Wahi Abd Rashid

PAJAKAN KERETA SEWA

Capture

Kereta pajak terawal yang dibeli pada tahun 2009

Ok kali ni saya nak share sikit pengalaman tentang program pajakan kereta sewa. Program pajakan kereta sewa ni saya buat sejak tahun 2009 di Bintulu, Sarawak.

Masa tu pajakan terhad untuk kawan-kawan dan keluarga terdekat saja. Model kereta yang tengah hot masa tu adalah Proton Saga BLM 1.3 (A).

BAGAIMANA SISTEM PAJAKAN SAYA?

Pemilik kereta akan buat pinjaman bank untuk membeli kereta. Downpayment saya share 50/50 dengan pemilik kereta. Biasanya kami keluar RM2,500 sorang x 2 = RM5,000.

Loan 9 tahun dan ansuran bulanan saya bundarkan kepada RM600 sebulan. Bayaran pajakan RM200 sebulan. Jadi total bayaran bulanan RM600 + 200 = RM800.

Secara keseluruhan pemilik kereta akan dapat pendapatan bersih RM200 sebulan. Amaun tak ada la banyak, tapi bagi pemilik kereta yang kerja biasa-biasa duit tu boleh la cover sikit belanja dapur.

Semua pemilik kereta beli paling kurang 2 buah kereta dan ada yang beli sampai 6 buah kereta. Jadi setiap orang dapat pendapatan bersih di antara RM400 hingga RM1,200 sebulan.

Ok la kan, pemilik kereta tak perlu buat apa pun, semua urusan sewaan, penyelenggaraan, insuran, road tax, saman, sampai kereta kemalangan dan hilang saya tanggung 100%.

Alhamdulillah saya berjaya bayar duit pajak secara konsisten sampai usia kereta mereka cecah 5 tahun. Lepas 5 tahun saya dapati kereta mereka dah tak sesuai disewakan. Antara sebabnya adalah condition kereta dah tak cun dan selalu rosak.

Jadi saya terpaksa bincang balik dengan pemilik kereta dan maklumkan bahawa kereta yang dah berusia lebih 5 tahun, saya hanya dapat bayar installment saja sampai loan habis.

Alhamdulillah semua pemilik kereta faham dan setuju dengan cadangan saya. Lagipun mereka dah dapat RM200 x 12 bulan x 5 tahun = RM12,000. Modal mereka RM2,500 saja dan untung RM9,500 selama 5 tahun untuk sebuah kereta. ROI 380% atau 76% setahun.

Bayaran pajakan pula banyak membantu mereka. Ada yang isterinya dapat berhenti kerja dan fokus menjaga anak di rumah. Ada yang dapat settlekan hutang kad kredit. Ada juga yang dapat hantar anak belajar di universiti sampai dapat ijazah.

Masuk tahun ke 7 (2016) saya maklumkan kepada pemilik kereta bahawa saya akan mula jual kereta pajak tu satu persatu. Pemilik kereta pula sporting dan tak ada masalah sebab program pajakan banyak sangat membantu mereka.

Sepanjang saya buat program pajakan ni jumlah kereta pajak pernah cecah sampai 40 biji. Macam-macam pengalaman yang saya terpaksa lalui. Paling tak boleh dilupakan kereta pajak pernah tersadai dalam balai polis sampai 1 tahun.

Puncanya adalah kerana penyewa terlibat dengan kes samun. Saya terpaksa upah peguam untuk keluarkan kereta. Banyak juga saya rugi, tapi Alhamdulillah saya bayar pemilik kereta macam biasa walaupun keretanya tersadai di balai.

Kalau diikutkan pajakan kereta sewa ni saya tak untung banyak pun. Masa tu kutipan sewa untuk sebuah kereta Proton Saga BLM 1.3 (A) adalah RM1,300 sebulan. Banyak pelanggan saya adalah syarikat korporat. Semua nak corporate rates maknanya lebih murah dari published rates (RM1,500).

Kalau saya bayar pemilik kereta RM800 sebulan + RM200 untuk maintainance, tayar, brake & insuran. So saya masih ada margin untung RM300. Duit untung tu sebenarnya saya guna untuk bayar gaji staff dan tampung kos operasi syarikat.

Saya buat untung daripada sewaan kereta milik sendiri sebab sebahagian besar kos operasi syarikat, kereta pajak yang cover. Masa tu saya ada 30 buah kereta milik sendiri.

Itu yang bila orang minta bayaran pajakan yang lebih tinggi, saya tak berani, takut tersontot dengan janji sendiri. Saya offer setakat yang saya mampu commit. Bisnes naik atau turun Insya Allah saya boleh bayar.

Sepanjang saya buat program pajakan, ada juga pengusaha kereta sewa yang offer bayaran pajakan lebih tinggi. Ada yang offer dari RM1,000 sampai RM1,200 sebulan. Banyak juga prospek yang berminat nak pajak kepada saya lari kepada pengusaha berkenaan.

Tapi tak sampai setahun, saya mula terima request dari pemilik kereta yang dulunya nak pajak kereta pada saya. Mereka merayu minta saya ambil kereta mereka. Kebanyakan tak dapat bayaran pajakan seperti yang dijanjikan.

Ada yang kena top up ansuran bulanan menggunakan duit sendiri, ada yang hampir bankrap sebab pengusaha kereta sewa berkenaan lepas tangan. Saya terpaksa minta beberapa cawangan untuk jalankan operasi rescue.

Kereta-kereta yang dipajak kami minta pemilik kereta ambil balik, tunggakan kami settlekan perlahan-lahan. mana kereta yang rosak kami perbaiki. Beratus biji juga kereta kami sempat rescue.

Ada juga kereta yang tak dapat diselamatkan sebab condition teruk sangat. Kereta-kereta pajak yang kami rescue ni, kami bayar rendah sikit installment + RM150 saja, sebab nak cover overdue dan repair kereta. Dulu kita offer + RM200 tak nak.

Pemilik kereta bila dapat extra RM150 dah bersyukur sangat. Tak payah nak pening kepala dikejar bank. Bila ada yang nak pajak minta amaun yang tinggi saya senyum saja la. Kalau nasib saya baik, dapatla kereta free tak lama selepas tu.

Baru-baru ni ada wakil pemilik kereta datang jumpa saya. Dia dan rakannya ada memajak 36 buah kereta kepada sebuah syarikat kereta sewa. Ada yang dah 5 bulan tak dapat bayaran pajakan. Dia meminta saya mengambil kereta berkenaan.

Bila kita yang cari kereta pajak, pemilik kereta akan demand, tapi bila pemilik kereta cari kita, kita boleh la demand. Bukan nak ambil kesempatan apa, cuma kereta pajak pada saya ni harta orang. Kena la jaga elok-elok sebab orang dah percaya.

Bukan senang nak konsisten bayar duit pajak sampai 5 tahun. Setakat ni saya tak pernah dengar lagi ada syarikat boleh bayar duit pajak sampai 5 tahun. Paling singkat 3 bulan dah tersontot, dan paling lama 2 tahun.

Kepada pengusaha yang boleh bayar duit pajak konsisten seperti yang dijanjikan, saya ucapkan tahniah banyak-banyak. Anda memang pengusaha kereta sewa yang amanah.

Kepada yang nak memajak kereta tu, study la dulu syarikat pengusaha kereta sewa tu. Saya tengok syarikat yang dari dulu scam pemilik kereta masih lagi mengambil kereta pajak sampai sekarang.

Saya pun tak ambil port pasal company lain. Lebih baik saya fokus company sendiri saja. Mana yang saya dapat bantu, Insya Allah saya cuba bantu, mana yang nak kaya cepat tu, saya minta maaf banyak-banyak, saya tak berani, takut nanti kita bermasam muka.

BERMINAT NAK PAJAK KERETA?

Ok kalau anda berminat nak memajak kereta dengan syarikat saya, peluang tu masih ada. Buat masa ni syarikat saya memang masih memerlukan kereta pajak.

Bayaran tak ada la tinggi macam ditawarkan syarikat lain. Insya Allah bayaran konsisten dan tempoh pun lebih lama (tengok condition kereta).

photo_2017-03-31_13-11-58

Respon pemilik kereta yang memajak kepada cawangan Pekan, Pahang.

Model kereta yang diperlukan adalah Perodua Viva, Axia, Bezza, Proton Saga dan Alza. Keutamaan kereta transmisi automatik. Maklumat program pajakan boleh dibaca melalui link berikut ==> www.wahiabdrashid.com/pajakan.

Leave a Reply

Post Navigation

Analytic Code