FLOW BISNES KERETA/MOTOR SEWA TANPA KENDERAAN SENDIRI (JADI EJEN SAHAJA)
Salam berikut merupakan cara bagaimana rakan niaga GoGreenMatrix (GMHUB) boleh jana pendapatan walau pun tiada kenderaan sewa sendiri.
- GMHUB A (tiada kenderaan) akan iklan servis kereta/motor sewa di media sosial.
- Bila ada pelanggan bertanya, mereka akan dapatkan butiran tempahan dahulu.
- GoGreenMatrix sediakan group khas untuk dapatkan kenderaan dari GMHUB lain.
- GMHUB B (ada kenderaan) yang nampak iklan di dalam group akan mesej GMHUB A dan maklum beliau ada kereta, berapa harga sewa, harga ejen dan security deposit.
- GMHUB A akan maklum pada pelanggan dan dapatkan bayaran.
- GMHUB A akan ambil komisen (mula dari 10%) dan bayar baki pada GMHUB B dalam masa 24 jam.
- GMHUB B akan hantar kereta kepada pelanggan.
- GoGreenMatrix sediakan template perjanjian sewa (online/offline).
- Lepas pelanggan pulangkan kenderaan, GMHUB B akan maklum pada GMHUB A.
- GMHUB A akan kembalikan security deposit dalam masa 10 – 14 hari bekerja.
- Sekiranya ada sebarang tuntutan kerosakan/saman GMHUB A akan bantu GMHUB B tuntut dari pelanggan.
- Sekiranya pelanggan tidak mahu bayar ganti rugi, GoGreenMatrix akan bantu GMHUB B untuk senarai hitam pelanggan di dalam CTOS, lantik pemungut hutang dan juga ambil tindakan undang-undang (ada caj, tetapi boleh tuntut dari pelanggan) sekiranya perlu.
GMHUB lebih yakin ambil tempahan dengan sesama GMHUB kerana semuanya berdaftar dan ikut terma dan syarat yang sama. GoGreenMatrix hanya ambil royalti 1% dari komisen/sewaan kereta GMHUB untuk tampung kos sistem. GoGreenMatrix juga ada sistem tempahan online, walau bagaimanapun 90% pelanggan lebih suka tempah melalui whatsapp (offline).
Harap video di atas membantu.
Wahi Abd Rashid
GoGreenMatrix
Penerangan ringkas tentang sistem GoGreenMatrix ==> https://wahiabdrashid.com/gmhub/