Wahi Abd Rashid

Peluang

Sekiranya bermanfaat, Kongsikan Artikel Ini..

Sejak kebelakangan ini ramai yang mencari peluang-peluang untuk menjana pendapatan tambahan. Maklumlah kos sara hidup semakin meningkat, jadi mahu tak mahu masing-masing perlu berusaha menambah pendapatan sampingan.

Sebenarnya banyak peluang perniagaan yang boleh diceburi, pada saya pilihlah perniagaan ikut minat dan kemahiran yang anda ada. Saya pula memang dari dulu lagi suka dengan perniagaan kereta sewa. Antara sebabnya adalah.

  1. Malaysia negara tumpuan pelancong.
  2. Pengangkutan merupakan satu keperluan.
  3. Target market yang besar.
  4. Bidang perniagaan yang pelbagai.
  5. Boleh dimulakan dengan modal yang minima.
  6. Boleh dijalankan secara online sahaja.
  7. Paling mudah mendapat pinjaman bank.
  8. Cash flow yang laju harian, mingguan dan bulanan.
  9. Boleh beroperasi secara automatik.

Dengan keadaan mata wang ringgit yang rendah, perniagaan kereta sewa umpama durian runtuh kepada syarikat yang fokus kepada pelanggan dari luar negara. Jadi sekiranya anda ingin menceburi perniagaan kereta sewa, maka berikut merupakan peluang-peluang perniagaan yang anda boleh cuba.

picture1

1. BISNES KERETA SEWA

Sekiranya anda berminat untuk memulakan bisnes kereta sewa secara kecil-kecilan, anda boleh belajar melalui DVD Panduan Bisnes Kereta Sewa yang saya sediakan. DVD berkenaan menerangkan bagaimana saya memulakan perniagaan kereta sewa dengan modal RM3,000 sehingga berjaya menjana pendapatan 6 angka sebulan. Harga DVD berkenaan RM200 sahaja.

==> DVD Panduan Bisnes Kereta Sewa

Picture1001

2. PAJAKAN KERETA SEWA

Sekiranya anda tiada masa untuk menguruskan bisnes kereta sewa, tetapi mempunyai kereta yang tidak digunakan maka anda boleh menyertai program Pajakan Kereta Sewa yang saya sediakan. Anda hanya perlu memajak kereta kepada cawangan saya yang terdekat dan boleh menjana pendapatan bersih di antara RM200 hingga RM300 sebulan untuk sebuah kereta. Pendapatan berkenaan mungkin kecil, tetapi Insya Allah konsisten. Program berkenaan saya sudah mulakan sejak tahun 2009 dan masih berjalan sehingga sekarang. Maklumat lanjut boleh klik link di bawah.

==> Pajakan Kereta Sewa

capture

3. AFFILIATE KERETA SEWA

Sekiranya anda ingin berjinak-jinak dengan perniagaan kereta sewa tetapi tiada kereta dan modal, maka anda boleh bermula sebagai agen affiliate di syarikat saya. Anda akan mendapat komisen sebanyak 10% daripada kadar sewa untuk setiap tempahan yang berjaya. Anda boleh mendaftar secara percuma melalui link di bawah.

==> Affiliate Kereta Sewa.

picture1

4. LICENSING KERETA SEWA

Sekiranya anda mahu memulakan bisnes kereta sewa lengkap dengan sistem yang sudah terbukti berjaya, maka anda boleh menyertai program Licensing Bisnes Kereta sewa yang saya sediakan. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM10,000 (sekali seumur hidup). Anda akan diajar bagaimana menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM10,000 setiap bulan daripada perniagaan kereta sewa. Maklumat lanjut boleh klik link di bawah.

==> Licensing Bisnes Kereta Sewa

20170202_134911

5. MYCAMPUSCARRENTAL

Program ini merupakan program licensing yang saya baru perkenalkan. Target market adalah pelajar-pelajar di kampus universiti di seluruh negara. Sekiranya lokasi anda berdekatan dengan kampus yang berpotensi, maka anda boleh menyertai program ini. Yuran penyertaan RM5,000 sahaja seumur hidup. Maklumat program boleh klik link di bawah.

==> Mycampuscarrental

 

20170419_083158

6. KERJASAMA KERETA SEWA MEWAH

Kerjasama kereta mewah ni khas kepada mereka yang selalu travelling dan mahu menggunakan kereta mewah jenis Mercedes dan Toyota Alphard untuk bergerak. Dalam kerjasama ini syarikat akan membeli kereta mewah terpakai yang yang masih elok keadaannya. Pemodal boleh menggunakan kereta berkenaan pada bila-bila masa secara percuma. Sekiranya kereta tidak digunakan, syarikat akan sewakan dan hasil dibahagi 2. Maklumat kerjasama boleh baca melalui link di bawah.

==> Kerjasama Mercedes & Toyota

11403226_905238616203352_8106686757133596362_n

7. KERJASAMA KERETA SEWA PANDU

Sekiranya anda mempunyai modal tetapi tiada masa menguruskan bisnes kereta sewa, maka anda boleh menyertai program kerjasama kereta sewa pandu. Di dalam program ini syarikat saya akan membeli kereta menggunakan modal yang anda berikan. Pihak syarikat akan menyewakan kenderaan berkenaan dan sebahagian hasil kutipan sewa akan digunakan untuk membayar ansuran bulanan selama 7 tahun kepada anda. Pihak syarikat juga akan berkongsi keuntungan di mana selepas 7 tahun kereta berkenaan akan dijual dan hasil jualan akan dibahagikan sama rata. Anggaran pulangan keuntungan yang anda akan perolehi adalah di antara 13% hingga 15% setahun. Kelebihan kerjasama ini adalah ianya selamat dan mengikut undang-undang. Maklumat lanjut boleh klik link di bawah.

==> Kerjasama Kereta Sewa Pandu

20160921_201238

8. MY BUSINESS PARTNER

Program ini hampir sama seperti program licensing bisnes kereta sewa, cuma di dalam program ini anda akan memiliki saham di dalam syarikat yang saya tubuhkan. Syarikat berkenaan akan menguruskan cawangan kereta sewa yang anda boleh pilih lokasinya (tertakluk kepada kekosongan dan perbincangan bersama).

Syarikat saya akan memegang 34% saham, anda 33% dan baki 33% akan diperuntukkan kepada peserta program licensing yang sudah saya latih dan mempunyai pengalaman lebih setahun menguruskan bisnes kereta sewa. Anda akan mendapat keuntungan bulanan mengikut nilai pegangan saham yang anda ada. Maklumat lanjut boleh klik link di bawah.

==> My Business Partner

PESANAN

Apa pun pilihan anda, sebolehnya elakkan terlalu fokus kepada keuntungan semata-mata. Fokus perniagaan untuk menambah nilai hidup pelanggan dan orang di sekeliling anda. Berhati-hati dengan tawaran pulangan keuntungan yang tidak masuk akal. Sekiranya sesuatu itu sukar untuk dipercayai, ianya memang sukar untuk dipercayai. Pastikan anda merujuk dengan orang yang berpengalaman sebelum melakukan sesuatu. Saya harap peluang-peluang yang saya senaraikan ini memberi sedikit idea bagaimana anda boleh menjana pendapatan daripada perniagaan kereta sewa.

Sekiranya bermanfaat, Kongsikan Artikel Ini..

Leave a Reply

Analytic Code
%d bloggers like this: