Wahi Abd Rashid

Pajakan Kereta Sewa

Picture1001

Bersama Tuan Fakuruddin Unop pemilik kereta Perodua Viva 1.0 (A) yang memajak keretanya di cawangan kami di Bintulu sejak 1 Oktober 2014.

Gambar di atas di ambil bersama salah seorang rakan saya di Bintulu, Sarawak. Beliau mempunyai sebuah kereta model Perodua Viva 1.0 (A) yang dibeli pada 27 September 2012. Kereta berkenaan jarang digunakan memandangkan beliau telah membeli sebuah kereta baru yang lebih besar.

Sejak membeli kereta baru beliau menghadapi sedikit masalah kerana terpaksa membayar ansuran bulanan untuk 2 buah kereta serentak. Ianya agak membebankan dan lebih malang lagi kereta lama berkenaan tidak dapat dijual memandangkan baki hutang yang lebih tinggi berbanding nilai jualannya.

Setelah berfikir panjang beliau mengambil keputusan untuk memajak keretanya kepada Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd (GMETTSB). Setelah berbincang beliau bersetuju memajak kereta berkenaan dengan bayaran sebanyak RM455 (ansuran bank) + RM200 (wang pajakan) = RM655 sebulan.

Beliau mula memajak  keretanya secara tahunan sejak 1 Oktober 2014. Kontrak pajakan boleh disambung setiap tahun atas persetujuan kedua-dua pihak. Secara purata beliau menjana pendapatan bersih sebanyak RM2,400 setahun (RM200 x 12 bulan = RM2,400).

Program pajakan telah membantu mengurangkan beban dan menjana pendapatan kepada beliau. Beliau juga tidak  perlu pening kepala kerana segala kos seperti penyelenggaraan, insuran, cukai jalan dan saman di tanggung oleh pemajak.

Selain itu keretanya dilindungi insuran sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Itu merupakan antara kisah pemilik kereta yang memajak kereta mereka kepada GMETTSB.

KERETA APA YANG BOLEH DIPAJAK?

Secara umumnya, terdapat 2 jenis kereta yang sesuai dipajak iaitu.

Kereta Lama

  • Usia kereta tidak melebihi 5 tahun atau mileage tidak lebih 100,000 KM.
  • Keutamaan kereta model Perodua Axia, Myvi, Bezza, Saga Alza dan Exora (Auto).
  • Kereta model lain boleh dipertimbangkan mengikut permintaan cawangan.
  • Pajakan selama setahun dan boleh diperbaharui atas persetujuan kedua-dua pihak.
  • Bayaran pajakan = Ansuran bulanan + Wang Pajakan dari RM200 hingga RM300 (atas persetujuan setiap pihak).
  • Kos penyelenggaran, insuran, road tax dan saman ditanggung oleh pemajak.

Contoh Perjanjian Pajakan (Kereta Lama)

Kereta Baru

  • Khas untuk kereta baru model Perodua Axia, Myvi, Bezza, Saga, Alza dan Exora atau model yang sesuai.
  • Kereta boleh dibeli di atas nama peribadi atau syarikat melalui pinjaman bank.
  • Tempoh pinjaman bank maksimum 7 tahun dan bayaran muka minima 10% dari harga kereta.
  • Bayaran muka ditanggung oleh pemajak.
  • Kontrak pajakan selama 7 tahun.
  • Ansuran bulanan + wang pajakan dibayar dalam tempoh 5 tahun (60 bulan) sahaja.
  • Selepas 5 tahun pemajak hanya membayar ansuran bulanan sehingga pinjaman selesai.
  • Bayaran pajakan = RM200 sahaja untuk semua model.
  • Selepas pinjaman selesai, kereta perlu tukar nama kepada pemajak.

Contoh Perjanjian Pajakan (Kereta Baru)

APA RISIKO PAJAKAN KERETA SEWA?

Berikut merupakan antara risiko pajakan kereta sewa.

  1. Saman (saman akan pergi kepada pemilik kereta). Maklumkan pemajak tentang saman dan tuntutan akan dibuat kepada pelanggan (perlu ambil masa untuk selesai).
  2. Ansuran bulanan kepada bank lewat. Pemajak akan membayar 2 bulan advance untuk mengelakkan kelewatan bayaran kepada pihak bank.
  3. Kemalangan & kecurian. Sebolehnya masukkan nama pemajak sebagai 2nd driver di dalam polisi insuran. Pemajak akan membantu pemilik kereta membuat tuntutan insuran sehingga selesai.

APA LAGI SYARAT-SYARAT PAJAKAN KERETA?

Pemilik kereta mestilah seorang yang mudah di bawa berunding dan faham risiko di dalam perniagaan. Pihak pemajak sentiasa mengambil langkah perlu bagi mengurangkan risiko kepada pemilik kereta. Sekiranya berlaku masalah yang tidak diingini, maka pemilik kereta dan pemajak perlu berunding dan berkomunikasi untuk menyelesaikan masalah secara bersama. Selain itu sebolehnya pemilik kereta memajak kereta kepada cawangan yang terdekat bagi memudahkan urusan.

APA KELEBIHAN PAJAKAN KERETA SEWA NI?

  1. Ada perjanjian pajakan. Senang dapatkan pinjaman bank.
  2. Khidmat nasihat untuk pembelian hartanah.
  3. Khidmat introducer untuk pembukaan akaun semasa di bank.

BAGAIMANA NAK JOIN?

Langkah 1

Sila isikan borang di bawah.

Langkah 2

Pihak syarikat akan menghantar butiran yang telah diisi kepada cawangan yang berminat. Anda akan dihubungi dalam tempoh 24 – 48 jam oleh wakil cawangan terdekat. Sekiranya anda bersetuju dengan tawaran yang diberikan, sila buat perjumpaan untuk perbincangan lanjut.

Langkah 3

Sekiranya ada pertanyaan sila join group telegram berikut ==> PAJAKAN GMCR.

57 Thoughts on “Pajakan Kereta Sewa

  1. Teknik Yang baik untuk diikuti ni

  2. Teknik yang bagus. Macam berminat…Dengan ini lebih ramai lagi usahawan melayu islam di dunia ni…macam mana nak sertai konsep pajakan sewa kereta ni..

  3. nor azlina kamis on August 20, 2013 at 10:03 pm said:

    as salam tuan nampaknya macam menarik cara ini.cuma inginkan penjelasan negara ada digemparkan dengan skim pelaburan wang oleh syarikat noradz travel berkenaan sewa beli kereta juga boleh tuan bagi komen skit.. cuma ingin kepastian.

  4. Tarmizi on November 5, 2013 at 12:59 am said:

    Saya berminat juga untuk buat pajakan cuma masih keliru sama ada nak buat pajakan atau kerjasama (saya urus sendiri sewa tersebut)

  5. Ikhwan on January 1, 2014 at 12:13 am said:

    Saya nak berbincang sama ada nak pilih untuk pajakan atau kerjasama. Mcm mana saya nak contact admin?

  6. wan azrlina binti wancik on June 16, 2014 at 11:28 am said:

    As salam..sye ada avanza n kelisa..mcm mn nk sertai pajakkn kereta sewa ni

  7. faizal on August 31, 2014 at 10:20 am said:

    makin berminat nak buat sewa kereta, minta tunjuk ajar tuan

  8. as salam..saya ada 2 buah kereta innova dan berminat untuk pajakan dgn syarikat tuan..please advise..tq

  9. Mohamed Naqiuddin on September 30, 2014 at 2:50 pm said:

    tuan. pajakan ini masih available ke? maaf bertanya

  10. ali_fikri on October 6, 2014 at 8:19 pm said:

    Assalamualaikum..ada tak peluang untuk student yang tiada kereta untuk sertai pajakan ini?

  11. safi Urip on November 17, 2014 at 5:43 pm said:

    Saya memiliki satu kereta (lebihan) : Perodua Viva 1.0 Auto Tahun 2009.
    Jika bersesuaian, saya ingin pajakkan
    Jika tidak, saya akan jual sahaja.

    Harap dapat maklumbalas dari pihak tuan.
    TQ

  12. Anonymous on November 20, 2014 at 11:26 am said:

    saya di Muar ingin pajak sebuah produa viva elite tahun 2012 dengan pihak tuan.bagaimana caranya? 012-6254343 tq.

  13. Anonymous on December 28, 2014 at 1:14 pm said:

    Assalam..sy di kulim kedah..ada lebihan kereta utk dipajak..0194204405

  14. Saya ada lebihan kereta MPV NAzaria untuk dipajak…01127067239. Macam mana nak sertai?

  15. Anonymous on December 31, 2014 at 9:09 am said:

    Ass’salam. Tuan kalu pajakan RM500 sebulan biasanya kereta model apa ya?

  16. Anonymous on January 5, 2015 at 9:20 pm said:

    Salam tuan, saya ada sebuah starex yg jarang digunakan. boleh diterima untuk pajakan ke. anggaran berapa RM sebulan. tq..

  17. Peijal on January 6, 2015 at 12:41 am said:

    Salam Tuan,
    kalau ikut contoh macam tuan Fukurrudin diatas, pajak viva dgn pajakan rm455 + rm200 sebulan, jumlah rm655. Katakan saya ada viva yg nak dipajak, dan viva ni saya kena bayar bank rm350 sebulan. Adakah saya akan dapat rm350 + rm200, jumlah rm550; atau saya akan dapat rm655 macam contoh di atas? Mintak pencerahan.

  18. Tuan, kalo hyundai i10 brapa sbulan? 1.1 auto, bru je pkai 3 bulan..

  19. solihin on January 27, 2015 at 7:27 pm said:

    Salam Tn Wahi,

    Sy ingin bertanya tentang insurans. Kalau berlaku kemalangan semasa tempoh pajakan, adakah claim insurans guna nama owner atau GMCR ada insurans sendiri? Kalau guna nama owner, agak rugi la sebab nanti nak renew insurans dah takde NCD. Boleh bagi pencerahan?

  20. tempoh pajakan berapa lama ya?

  21. azreen on February 2, 2015 at 8:04 pm said:

    Tuan, saya ada kereta chery easter. Keadaan elok xde mslh. Sy nk ambil kereta lain tp sayang nk jual kereta ni? Adakah pihak tuan sudi memajaknya?

  22. ravindran raja rathanam on March 7, 2015 at 12:27 am said:

    Saya ada kereta honda city idsi thn 2005. tiada kerosakan major. Servis x pernah miss.

  23. salam, grand livina blh pajak jugak ke. dan berapa bayaran.

  24. Anonymous on April 8, 2015 at 1:02 pm said:

    Asslammualaikum..tuan kalau kereta harrier brp tuan?

  25. Saya ada kereta baru MPV Innova. Baru (sebulan). Ada cawangan terdekat di Shah Alam?

  26. Anonymous on May 13, 2015 at 3:19 pm said:

    Salam saya ada sebuah kereta kancil lama Manual model EZ850 tahun 2001. Saya bercadang untuk di pajakkan kerana tidak menggunakan kereta itu sepenuhnya. Kereta telah habis bayar

  27. Tuan sy ingin bertanya. Kalau saya nak serahkan kereta kepada tuan utk disewakn. Bukan seperti pajakan diatas kerana sy ingin memberi kereta yg telah habis bayar. Mcm mane yea. Bole ke?

  28. Anonymous on May 20, 2015 at 7:10 pm said:

    Bisness kereta sewa di Bintulu memg evergreen…. Selalu penuh kalau lambat booking….

  29. Anonymous on May 26, 2015 at 6:44 am said:

    asslm, tuan.. sy ad alza SE 2014 untuk di pajak, masih ad kekosongan ke.. area petaling jaya.

  30. Anonymous on December 4, 2016 at 4:33 pm said:

    Askum dan salam sejahtera…

    Saya ingin bertanya… andai kereta sy viva bawah 5 tahun dah habis bayar dan sy nk pajak kan kereta sy nie adakah pulangan sy mendapat rm 200 sahaja atau rm 655?

  31. ridzuwan on January 14, 2017 at 4:19 pm said:

    Salam tuan…
    Ada ada 3 preve 1 iriz…
    Kereta tahun 2015…
    Kalau nak trade in je kereta ni kena tambah duit lg ke…
    Mintak pandangan tuan…

  32. zainuri bin tahir on November 11, 2017 at 9:11 am said:

    SALAM ENCIK….SAYA ZAINURI DARI KOTA DAMANSARA SELANGOR ADA MEMPUNYAI SEBUAH KERETA JENIS SAGA BARU AUTO UNTUK PAJAKAN.

Leave a Reply

Analytic Code