CARA ALTERNATIF SELESAI PELANGGAN CURI KENDERAAN SEWA

Salam lama dah tak buat kerja ni, baru-baru ni ada sahabat saya tak dapat kesan motornya yang disewakan kepada pelanggan di Nilai, Negeri Sembilan.

Buat tempahan wanita (beri Kad Pengenalan), tetapi yang ambil lelaki (katanya suami). Lelaki hanya beri bil elektrik rumah sewa. Silap sahabat saya tak minta kad pengenalan lelaki berkenaan. Sewaan selama 1 bulan.

Lepas 1 bulan pelanggan berkenaan tak dapat dihubungi. Call tak angkat, Whatsapp pun tak balas. Motor pun tak pasang GPS Tracker sebab motor murah saja.

Pening juga sahabat saya, motor tak dapat dikesan walaupun harga murah. Ini apa yang beliau buat.

  • Pos gambar pelanggan, di media sosial. Terbaik letak tajuk “SEWA XYZ TAK PULANGKAN”
  • Tulis sedikit penerangan + promosi bisnes Tuan/Puan. Tujuan kalau tak dapat balik kenderaan, sekurang-kurangnya dapat marketing percuma.

SEWA MOTOR TAK PULANGKAN (NEGERI)

Buat tempahan motor sewa di Negeri XYZ, pelanggan nama XYZ umur X tahun. Alamat kat IC XYZ.

Datang ambil lelaki (katanya suami), nama XYZ, alamat IC kat XYZ,

Sewa motor SYM Sport Rider 125 cc sebulan, lepas habis tempoh sewa call tak angkat, Whatsapp pun tak balas. Kalau kenal pasangan ni atau tahu kat mana motosikal boleh hubungi YXZ.

Nak sewa motor & kereta boleh tempah online ==> gogreenmatrix.com

Nak jadi ejen klik sini ==> https://wa.me/message/ROS4KOVUIZXWI1

HASIL

Posting berkenaan viral dan dalam masa tak sampai 1 hari pelanggan berkenaan telah hubungi pemilik kenderaan dan motosikal dikembalikan bersama tunggakan sewa.

Pesanan

Jangan dedahkan maklumat peribadi pelanggan dan kenderaan seperti.

  • No Kad Pengenalan Lengkap.
  • Alamat Lengkap.
  • No Pendaftaran kenderaan.

Tujuan supaya tak langgar akta data peribadi dan menyukarkan proses tuntutan insuran.

Harap membantu.