GMHUB VIP

GoGreenMatrix mencari mereka yang ingin menjadi rakan niaga GMHUB VIP di lokasi seluruh Malaysia. Keutamaan mereka yang tinggal di pusat bandar dan juga lapangan terbang utama di Malaysia.

Siapa patut sertai GMHUB VIP?

  1. Tinggal berdekatan pusat bandar atau lapangan terbang utama.
  2. Ada tempat untuk letak minima 10 kereta (sendiri/sewa).
  3. Sanggup untuk belajar dari kosong.
  4. Boleh bekerja dalam pasukan.

Siapa tak sesuai sertai GMHUB VIP?

  1. Nak goyang kaki.
  2. Tak mahu belajar.
  3. Tak tahu guna internet.
  4. Tak boleh bekerja dalam pasukan.

Apa Peserta Dapat?

  1. 10 unit kereta pajak bernilai lebih RM300K (tempoh serahan 12 bulan).
  2. Kemudahan lesen Motac bernilai RM250K.
  3. Sistem pengurusan kenderaan sewa bernilai RM3K setahun.
  4. Group Whatsapp VIP bernilai RM1K.
  5. Sokongan latihan selama 12 bulan bernilai RM1K.
  6. Dokumen sewa digital bernilai RM1K.
  7. Sistem semakan senarai hitam pelanggan bernilai RM5K setahun.
  8. Kemudahan CTOS bernilai RM6K setahun.
  9. 10 helai baju, topi, lanyard dan 1,000 keping kad bisnes bernilai RM1K.

Sasaran 12 Bulan

  1. Boleh sediakan tapak untuk tempatkan minima 10 buah kereta.
  2. Boleh urus 30 – 50 buah kereta.
  3. Pendapatan sewa RM45K – RM100K sebulan.
  4. Keuntungan bersih minima 15% (RM5K – RM15K sebulan).
  5. Boleh sediakan 3 – 5 peluang kerja.
  6. Boleh bayar zakat/cukai perniagaan.
  7. Boleh membantu komuniti sekitar yang memerlukan.

Syarat Utama

  1. Peserta mestilah berumur 18 tahun ke atas, Peserta / pasangan atau rakan kongsi mestilah bersih dari sebarang rekod jenayah serius.
  2. Peserta perlu hadir latihan di pejabat GoGreenMatrix di Kota Warisan, Sepang masa 30 hari selepas pendaftaran.
  3. Peserta perlu menyediakan tempat/tapak meletak kenderaan yang boleh memuatkan minima 10 buah kenderaan dalam radius kurang 30 KM dari lapangan terbang, pusat bandar utama dalam tempoh 3 bulan selepas pendaftaran.

Syarat Lain

  1. Keahlian sebagai GMHUB VIP hanya sah dengan syarat peserta telah membayar yuran pendaftaran sebanyak RM15,000 untuk tahun pertama.
  2. GMHUB VIP boleh menyambung keahlian untuk tahun seterusnya dengan membayar yuran tahunan sebanyak RM3,600 dalam masa 30 hari sebelum tarikh tamat keahlian. Kegagalan GMHUB VIP membayar yuran tahunan dalam masa 30 hari selepas tarikh yang ditetapkan tanpa sebarang sebab yang munasabah maka keahlian GMHUB boleh terbatal secara automatik.
  3. GMHUB VIP yang terbatal keahlian tidak dibenarkan lagi menggunakan jenama GoGreenMatrix sehingga keahliannya disambung semula. GoGreenMatrix berhak mengambil tindakan undang-undang sekiranya GMHUB VIP yang terbatal keahlian masih menggunakan jenama GoGreenMatrix tanpa kebenaran.
  4. GMHUB VIP dibenarkan menggunakan jenama GoGreenMatrix seperti pemasangan papan tanda, penggunaan kad perniagaan, brosur, baju, lesen dan bahan-bahan pemasaran yang lain selagi masih mejadi GMHUB VIP yang sah. GMHUB VIP perlu memaklumkan dan mendapat persetujuan bertulis daripada pihak pengurusan GoGreenMatrix terlebih dahulu untuk memastikan penggunaan logo, jenama dan lesen adalah mengikut spesifikasi dan syarat yang ditetapkan oleh GoGreenMatrix dan pihak yang berkenaan.
  5. Sekiranya tempahan datangnya daripada kempen pemasaran GoGreenMatrix, maka, GoGreenMatrix akan mengambil komisen sebanyak 10% daripada bayaran yang diterima.
  6. Sekiranya tempahan datangnya dari kempen pemasaran GMHUB VIP samada secara online atau offline maka GoGreenMatrix tidak akan mengambil apa-apa komisen atau royalti.
  7. GMHUB VIP diwajibkan menjaga nama baik GoGreenMatrix. Sekiranya terdapat aduan tentang perkhidmatan GMHUB VIP yang tidak memuaskan secara sengaja atau urusniaga yang tidak jujur, maka GoGreenMatrix berhak membatalkan keahlian GMHUB VIP serta-merta.
  8. GoGreenMatrix akan menyediakan segala bantuan sokongan seperti latihan, sistem dan lesen bagi memudahkan GMHUB VIP menjalankan urusniaga. Sebagai balasan GMHUB VIP perlu mematuhi segala syarat yang telah ditetapkan oleh GoGreenMatrix.
  9. GMHUB VIP boleh menarik diri pada bila-bila masa dengan menghantar surat rasmi kepada admin@gogreenmatrix.com. Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya GMHUB VIP menarik diri tanpa sebarang sebab yang munasabah. Segala aset GoGreenMatrix hendaklah dikembalikan kepada GoGreenMatrix dalam masa 30 hari.
  10. Sekiranya terdapat sebarang perubahan tentang syarat yang dinyatakan di atas, GoGreenMatrix akan memaklumkan kepada GMHUB VIP terlebih dahulu dan mendapat persetujuan bersama sebelum dilaksanakan.

Yuran

  1. Yuran penyertaan RM15,000 sekali bayar sahaja.
  2. Yuran tahunan RM3,600 (tahun ke 2).

Bayaran Lain

  1. Tempahan dari GoGreenMatrix HQ 10%. GMHUB VIP 90%.
  2. Bayaran dari syarikat Sdn Bhd @ kerajaan komisen GoGreenMatrix HQ 10%.
  3. Pelanggan sendiri GoGreenMatrix tak ambil apa2 komisen/royalti.

Bagaimana Nak Daftar

  1. Buat bayaran RM15,000 kepada CIMB : 8605104629 (Green Matrix Resources).
  2. Isi borang pendaftaran ini ==> KLIK SINI
  3. Klik link yang diberikan selepas isi borang pendaftaran di atas.

Pertanyaan

Sekiranya anda ada pertanyaan jemput sertai group Whatsapp ini ==> KLIK SINI