Wahi Abd Rashid

MULAKAN BISNES KERETA SEWA DEMI ANAK-ANAK

Puan Nurul Huda (kanan sekali) bersama pelangganya

Salam artikel kali ini saya nak kongsi kisah Puan Nurul Huda di Pulau Pinang. Beliau sebenarnya memulakan bisnes kereta sewa pada Nov 2018. Ketika itu beliau masih bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat. Memandangkan beliau tiada masa menguruskan bisnes kereta sewa pada masa itu, beliau mengambil keputusan untuk menyewakan keretanya kepada pemandu Grab pada kadar RM1,500 sebulan.

Kadar sewa agak lumayan, namun setelah beberapa bulan beliau dapati jarak penggunaan keretanya agak tinggi. Secara purata keretanya akan bergerak lebih 7,000 KM sebulan. Sekiranya beliau terus menyewa kepada pemandu Grab berkenaan, silap hari bulan, jangka hayat keretanya itu mungkin semakin singkat.

Justeru beliau terfikir untuk menyewakan sendiri keretanya itu, masalahnya beliau tiada pengalaman. Kebetulan beliau ternampak program bisnes kereta sewa yang disediakan Green Matrix iaitu Green Matrix Independent Supplier (GMIS). Melalui program berkenaan beliau akan dapat sistem temahan kereta sewa online dan latihan secara percuma. Beliau mendaftar sebagai peserta GMIS pada Feb 2019.

Pada April 2019 beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja memandangkan anak-anaknya selalu jatuh sakit dan beliau juga susah untuk meminta cuti. Pada bulan yang sama beliau mengambil keputusan untuk menyertai program Green Matrix Licensee (GML). Sepanjang beliau menyertai GMIS dan GML dari Feb hingga May 2019 beliau tidak menjana apa-apa pendapatan dari program berkenaan kerana keretanya masih di sewa oleh pemandu Grab.

Walau bagaimanapun beliau sudah belajar cara-cara untuk menguruskan bisnes kereta sewa sepanjang menyertai program berkenaan. Pada Jun 2019 beliau mendapat kembali kereta yang disewa kepada pemandu Grab. Pada bulan Julai 2019 beliau membeli lagi 2 unit kereta untuk menampung permintaan yang semakin meningkat. Berikut merupakan pendapatan beliau dari Jun hingga Sept 2019.

  • Jun – RM568
  • July- RM4,238
  • Ogos-RM5,688 – Dapat 1 unit Alza secara pajak.
  • Sept – RM7,712

Semenjak menyertai GML, tempahannya semakin meningkat dan beliau bercadang untuk menambah lagi beberapa unit kereta dan sasaran beliau untuk menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan. Begitulah kisah Puan Nurul Huda yang berhenti kerja demi menjaga anak-anaknya dan kini sudah menjana pendapatan yang agak lumayan dari bisnes kereta sewa.

MULAKAN BISNES KERETA SEWA DEMI CINTA PADA ISTERI

Tuan Saifful Nazri (tengah).

Salam artikel kali ini saya ingin kongsi kisah kejayaan licensee Green Matrix di Kota Bharu iaitu Tuan Saifful Nazri Md Nazir. Beliau menyertai program licensing Green Matrix pada Feb 2018. Sebelum itu beliau sudah memulakan bisnes kereta sewa secara kecil-kecilan. Tujuan beliau memulakan bisnes kereta sewa adalah kerana tidak mahu berjauhan dengan isterinya.

Untuk makluman, sebelum memulakan bisnes kereta sewa Tuan Saifful Nazri dan Isterinya merupakan penjawat awam. Beliau bekerja di Kelantan dan isterinya bekerja di Terengganu. Setiap hari isterinya terpaksa berulang-alik dari Kelantan ke Terengganu. Keluar awal pagi sampai rumah waktu malam. Ketika itu mereka mempunyai anak yang masih kecil.

Tuan Saifful Nazri nampak kalau situasi ini berterusan, mereka tidak akan ada masa bersama dan anak-anak akan terabai. Justeru beliau mengambil keputusan untuk memulakan bisnes kereta sewa dengan harapan isterinya dapat berhenti kerja dan dapat fokus menjaga anak-anak sambil membantu beliau menguruskan bisnes kereta sewa.

Tuan Saifful Nazri bersama keluarganya.

Alhamdulillah bisnes kereta sewa yang beliau mulakan mendapat sambutan, cuma selepas setahun beliau tak tahu bagaimana nak kembangkannya lagi. Sambil tercari-cari ilmu tentang bisnes kereta sewa, beliau nampak  peluang menyertai program licensing Green Matrix. Setelah berbincang dengan isterinya beliau ambil keputusan untuk menyertai program licensing Green Matrix pada Feb 2018.

Daripada program berkenaan beliau mula belajar bagaimana menguruskan bisnes kereta sewanya dengan lebih teratur. Penggunaan jenama Green Matrix memudahkan beliau mendapatkan lebih banyak tempahan. Hasilnya pendapatannya pada Jan – Ogo 2018 (RM77,863) meningkat kepada RM134,671 pada Jan – Ogos 2019.

Perbezaan pendapatan Jan – Ogo 2018 vs 2019.

Sementara itu sekiranya dibandingkan pendapatannya pada tahun 2017 (sebelum menyertai Green Matrix) jumlah pendapatannya daripada Jan – Dis 2017 hanya RM73,936. Pendapatannya dari Jan – Dis 2018 pula meningkat kepada RM129,933.

Perbezaan pendapatan beliau 2017 vs 2019.

Perubahan Yang Berlaku

  1. Dapat kumpul RM20,000 untuk menunaikan umrah pada Oktober 2019.
  2. Dapat bayar gaji kepada isteri RM3,800 setiap bulan.
  3. Dapat bayar gaji kepada adiknya RM1,800 sebulan.

Itulah serba sedikit perubahan yang berlaku kepada Tuan Saifful Nazri semenjak menyertai program licensing Green Matrix. Untuk makluman anda ketika artikel ini ditulis Tuan Saifful Nazri masih bekerja di UITM Kelantan. Operasi bisnes kereta sewa dikendalikan oleh isterinya dan dibantu oleh adik lelaki beliau. Beliau hanya membantu ketika waktu cuti sahaja.

Moralnya di sini walaupun sibuk dengan kerja hakiki, beliau masih boleh membangunkan bisnes kereta sehingga boleh menjana pendapatan lumayan. Penyertaannya sebagai licensee Green Matrix membuatkan bisnes kereta sewa berkembang dengan lebih pantas. Apa pun semuanya berlaku atas usaha Tuan Saifful Nazri dan isterinya. Semoga kisah beliau menjadi inspirasi kepada anda semua.

BAGAIMANA NAK MULAKAN BISNES KERETA SEWA?

Posting ni panjang sikit.

Saya berminat nak jalankan bisnes kereta sewa, boleh ajar macamana nak mula? itu antara soalan favourite yang saya selalu terima. Sebenarnya nak mulakan bisnes kereta sewa ni senang je, tak ada kereta, tak ada modal, tak ada masa tak ada masalah boleh je nak start. Walau bagaimanapun masa mula-mula tu kena kerja keras sikit. Berikut langkah-langkah yang korang kena buat.

1. Bina Profil Peribadi

Apa saja dalam bisnes ianya mestilah bermula dengan diri sendiri dulu. Maksudnya sekarang ni zaman media sosial, jadi gunalah akaun media sosial dengan betul. Sebolehnya gunalah nama sebenar, letak gambar yang betul dan kemas. Pos-pos merapu di media sosial tu sebolehnya padam. Tujuan adalah untuk meningkatkan kepercayaan bakal pelanggan.

Posting mesti berkaitan dengan bisnes yang korang buat. Kalau buat bisnes kereta sewa, fokus posting tentang kereta sewa saja. Elakkan iklan, iklan dan iklan. Posting sebolehnya lebih dalam bentuk cerita, contoh selfie bersama gambar kereta, cerita la sikit tentang kereta tu. Kalau tak tahu sangat selfie muka sendiri dan ceritakan bagaimana anda boleh terjebak dengan bisnes kereta sewa. Manusia ni suka baca cerita.

Oh ya profil di media sosial ni bukan sekadar facebook, ia merangkumi instagram, tweeter, youtube, blog, whatsapp, telegram, we chat, linkedin dan sebagainya. Apa saja media sosial yang anda ingin guna imej tu mesti seragam. Jangan la letak muka anak, kereta, ataupun pokok kat akaun media sosial tu nanti orang tak percaya.

2. Iklan Olok-Olok

Ok dah betulkan profil di media sosial, bolehla cuba buat iklan olok-olok dulu (ni kira newbie baru nak start). Iklan olok-olok ni ada banyak cara, dalam posting di media sosial boleh la selit sekali sekala iklan kereta sewa. Boleh iklan dekat mudah dot my, marketplace kat facebook, buat blog percuma, instagram, tweeter, tampal iklan dekat kedai makan, buat flyer bagi dekat jiran-jiran, letak flyer kat masjid atau rumah ibadat. Boleh juga posting iklan dekat group-group whatsapp family, kawan-kawan dan kawasan perumahan (elakkan spam dengan iklan) beritahu elok-elok kalau perlukan servis kereta sewa boleh contact korang.

Nasihat saya tak perlu buat fb pages ABC CAR RENTAL, atau KERETA SEWA MURAH ABC dan sebagainya sebab orang susah nak follow brand baru. Guna profil peribadi saja dulu, kumpul kawan-kawan sampai cukup 5,000 orang kemudian tukar akaun facebook tu jadi Fb pages, automatik ada 5,000 follower. Kawan-kawan sekerja yang jenis tak support tu, unfriend dan block je, sat lagi tak pasal-pasal derang report kat bos korang. Cuba tengok fb pages pesaing dan add friend pelanggan mereka, mungkin mereka boleh jadi pelanggan korang pula.

3. Tapis Pelanggan

Bila dah buat iklan, mungkin ada yang mesej bertanya tentang servis kereta sewa. Maknanya iklan korang menjadi. Tanya bakal pelanggan mereka jumpa korang dari iklan mana? kalau dah kenalpasti saluran iklan yang berkesan, maknanya korang boleh gandakan kempen iklan dekat saluran tu. Tapi relax dulu, orang yang contact tu belum tentu boleh jadi pelanggan korang. Sebab korang tak tahu dia tu siapa. Jadi kena berkenalan dulu, tanya nama penuh apa, nak sewa kereta apa? nak pakai bila? nak pergi mana? sewa kereta untuk apa? Bakal customer pun cakap la bla bla bla. Paling penting korang kena tahu pelanggan tu kerja apa? Kalau boleh minta dia bagi bisnes kad atau kad kerja, slip gaji atau apa saja yang membuktikan dia ada kerja tetap.

Kalau bakal customer banyak dalih, atau tak boleh bagi maklumat yang lengkap, jadi sebolehnya urusan tu tamat kat situ saja. Kalau bakal pelanggan dah bagi semua maklumat dan dia memang betul-betul nak sewa kereta, korang pula memang tak ada kereta, jadi beritahu bakal pelanggan, korang perlu periksa dulu kereta apa yang ada (kat sini kena bohong sunat dulu). Lepas 5 minit beritahu cakap kereta fully booked. Sebenarnya iklan olok-olok tu bukan nak dapatkan penyewa, ianya hanya untuk validate iklan korang dan kumpul database bakal pelanggan saja. Terus buat iklan selama beberapa bulan, untuk kumpul database bakal pelanggan.

Kalau semua proses tapisan lepas, korang pula ada kereta, maka bolehla sewakan kereta tu. borang perjanjian sewa boleh beli melalui set panduan bisnes kereta sewa yang saya sediakan. Boleh order kat sini link di bawah.

4. Kumpul Testimonial Pelanggan

Sebolehnya dapatkan testimonial pelanggan sebanyak mungkin, Terbaik dalam bentuk video. Gunakan video testimonial tu untuk tarik lebih ramai pelanggan. Berikan servis terbaik kepada pelanggan. Pelanggan yang happy akan bawa lebih banyak pelanggan. Insya Allah slow-slow bilangan pelanggan akan meningkat. Kalau permintaan dah banyak boleh la beli kereta phase by phase ikut permintaan.

Kalau korang tak ada kereta, jangan bimbang, yang penting korang dah tahu cara nak buat marketing, database dah ada. Pithcing la pengusaha kereta sewa terdekat dengan korang, jual kereta mereka dulu dan makan komisen. Kalau pelanggan dah makin ramai boleh fikir beli kereta sendiri atau pitching family atau kawan terdekat beli dan pajak kereta kat korang. Mesti ada perjanjian pajakan.

5. Sertai Program GMIS

Masalah seterusnya adalah pelanggan korang mungkin makin bertambah, tempahan makin banyak, jadi korang mungkin tak cukup stok kereta. Nak ambil kereta dari pengusaha lain pun macam-macam perangai derang ni. Jadi solusinya syarikat saya ada sediakan program Green Matrix Independent Supplier (GMIS). Pendaftaran percuma saja. Kami sediakan sistem tempahan kereta sewa online paling canggih dalam dunia. Setakat ini lebih 1,000 ahli sudah berdaftar dan kami ada lebih 1,500 buah kereta di seluruh Malaysia dan Brunei. Setiap tempahan melalui sistem kami syarikat saya ambil 15% untuk tampung kos operasi. Korang boleh jual kereta sendiri dalam platform berkenaan atau jual kereta ahli GMIS yang lain seluruh Malaysia dan juga Brunei. Maklumat tentang program boleh KLIK SINI.

Analytic Code