Wahi Abd Rashid

MENGAPA SAYA MENAIK TARAF SYARIKAT KERETA SEWA MILIKAN TUNGGAL KEPADA SDN BHD?

Salam hormat,

Semenjak tahun 2011, saya telah menaik taraf syarikat kereta sewa saya daripada milikan tunggal kepada Sdn Bhd. Berikut merupakan sebab mengapa saya berbuat demikian;

  1. Menghadkan liabiliti – jika dahulu saya menggunakan syarikat milikan tunggal, liabiliti ditanggung sepenuhnya oleh saya. Setelah mendaftar syarikat sdn bhd, liabiliti terhad kepada modal berbayar sahaja iaitu RM200,000. Modal berbayar boleh serendah RM2,00.
  2. Meningkatkan kredibiliti
  3. Memudahkan pelaburan luar.
  4. Boleh beroperasi di seluruh Malaysia – membuka cawangan baru.

Kos untuk mendaftar syarikat sdn bhd bergantung kepada jumlah modal berbayar. Bagi syarikat sdn bhd dengan modal berbayar RM2 kos pendaftaran adalah RM2700. Bagi syarikat saya modal berbayar adalah RM200,000 dan kos pendaftaran adalah RM4400. Berikut merupan video penerangan tentang perbezaan syarikat milikan tunggal dan sdn bhd.

 

BOLEHKAH SAYA MENDAPATKAN PINJAMAN ASB MENGGUNAKAN TEKNIK DI DALAM BUKU RAHSIA SENANG MENDAPAT PINJAMAN?

Salam hormat, kali ini saya ingin menjawab soalan yang sering ditanya samada boleh atau tidak mendapatkan pinjaman ASB menggunakan teknik di dalam buku Rahsia Senang Mendapat Pinjaman. Saya mempunyai 2 jawapan.

Jawapan 1

Ya, boleh sekiranya anda tidak ada perancangan untuk menceburi bidang perniagaan atau cuba berhijrah menjadi usahawan. Sesuai untuk mereka yang selesa makan gaji dan tidak ada disiplin menyimpan. Walaupun pilihan ini nampak selamat namun ia mempunyai risiko kerana keadaan ekonomi boleh berubah (ya keadaan ini pasti berlaku). Sekiranya keadaan ekonomi menurun, pihak bank boleh menaikkan kadar faedah dan menurunkan kadar dividen. Pada masa itu, mereka yang membuat pinjaman ASB akan merasa sesak nafas sedikit kerana terpaksa top up duit sendiri untuk membayar kadar bunga yang lebih tinggi daripada dividen yang diterima.

Jawapan 2

Tidak, sekiranya anda bercita-cita mahu menjadi usahawan. Ini kerana sebaik sahaja anda membuat pinjaman ASB, future value untuk membuat pinjaman lain akan menurun. Anda akan menghadapi kesukaran untuk membuat pinjaman bagi mengembangkan perniagaan, membeli aset, hartanah dan pelaburan lain. Jadi pinjaman ASB tidak sesuai untuk mereka yang cuba keluar dari kepompong makan gaji.

p/s : Saya memilih jawapan 2 dan syukur Alhamdulillah setiap bulan boleh menyimpan jumlah yang sama banyak dengan 3 bulan gaji. Apa yang penting, kena berani keluar dari zon selesa dan teroka rezeki Allah yang terbentang luas.

STRATEGI PEMASARAN BISNES KERETA SEWA

Salam hormat, kali ini saya ingin berkongsi strategi pemasaran untuk bisnes kereta sewa. Artikel ini ditulis berikutan soalan yang saya terima daripada rakan usahawan kereta sewa.

Soalan

Saudara Wahi, Bagaimanakah cara terbaik untuk menyewakan kereta mewah (CRV dan Accord).? Saya mempunyai kedua-dua kereta tersebut dan berminat untuk menyewakannya. Saya tinggal di Setiawangsa KL dan baru-baru ini telah menubuhkan perniagaan sewa kereta dan mengiklankannya di Mudah.com tetapi masih gagal mendapatkan pelanggan. Apa pandangan dan nasihat saudara?

Jawapan

Salam Tuan, terima kasih di atas email. Berikut cadangan saya

1. Buat blog/laman web dan fan page kereta sewa.

contoh

laman web : www.greenmatrixcarrental.com
fanpage : http://www.facebook.com/GreenMatrixCarRental

Hubungi tuan Rauzan Juhan untuk bantuan. Beluau merupakan programmer laman web yang saya selalu gunakan.

2. Iklan (Percuma)

Daftar perkhidmatan tuan dalam portal pengiklanan di bawah.

  1. www.mudah.my
  2. www.iklan.myweb4u.net
  3. www.malaymarkit.com
  4. www.kugli.com
  5. www.eguide.my
  6. www.boostasite.com
  7. www.sabahsell.com
  8. www.adpost.com
  9. www.freeads.my
  10. www.24hrsbazar.com
  11. www.clic.com.my
  12. www.32advertise.com
  13. www.olx.com.my
  14. www.my.eonad.com
  15. www.malaysia.freeadstime.org
  16. www.yalwa.my
  17. www.classifieds.sulekha.com
  18. www.eraju.com
  19. www.freeadscity.com
  20. www.4221business.com
  21. www.gofreeads.com
  22. www.postfreeadshere.com
  23. www.adsnity.com
  24. www.classifieds.catchsmile.com
  25. www.bruclass.com
  26. www.theclassifiedfreeads.com
  27. www.glasyads.com
  28. www.buckeyedas.com
  29. www.cyourad.com

lain-lain portal pengiklanan yang berkaitan.

3. Iklan (Berbayar)

Promosikan blog/laman web tuan dan fan page melalui

– google adword

Kalau tak tahu tentang google adword saya cadangkan belajar melalui bengkel berikut.

Picture47

4. Google Map

Daftar lokasi perniagaan di dalam google map melalui link berikut;

https://accounts.google.com/ServiceLogin?service=lbc&continue=https://www.google.com/local/add%3Fservice%3Dlbc

Harap membantu. Insya Allah.

Analytic Code