5 KRITERIA MEMILIH SYARIKAT MLM YANG BETUL

Salam artikel ini saya tulis sebab setiap kali saya bercerita tentang bisnes jualan produk, pasti ada komen-komen sindiran tentang perniagaan MLM. Saya sebenarnya dulu pun tak berminat dengan bisnes MLM.

Namun apabila bisnes kereta sewa saya jatuh ketika Covid-19 melanda, sedar tak sedar saya sebenarnya terjebak dengan bisnes MLM. Masa tu saya jual produk makanan menggunakan sistem ejen.

Bila saya kaji balik, mana-mana perniagaan yang membenarkan ejen merekrut ejen baru sebenarnya menggunakan sistem MLM, sebab itu ianya di sebut Multi Level Marketing (Pemasaran Berbilang Tingkat).

Setiap tingkat ada peratus komisen yang ejen dapat. Contoh produk A yang dijual pada harga runcit RM30. Struktur harga ejen mungkin seperti di bawah.

  • Master stokis RM12 (belian minima 300 unit).
  • Stokis RM15 (belian minima 120 unit).
  • Ejen RM18 (belian minima 20 unit).
  • Dropship RM25 (belian minima 2 unit).
  • Runcit RM30 (tiada belian minima).

Sebenarnya apabila pemilik produk mengunakan sistem MLM, mereka perlu mendapatkan lesen jualan langsung dari Kementerian Perdagangan Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN).

Cuma kos untuk mendapatkan lesen jualan langsung sangat tinggi (syarikat perlu ada modal berbayar RM500K) dan tertakluk kepada syarat yang ketat yang ditetapkan oleh KPDN (Rujuk jadual).

Sumber : KPDN

Pengalaman Bisnes MLM

Apabila Covid-19 melanda, saya sebenarnya terjebak dalam perniagaan yang menggunakan sistem MLM. Peringkat awal saya sertai perniagaan yang tidak mempunyai lesen jualan langsung.

Maklumlah saya pun tak pernah terlibat secara serius dalam jualan produk dan produk yang saya jual adalah keluaran rakan-rakan yang mengusahakannya secara kecil-kecilan. Kelemahan perniagaan ini.

  1. Perlu modal besar untuk dapatkan margin untung yang tinggi (modal sehingga RM60K).
  2. Risiko ejen besar buang kerana pemilik produk tiada lagi kawalan ke atas produk.
  3. Tiada sistem yang betul menyebabkan ejen boleh kena sailang dengan ejen lain.

Seterusnya saya sertai syarikat MLM yang ada lesen jualan langsung. Modal rendah dan produk semua bagus, cuma syarikat ini meletakkan syarat ejen perlu membuat jualan/belian peribadi minima RM3,000 setiap bulan untuk dapatkan komisen tertinggi 40%.

Kesannya ada ejen yang mula menyimpan stok untuk dapatkan komisen tertinggi. Apabila stok tidak boleh dijual, maka berlakulah aktiviti buang harga di platform jualan online yang mengakibatkan ejen-ejen lain tidak dapat menjual kerana harga produk sudah rosak.

5 Kriteria Pemilihan Syarikat MLM

Berdasarkan pengalaman di atas saya senaraikan 5 kriteria penting bagaimana untuk memilih syarikat MLM yang betul.

  1. Sebolehnya pastikan syarikat berkenaan ada lesen jualan langsung yang sah. Anda boleh semak status lesen syarikat berkenaan di laman web KPDN.
  2. Modal permulaan yang rendah, elakkan perniagaan MLM yang memujuk anda mengeluarkan modal yang besar untuk bermula. Sebolehnya mulakan perniagaan dengan modal tidak lebih RM5,000 dan kembangkan sedikit demi sedikit.
  3. Sebolehnya cari syarikat yang tidak meletakkan syarat wajib membeli/menjual produk setiap bulan dalam amaun yang besar tujuan supaya ejen tidak terbeban dan tiada isu buang harga apabila stok tak dapat dijual.
  4. Pastikan produk yang dijual, dapat kelulusan dari pihak yang berkenaan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM), SIRIM dan sebagainya.
  5. Sebolehnya pilih syarikat MLM yang memberikan bonus (sekiranya dalam bentuk aset seperti kenderaan atau rumah) yang tiada hutang, tujuan supaya aset berkenaan tetap menjadi milik ejen ketika bisnes naik atau turun.

Volten

Saya menyertai Volten pada 21 Feb 2024. Saya tertarik dengan Volten kerana masalah sakit leher yang saya alami beberapa tahun sebelum itu pulih selepas menggunakan produk Volten. Selain itu berikut merupakan fakta menarik tentang Volten.

  • Volten ditubuhkan pada tahun 2018 dan sudah mempunyai lesen jualan langsung yang sah dari KPDN. No Lesen : AJL932400.
  • Modal untuk menjadi ejen Volten hanya bermula dari RM540 sahaja. Ejen yang mendaftar akan mendapat set produk yang disediakan oleh Volten. Penghantaran produk Volten adalah percuma.
  • Produk Volten VR4 (kapsul halia hitam) lulus KKM, halal JAKIM dan HACCP. Produk Volten yang lain dikategorikan sebagai makanan tambahan, jadi tidak perlukan kelulusan KKM, namun tetap ada sijil halal JAKIM dan HACCP.
  • Ejen Volten tidak perlu membuat pembelian/jualan setiap bulan. Komisen akan tetap dibayar sekiranya ada jualan di bawah rangkaian ejen Volten. Selain wang tunai, ejen Volten juga akan mendapat ganjaran seperti telefon bimbit, komputer, barang kemas, pakej umrah/percutian, motosikal, kereta dan rumah yang diberikan terus tanpa hutang.

Buat masa ini pada pendapat saya Volten adalah antara syarikat MLM yang sangat berdaya saing berbanding 125 syarikat MLM di Malaysia. Graf di bawah menunjukkan Volten tersenarai antara 20 syarikat yang berjaya membuat jualan lebih RM90 juta setahun.

Saya harap perkongsian ini dapat membuka mata ramai orang bahawa bukan semua perniagaan MLM tidak bagus. Pemilihan syarikat MLM yang betul sangat penting untuk memastikan ejen dapat kekal dalam satu-satu bisnes dalam tempoh yang lama. Sekiranya anda ada pertanyaan berknaan Volten boleh Whatsaap saya SINI.

Wahi Abd Rashid