SOP KENDERAAN SEWA KEMALANGAN ATAU SEBARANG TUNTUTAN

Salam banyak yang bertanya bagaimana nak urus kalau kereta kemalangan atau kena saman. Berikut merupakan SOP GoGreenMatrix.

1. Sekiranya kenderaan anda terlibat dalam kemalangan dan kerosakan tidak dapat dituntut dari pihak ke 3, maka pelanggan tertakluk kepada excess gantirugi tidak lebih seperti senarai di bawah. 

A : RM4K (Motosikal biasa, Axia)
B : RM6K (Bezza, Myvi, Saga)
C : RM10K (Sedan, SUV, MPV, 4×4 & Van)
D : RM20K (Kereta mewah)

2. Sekiranya pelanggan membeli Excess Protection RM20 (Group A), RM30 (Group B), RM40 (Group C) dan RM50 (Group D) secara harian. Mereka tertakluk kepada terma dan syarat dalam perjanjian sewa. 

A : RM2K (Motosikal biasa, Axia)
B : RM3K (Bezza, Myvi, Saga)
C : RM5K (Sedan, SUV, MPV, 4×4 & Van)
D : RM10K (Kereta mewah)

3. Sekiranya kos pembaikan bawah RM2K, anda boleh hantar kenderaan ke bengkel biasa, dapatkan sebutharga dari bengkel dan minta pelanggan bayar kos pembaikan seperti dalam sebutharga.

4. Sekiranya kos pembaikan melebihi RM2K, terbaik anda buat tuntutan insuran dan pelanggan tertakluk untuk membayar excess gantirugi seperti di atas.

5. Sekiranya pelanggan enggan bayar ganti rugi, anda boleh buat laporan polis, supaya nama pelanggan ada dalam rekod polis. Hantar laporan polis kepada pelanggan supaya mereka selesaikan bayaran secepat mungkin sebelum tindakan undang-undang. Anda boleh tarik balik laporan polis kalau pelanggan buat bayaran.

6. Sekiranya pelanggan masih enggan bayar ganti rugi seperti yang tertakluk dalam borang perjanjian sewa, boleh hubungi peguam untuk beliau keluarkan Letter of Demand (LOD). Kos LOD boleh dicaj kepada pelanggan. 

7. Sekiranya pelanggan masih tidak membuat bayaran, keluarkan invois, masukkan jumlah tuntutan ganti rugi + surcaj 43% dan maklumkan kepada GoGreenMatrix untuk proses CTOS.

8. Sekiranya pelanggan masih tidak mahu membayar, maklumkan pada GoGreenMatrix untuk arahkan pengutip hutang bantu tuntut hutang. 

Debt Collector ni, mereka ambil komisen 30% dari hutang yang mereka kutip. Jadi Tuan/Puan yang nak tuntut hutang.

1. Kena ada dokumen sewa yang ada logo GoGreenMatrix
2. Kena keluar invoice ada logo GoGreenMatrix + surcaj 43%.
3. Duit akan masuk ke akaun GoGreenMatrix. 
4. GoGreenMatrix akan bayar kepada Debt Collector base on invoice mereka.
5. GoGreenMatrix akan transfer baki kepada GMHUB.

Contoh tuntutan RM300 + 43% surcaj = RM429

RM429 – 30% = RM300.30

GMHUB akan dapat lebih kurang RM300 untuk bayar claim.

9. Langkah seterusnya adalah membawa kes ke mahkamah untuk proses garnishee akaun bank pelanggan. Dapatkan peguam terdekat untuk khidmat nasihat.

10. Sekiranya masih tak berkesan boleh viralkan pelanggan (jalan terakhir)

Contoh

Risiko tetap ada, sebolehnya tapis dahulu pelanggan supaya sekiranya berlaku kemalangan, pelanggan tetap akan bertanggungjawab. Harap membantu.

Nak sertai GoGreenMatrix? KLIK SINI