SEWA LESEN MOTAC?

Salam kerap juga saya dapat mesej bertanya boleh ke seseorang individu menyewa lesen Motac untuk menjadikan perniagaan kereta sewa mereka sah?

Sebenarnya tiada istilah sewa lesen Motac. Untuk kereta sewa, anda tetap perlu patuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa terlibat seperti APAD dan JPJ. Kereta perlu beli bawah nama syarikat yang ada lesen Motac, perlu dapatkan permit dari APAD (Semenanjung) atau Motac (Sabah, Sarawak & Labuan).

Sekiranya anda gunakan kereta atas nama persendirian, anda perlu patuhi syarat P2P Car Sharing yang ditetapkan oleh APAD (Semenanjung sahaja).

  • Kereta atas nama persendirian sahaja.
  • Usia kereta bawa tak lebih 10 tahun.
  • Tempahan hanya melalui apps.
  • Perlu ada perlindungan insuran untuk penyewa.
  • Penyedia platform perlu hantar laporan setiap bulan kepada APAD.

Walau bagaimanapun sekiranya anda ada modal dan mampu beli kenderaan secara tunai atas nama syarikat yang ada lesen Motac, anda mungkin boleh buat kerjasama dengan mana-mana syarikat yang buka peluang kerjasama.

GoGreenMatrix kami wujudkan program GMHUB VIP di mana anda boleh menggunakan lesen Motac yang kami ada untuk jalankan perniagaan dalam bidang pelancongan secara sah. Klik SINI untuk maklumat lanjut.