SOP KENDERAAN SEWA KEMALANGAN ATAU SEBARANG TUNTUTAN

Salam banyak yang bertanya bagaimana nak urus kalau kereta kemalangan atau ada sebarang tuntutan. Berikut merupakan SOP GoGreenMatrix. Mulai 1 Jan 2026 GoGreenMatrix memperkenalkan pilihan untuk pelanggan membeli CDW (Collision Damage Waiver). Kutipan CDW akan disimpan di dalam tabung khas dan diuruskan oleh GoGreenMatrix.

1️⃣ Tanpa CDW

Jika kos tak boleh tuntut dari pihak ke-3, pelanggan perlu bayar Excess:

Group A–B: RM5,000
Group C–D: RM10,000

2️⃣ Dengan CDW

Caj CDW: RM10 (Group A–B) | RM20 (Group C) | RM40 (Group D)
Excess pelanggan jadi:
Group A–B: RM500
Group C–D: RM1,000

3️⃣ Kos Baiki Rendah (dengan CDW)

Group : A–B ≤ RM1,500 | C ≤ RM3,000 | D ≤ RM5,000
👉 Baiki di bengkel biasa.
👉 Tabung CDW bayar terus ke bengkel sehingga:
A–B RM1,000 | C RM2,000 | D RM4,000

Syarat CDW:

✔ Daftar kenderaan (RM10 one-off setiap kenderaan)
✔ Ahli aktif GoGreenMatrix (GMHUB)
✔ Tuntutan selepas 30 hari daftar

4️⃣ Kos Baiki Tinggi (dengan CDW)

Buat tuntutan insurans
Pelanggan bayar excess
Tabung CDW bayar kepada ahli:
Group : A–B RM1,000 | C RM2,000 | D RM4,000
📞 Bantuan insurans: Shaddam – 60174646067
Bayaran dari tabung CDW tertakluk kepada terma & syarat.

5️⃣ Pelanggan Enggan Bayar Excess

Buat laporan polis
Hantar salinan kepada pelanggan (boleh tarik balik bila bayar)

6️⃣ Masih Tak Bayar

Keluarkan invois:
Excess + RM500 (LOD) + RM3,000 (Peguam) + 30% (Debt Collector)
Maklumkan admin GoGreenMatrix untuk CTOS & senarai hitam dalam PSS

7️⃣ Letter of Demand (LOD)

Hubungi peguam berhampiran
Caj LOD boleh dicaj kepada pelanggan (Anda perlu bayar dahulu)

8️⃣ Debt Collector

Komisen 30% dari hutang berjaya dikutip
Aliran bayaran melalui akaun GoGreenMatrix → baki kepada GMHUB

9️⃣ Tindakan Mahkamah

Proses Garnishee akaun bank pelanggan (rujuk peguam)

🔟 Jalan Terakhir

Viralkan pelanggan (jika semua gagal)
Contoh & bantuan percuma:

https://www.facebook.com/share/p/1Cw6gtoe6c

Borang aduan : https://forms.gle/vgoy6z3H6b6bpkFYA

Nota Penting:

✔ Tapis pelanggan dari awal
✔ Guna perjanjian sewa terkini GoGreenMatrix
✔ Jika kemalangan bukan kecuaian pelanggan, caj pentadbiran RM1,000 – RM4,000 untuk proses tuntutan insurans

Nak sertai GoGreenMatrix? KLIK SINI