FLOW BISNES KERETA/MOTOR SEWA TANPA KENDERAAN SENDIRI (EJEN SAHAJA)

  1. Ejen akan iklan servis kereta/motor sewa di media sosial.
  2. Bila ada prospek bertanya, mereka akan dapatkan butiran tempahan.
  3. GoGreenMatrix sediakan group Telegram untuk ejen/pemilik kenderaan kongsi tempahan sesama ahli.
  4. Pemilik kenderaan yang nampak tempahan berkenaan akan mesej ejen dan maklum kereta ada, harga sewa, harga ejen dan security deposit.
  5. Ejen akan maklum pada pelanggan dan dapatkan bayaran.
  6. Ejen akan ambil komisen dan bayar baki pada pemilik kereta dalam masa 24 jam.
  7. Pemilik kereta akan hantar kereta kepada pelanggan.
  8. Lepas pelanggan pulangkan kenderaan, pemilik kenderaan akan maklum pada ejen.
  9. Ejen akan kembalikan security deposit dalam masa 10 – 14 hari bekerja.
  10. Sekiranya ada sebarang tuntutan kerosakan/saman ejen akan bantu pemilik kenderaan tuntut dari pelanggan.

Pemilik kenderaan lebih yakin ambil tempahan dari ejen yang berdaftar dengan GoGreenMatrix sebab mereka sudah dilatih dan biasanya tak lepas tangan bila ada masalah berbanding ejen yang tak berdaftar atau tidak dikenali. GoGreenMatrix sediakan sistem untuk semak rekod pelanggan dan dokumen sewa lengkap dengan kemudahan debt collector dan CTOS. 

GoGreenMatrix hanya ambil royalti 1% dari komisen/sewaan pemilik kenderaan untuk tampung kos sistem. GoGreenMatrix juga ada sistem tempahan online, walau bagaimanapun pelanggan lebih suka tempah melalui whatsapp (offline).

Harap video di atas membantu.

Wahi Abd Rashid 

GoGreenMatrix 

Penerangan ringkas tentang sistem GoGreenMatrix ==> https://wahiabdrashid.com/gmhub/