan bernilai RM1K
  • Bahan pemasaran (2,900 gambar 400 video) bernilai RM1K
  • Sistem tempahan online (B2C – STKSOGM) bernilai RM3K.
  • Sistem inventori online (B2B – GCRM – Ejen) bernilai RM3K.
  • Kit Dokumen Sewa Digital (KDSD) bernilai RM1K.
  • Sistem tapisan pelanggan (PSS) bernilai RM5K.
  • Sistem tuntutan hutang (CTOS & Debt Collector) bernilai RM5K.
  • Peluang kenderaan pajak.

Bagaimana nak daftar GMHUB?

  1. Buat bayaran RM300 ke Maybank : 511065549827 Green Matrix Services.
  2. Isi borang pendaftaran ini ==> KLIK SINI.
  3. Selesai langkah 1 dan 2 KLIK SINI.