BEZA URUS SENDIRI & PAJAK

  1. Urus Sendiri bermaksud pemilik kenderaan buat pemasaran dan sewakan terus kepada pelanggan. Pemilik kenderaan perlu ada sistem tapisan pelanggan, sistem tempahan online/offline, sistem pengurusan kemalangan dan sistem pungutan hutang (CTOS, Panel Debt Collector, Panel Peguam). Sistem ini sangat mahal dan ambil masa untuk dibangunkan (kos lebih RM10K). Untuk permulaan pemilik kenderaan boleh mendaftar menjadi ahli GoGreenMatrix atau dikenali GMHUB. GoGreenMatrix sudah berpengalaman sejak 2006 dan mempunyai sistem pengurusan kenderaan sewa yang lengkap. Yuran untuk menjadi ahli GMHUB RM300 setahun. GoGreenMatrix hanya ambil royalti 1% daripada sewaan atau komisen ahli untuk tampung kos sistem. Info lengkap klik sini wahiabdrashid.com/gmhub
  2. Pajak bermaksud pemilik kenderaan, serahkan kenderaan kepada pengusahA kenderaan sewa yang berpengalaman untuk uruskan. Pemilik kenderaan akan dapat untung RM200 – RM500 sebulan bergantung kepada model, usia dan keadaan kenderaan. Maklumat lengkap klik sini ==> wahiabdrashid.com/pajakan

Di antara 2 pilihan di atas, pilihan terbaik adalah pemilik kenderaan belajar urus sendiri kerana sekiranya dilakukan dengan betul, perniagaan sewa kenderaan boleh menjadi sumber pendapatan untuk jangka masa panjang. Sementara itu, pajakan pula adalah untuk tempoh sementara dan untuk mencari pengusaha yang jujur dan amanah bukan perkara mudah. Banyak urusniaga pajakan berakhir dengan pergaduhan di antara pemilik kenderaan dan juga pengusaha.