PAJAKAN KERETA SEWA

Picture1001

Bersama Tuan Fakuruddin Unop pemilik kereta Perodua Viva 1.0 (A) yang memajak keretanya di cawangan kami di Bintulu sejak 1 Oktober 2014.

Gambar di atas adalah gambar kenangan yang diambil bersama salah seorang rakan saya di Bintulu, Sarawak. Pada masa itu beliau menghadapi sedikit masalah kerana mempunyai sebuah kereta model Perodua Viva 1.0 (A) yang dibeli pada 27 September 2012. Kereta berkenaan jarang digunakan memandangkan beliau telah membeli sebuah kereta baru yang lebih besar.

Sejak membeli kereta baru beliau menghadapi sedikit masalah kerana terpaksa membayar ansuran bulanan untuk 2 buah kereta serentak. Ianya agak membebankan dan lebih malang lagi kereta lama berkenaan tidak dapat dijual memandangkan baki hutang yang lebih tinggi berbanding nilai jualannya.

Setelah berfikir panjang beliau mengambil keputusan untuk memajak keretanya kepada saya. Setelah berbincang beliau bersetuju memajak kereta berkenaan dengan bayaran sebanyak RM455 (ansuran bank) + RM200 (wang pajakan) = RM655 sebulan.

Beliau mula memajak  keretanya secara tahunan sejak 1 Oktober 2014. Kontrak pajakan boleh disambung setiap tahun atas persetujuan kedua-dua pihak. Secara purata beliau menjana pendapatan bersih sebanyak RM2,400 setahun (RM200 x 12 bulan = RM2,400).

Program pajakan telah membantu mengurangkan beban dan menjana sedikit pendapatan kepada beliau. Beliau juga tidak  perlu pening kepala kerana segala kos seperti penyelenggaraan, insuran, cukai jalan dan saman di tanggung oleh pihak saya.

Begitulah bagaimana program pajakan telah membantu pemilik kereta seperti Tuan Fakurudin Unop. Sebenarnya ramai lagi pemilik kereta yang menghadapi masalah seperti di atas, jadi sekiranya anda ada masalah seperti di atas, mungkin program pajakan boleh membantu anda.

APAKAH SYARAT PAJAKAN?

  • Green Matrix tidak mengambil kereta pajak buat masa ini. Walau bagaimanapun sekiranya ada pemilik kereta ingin memajak kereta, maka perjanjian pajakan adalah di antara pemilik kereta dengan licensee Green Matrix (pemajak) yang sah dan masih aktif sahaja. Perjanjian pajakan mestilah menggunakan nama individu atau perniagaan/syarikat licensee itu sendiri. Green Matrix tidak terlibat dalam urus niaga pajakan. Anda boleh bertanya keahlian licensee Green Matrix melalui group telegram di bawah.
  • Green Matrix akan memaklumkan maklumat kereta pajak yang dinyatakan pemilik kereta kepada licensee Green Matrix yang terdekat. Segala urusan perjanjian dan bayaran pajakan adalah di antara pemilik kereta dan licensee Green Matrix (pemajak). Sekiranya ada sebarang masalah berhubung bayaran atau apa-apa tuntutan, pemilik kereta mestilah berhubung dengan licensee Green Matrix (pemajak) dan tidak melibatkan Green Matrix.
  • Pastikan licensee Green Matrix (pemajak) yang ingin memajak kereta anda membayar 2 bulan bayaran ansuran bulanan dan wang pajakan sebelum kereta diserahkan. Tujuan untuk memastikan pemajak berkemampuan dan mengelakkan kelewatan pembayaran.
  • Pemilik kereta berhak membatalkan perjanjian pajakan dan mengambil balik keretanya sekiranya licensee Green Matrix (pemajak) gagal membayar wang pajakan pada tarikh yang telah ditetapkan. Segala urusan tuntutan bayaran dan ganti rugi adalah di antara pemilik kereta dan juga licensee Green Matrix (pemajak). Pemilik kereta tidak berhak menuntut apa-apa daripada Green Matrix memandangkan perjanjian pajakan adalah di atas persetujuan di antara pemilik kereta dan licensee Green Matrix (pemajak).

KERETA APA YANG BOLEH DIPAJAK?

Secara umumnya, terdapat 2 jenis kereta yang sesuai dipajak iaitu.

Kereta Lama

  • Usia kereta tidak melebihi 5 tahun ATAU jarak perjalanan tidak lebih daripada 100,000 KM.
  • Keutamaan kereta model Perodua Axia, Myvi, Bezza, Saga dan Alza (Auto). Kereta model lain boleh dipertimbangkan.
  • Pajakan selama setahun dan boleh diperbaharui atas persetujuan kedua-dua pihak.
  • Bayaran pajakan = Ansuran bulanan + Wang Pajakan dari RM200.
  • Kos penyelenggaran, insuran, road tax dan saman ditanggung oleh pemajak.

Contoh Perjanjian Pajakan (Kereta Lama)

Kereta Baru

  • Khas untuk kereta baru model Perodua Axia, Myvi, Bezza, Saga dan Alza atau model yang sesuai.
  • Kereta boleh dibeli di atas nama peribadi atau syarikat melalui pinjaman bank.
  • Tempoh pinjaman bank maksimum 7 tahun dan bayaran muka minima 10% dari harga kereta.
  • Bayaran muka ditanggung oleh pemajak.
  • Kontrak pajakan selama 7 tahun.
  • Ansuran bulanan + wang pajakan dibayar dalam tempoh 5 tahun (60 bulan) sahaja.
  • Selepas 5 tahun pemajak hanya membayar ansuran bulanan sehingga pinjaman selesai.
  • Bayaran pajakan = RM200 sahaja untuk semua model.
  • Selepas pinjaman selesai, kereta perlu tukar nama kepada pemajak.

Contoh Perjanjian Pajakan (Kereta Baru)

APA RISIKO PAJAKAN KERETA SEWA?

Berikut merupakan antara risiko pajakan kereta sewa.

  1. Saman (saman akan pergi kepada pemilik kereta). Maklumkan pemajak tentang saman dan tuntutan akan dibuat kepada pelanggan (perlu ambil masa untuk selesai).
  2. Ansuran bulanan kepada bank lewat. Pemajak perlu membayar 2 bulan advance untuk mengelakkan kelewatan bayaran kepada pihak bank.
  3. Kemalangan & kecurian. Sebolehnya masukkan nama pemajak sebagai 2nd driver di dalam polisi insuran. Pemajak akan membantu pemilik kereta membuat tuntutan insuran sehingga selesai.

APA LAGI SYARAT-SYARAT PAJAKAN KERETA?

Pemilik kereta mestilah seorang yang mudah di bawa berunding dan faham risiko di dalam perniagaan. Pihak pemajak sentiasa mengambil langkah perlu bagi mengurangkan risiko kepada pemilik kereta. Sekiranya berlaku masalah yang tidak diingini, maka pemilik kereta dan pemajak perlu berunding dan berkomunikasi untuk menyelesaikan masalah secara bersama. Selain itu sebolehnya pemilik kereta memajak kereta kepada licensee Green Matrix yang terdekat bagi memudahkan urusan.

BAGAIMANA NAK PAJAK?

Langkah 1

Sila isikan borang di bawah.

Langkah 2

Green Matrix akan menghantar butiran yang telah diisi kepada licensee yang berminat. Anda akan dihubungi dalam tempoh 24 – 48 jam oleh licensee terdekat. Sekiranya anda bersetuju dengan tawaran yang diberikan, sila buat perjumpaan untuk perbincangan lanjut.

Langkah 3

Sila join group facebook ini untuk pertanyaan. Klik SINI.

Leave a Reply

  1. Teknik yang bagus. Macam berminat…Dengan ini lebih ramai lagi usahawan melayu islam di dunia ni…macam mana nak sertai konsep pajakan sewa kereta ni..

  2. as salam tuan nampaknya macam menarik cara ini.cuma inginkan penjelasan negara ada digemparkan dengan skim pelaburan wang oleh syarikat noradz travel berkenaan sewa beli kereta juga boleh tuan bagi komen skit.. cuma ingin kepastian.

  3. Saya berminat juga untuk buat pajakan cuma masih keliru sama ada nak buat pajakan atau kerjasama (saya urus sendiri sewa tersebut)

  4. Saya memiliki satu kereta (lebihan) : Perodua Viva 1.0 Auto Tahun 2009.
    Jika bersesuaian, saya ingin pajakkan
    Jika tidak, saya akan jual sahaja.

    Harap dapat maklumbalas dari pihak tuan.
    TQ

  5. Salam tuan, saya ada sebuah starex yg jarang digunakan. boleh diterima untuk pajakan ke. anggaran berapa RM sebulan. tq..

  6. Salam Tuan,
    kalau ikut contoh macam tuan Fukurrudin diatas, pajak viva dgn pajakan rm455 + rm200 sebulan, jumlah rm655. Katakan saya ada viva yg nak dipajak, dan viva ni saya kena bayar bank rm350 sebulan. Adakah saya akan dapat rm350 + rm200, jumlah rm550; atau saya akan dapat rm655 macam contoh di atas? Mintak pencerahan.

  7. Salam Tn Wahi,

    Sy ingin bertanya tentang insurans. Kalau berlaku kemalangan semasa tempoh pajakan, adakah claim insurans guna nama owner atau GMCR ada insurans sendiri? Kalau guna nama owner, agak rugi la sebab nanti nak renew insurans dah takde NCD. Boleh bagi pencerahan?

  8. Tuan, saya ada kereta chery easter. Keadaan elok xde mslh. Sy nk ambil kereta lain tp sayang nk jual kereta ni? Adakah pihak tuan sudi memajaknya?

  9. Salam saya ada sebuah kereta kancil lama Manual model EZ850 tahun 2001. Saya bercadang untuk di pajakkan kerana tidak menggunakan kereta itu sepenuhnya. Kereta telah habis bayar

  10. Tuan sy ingin bertanya. Kalau saya nak serahkan kereta kepada tuan utk disewakn. Bukan seperti pajakan diatas kerana sy ingin memberi kereta yg telah habis bayar. Mcm mane yea. Bole ke?

  11. Askum dan salam sejahtera…

    Saya ingin bertanya… andai kereta sy viva bawah 5 tahun dah habis bayar dan sy nk pajak kan kereta sy nie adakah pulangan sy mendapat rm 200 sahaja atau rm 655?

  12. Salam tuan…
    Ada ada 3 preve 1 iriz…
    Kereta tahun 2015…
    Kalau nak trade in je kereta ni kena tambah duit lg ke…
    Mintak pandangan tuan…

  13. SALAM ENCIK….SAYA ZAINURI DARI KOTA DAMANSARA SELANGOR ADA MEMPUNYAI SEBUAH KERETA JENIS SAGA BARU AUTO UNTUK PAJAKAN.

  14. Salam tuan saya pun baru belajar buka syarikat kereta sew sendiri ni dan ada orang berminat nak pajak kereta kepada saya..

    mohon izin tuan untuk saya applykan ilmu yg tuan kongsi, Ty banyak tuan ?