GCRM HOST (ADVANCED)


GCRM (GoGreenMatrix Customer Relation Management) dibangunkan untuk membantu pemilik kenderaan (host) terutamanya rakan niaga GoGreenMatrix (GMHUB) meningkatkan pendapatan melalui sistem inventori berpusat.

Masalah host dan ejen

  • Host tiada sistem untuk senaraikan kenderaan yang mereka ada.
  • Ejen tak tahu di mana nak cari kenderaan yang sedia untuk disewa.

Masalah ini menyebabkan proses tempahan menjadi rumit dan memakan masa.

Bagaimana GCRM berfungsi.

  1. Admin akan masukkan kenderaan host di dalam GCRM.
  2. Ejen dan host boleh cari kenderaan di dalam GCRM.
  3. Ejen dan host boleh tempah kenderaan melalui GCRM.
  4. GCRM akan hantar pautan bayaran (senangpay) kepada pelanggan.
  5. Pembahagian bayaran.
    • Host 75%
    • Ejen 20%
    • GCRM 5% (digunakan untuk pengiklanan).

Contoh Sewaan Perodua Bezza 1.3 (A) RM160 sehari. Pelanggan sewa 1 Jun 2024 08:00 pagi pulang 2 Jun 2024 08:00 pagi. Sistem akan kira 1 hari x RM160 = RM160

  • Host : RM160 x 75% = RM120
  • Ejen : RM160 x 20% = RM32
  • GCRM : RM160 x 5% = RM8

GCRM akan buat bayaran secara automatik seminggu sekali untuk transaksi yang berjaya.

Kelebihan GCRM

  • Host boleh “Book” kenderaan host lain.
  • Fungsi “Negotiate” di mana ejen dan host boleh runding harga sampai jadi.
  • Pelanggan akan dapat pautan bayaran online dari senangpay.
  • Host dan ejen boleh plugin sistem GCRM dalam laman web sendiri (ada caj one off).
  • Host akan terima notifikasi tempahan melalui email.
  • Host boleh semak pelanggan yang ada blacklist.

Barapa kos GCRM?

  • Rakan niaga GoGreenMatrix tiada kenderaan (Ejen) percuma.
  • Rakan niaga GoGreenMatrix ada kenderaan (Host) RM600 setahun.
  • Bukan rakan niaga GoGreenMatrix RM900 setahun.

Host boleh masukkan sebanyak mana kenderaan dalam GCRM. Host dan ejen boleh lihat semua kenderaan yang ada dalam GCRM.

Apa lagi caj GCRM?

GCRM akan ambil 5% dan akan digunakan untuk pengiklanan supaya host dapat meningkatkan jualan.

Apa lagi host dapat?

  • Selepas mendaftar host akan diberikan pautan untuk masuk group Whatsaap khas.
  • Admin akan bantu masukkan kenderaan host ke dalam GCRM.
  • Admin akan maklumkan perkembangan terkini di dalam group Whatsaap.

Bagaimana nak daftar ==> KLIK SINI.