Wahi Abd Rashid

Author Archives: Wahi Abd Rashid

Wahi Bin Abd Rashid merupakan seorang usahawan kereta sewa, penulis dan speaker di dalam bidang keusahawanan. Syarikat beliau www.greenmatrixcarrental.com menyediakan perkhidmatan kereta sewa di seluruh Malaysia. Beliau juga banyak berkongsi pengalaman di dalam blog peribadinya www.wahiabdrashid.com

BEZA ORANG KAYA DAN ORANG BIASA

Saya selalu terima email, antara sebab ramai orang tak boleh nak memulakan perniagaan adalah, mereka selalu berkata tak ada modal, tak ada masa, tak ada ilmu tak ada itu dan ini. Sebenarnya itulah sebab banyak tidak boleh mendapat apa yang mereka nak.

Cuba anda sebut 2 perkataan ini.

  1. Aku tak ada modal
  2. Aku belum ada modal

Perktaan pertama biasa disebut oleh orang biasa. Mereka selalu berkata mereka tak ada itu dan ini. Sudahnya mereka tidak cuba berfikir bagaimana untuk mendapatkan modal. Perkataan kedua biasa disebut oleh orang kaya. Duit memang tak pernah cukup, tapi apa saja yang mereka nak mereka akan fikirkan bagaimana nak dapatkannya.

Bila kita ubah perkataan yang keluar dari mulut kita, Insya Allah kehidupan kita akan berubah. Untuk lebih faham tonton video di atas. Mulai sekarang cuba ubah perkataan yang keluar dari mulut anda. Insya Allah anda akan dapat apa yang anda mahu.

3 MASALAH PENGUSAHA KERETA SEWA

Salam pos ini saya tulis untuk jawab 3 masalah kebanyakan pengusaha kereta sewa.

  1. Permintaan hanya pada hujung minggu.
  2. Lepas bagi tahu harga kereta custemer terus senyap.
  3. Stok kereta tak cukup.

Kena Kenal Pasti 7 Pelanggan Kereta Sewa

  1. Pelancong
  2. Orang awam
  3. Syarikat korporat
  4. Agensi kerajaan
  5. Hotel
  6. Agensi pelancongan
  7. Travel aggregator

Kenapa Orang Tak Pilih Kita?

  1. Kawasan liputan yang kecil
  2. Reputasi tak baik
  3. Tak boleh support kalau permintaan banyak

Apa Pelanggan Nak?

  1. Servis lebih pantas
  2. Servis lebih baik
  3. Harga lebih murah

Bagaimana Nak Selesai Masalah Di atas?

  1. Gabung semua pengusaha kereta sewa kecil di bawah satu platform.
  2. Ada staff sepenuh masa yang buat marketing dan cari job sebanyak mungkin.
  3. Jimatkan kos melalui penggabungan.

Faedah Program BKS300

  1. Kerja secara berpasukan.
  2. Dapat service lebih banyak pelanggan.
  3. Dapat pelanggan berkualiti
  4. Ada sistem perniagaan yang lebih baik.
  5. Pendapatan meningkat.
  6. Bimbingan perancangan kewangan.

Untuk lebih faham anda boleh tonton video di atas. Harap membantu. Sekiranya berminat untuk join program BKS300 boleh klik SINI.

BAGAIMANA NAK BUAT BISNES KERETA SEWA KALAU TAK ADA KERETA/MODAL?

Salam pos ni saya buat untuk jawab soalan favourite yang saya selalui terima. Bagaimana nak buat bisnes kereta sewa kalau saya tak ada kereta? Pada saya sebenarnya lebih bagus anda bermula kalau tak ada kereta. Banyak pengusaha kereta sewa membuat kesilapan besar membeli kereta dahulu, kemudian baru sibuk nak cari pelanggan.

Apa yang berlaku, mereka terdesak untuk mendapatkan pelanggan, dan akhirnya tersilap menyewakan kepada pelanggan yang tidak berkualiti. Dalam bisnes kereta sewa kunci kejayaan adalah anda perlu tahu bagaimana nak mencari pelanggan yang berkualiti.

Anda boleh bermula dengan mempromosi kepada keluarga dan kawan-kawan yang anda kenal. Kalau anda dapat tempahan, anda boleh saja ambil kereta pengusaha kereta sewa atau kawan-kawan terdekat. Hubungi mereka, ajak minum teh tarik, perkenalkan diri dan dapatkan harga agen.

Pelanggan yang sudah gunakan servis anda, minta mereka promosikan perkhidmatan anda kepada keluarga dan kawan-kawan mereka pula. Kalau anda boleh promosikan kepada 1,000 orang yang anda kenal, ianya sudah cukup baik.

Biasanya anda boleh dapat komisen di antara 10% – 30% bergantung kepada harga yang anda berjaya jual. Fokus cari pelanggan, dapatkan tempahan sebanyak mungkin, masukkan duit dalam akaun khas.

Sampai satu tahap apabila pendapatan anda sudah cukup banyak dan stabil, anda boleh decide untuk beli kereta sendiri. Gunakan akaun berkenaan sebagai dokumen sokongan untuk mendapatkan pinjaman bank. Untuk lebih faham boleh tonton video di atas.

Apa yang penting anda perlu ada ilmu, sistem dan pasukan untuk menjalankan perniagaan ini bersama. Klik SINI kalau anda rasa Program BKS300 sesuai untuk anda.

Analytic Code