GMHUB VIP

Pejabat GoGreenMatrix Kota Warisan, Sepang.

GoGreenMatrix mencari mereka yang ingin menjana pendapatan bersih minima RM3,000 sebulan sebagai usahawan GoGreenMatrix. Program ini dikenali GMHUB VIP

SIAPA PATUT SERTAI GMHUB VIP?

  1. Minat bidang Pelancongan.
  2. Kuat berusaha.
  3. Mahu berjaya.

TAK SESUAI UNTUK MEREKA

  1. Nak goyang kaki.
  2. Tak mahu belajar.
  3. Suka bagi alasan.

APA PESERTA DAPAT?

  1. Kemudahan lesen Motac + MOF GoGreenMatrix bernilai RM200K.
  2. Sistem laman web (sewa kenderaan) bernilai RM3K setahun.
  3. Group Whatsapp VIP bernilai RM1K.
  4. Sokongan latihan selama 12 bulan bernilai RM1K.
  5. Kit Dokumen Perniagaan Digital bernilai RM1K.
  6. 3,000 bahan pemasaran (gambar/video) bernilai RM1K.
  7. Sistem semakan senarai hitam pelanggan bernilai RM5K setahun.
  8. Kemudahan CTOS bernilai RM5K setahun.
  9. Kenderaan pajak (tertakluk kepada terma & syarat).

Lesen syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Lesen dari Kementerian Pelancongan Seni & Budaya Malaysia.

Lesen Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Ahli Car Rental Association Malaysia (CRAM)

TERMA & SYARAT


1. KELAYAKAN PENYERTAAN

  1. Peserta mestilah berumur 18 – 45 tahun.
  2. Peserta / pasangan / rakan kongsi mestilah bebas daripada rekod jenayah serius.
  3. GoGreenMatrix berhak menolak atau membatalkan keahlian sekiranya maklumat palsu diberikan.

2. STATUS KERJASAMA

  1. GMHUB VIP adalah entiti bebas dan bukan pekerja, rakan kongsi atau wakil undang-undang GoGreenMatrix.
  2. Tiada hubungan majikan-pekerja atau perkongsian diwujudkan melalui program ini.
  3. Semua urusniaga GMHUB VIP adalah di bawah tanggungjawab GMHUB VIP sendiri.

3. YURAN & TEMPOH KEAHLIAN

  1. Yuran pendaftaran GMHUB VIP ialah RM3,000 setahun.
  2. Pembaharuan keahlian tahunan adalah RM3,000, boleh dijelaskan 30 hari sebelum tarikh tamat.
  3. Kegagalan membuat bayaran boleh menyebabkan keahlian terbatal secara automatik.
  4. Semua yuran tidak akan dikembalikan atas apa jua sebab.

4. PENGGUNAAN JENAMA GOGREENMATRIX

  1. GMHUB VIP dibenarkan menggunakan jenama GoGreenMatrix selagi keahlian masih sah.
  2. Semua penggunaan logo, papan tanda, bahan pemasaran, dan identiti korporat mestilah mendapat kelulusan bertulis daripada pihak pengurusan.
  3. Lesen GoGreenMatrix tidak boleh digunakan sebagai lesen operasi individu tanpa kebenaran bertulis dan mematuhi syarat pihak berkuasa yang terlibat.
  4. Penyalahgunaan jenama atau lesen boleh menyebabkan tindakan undang-undang.

5. KOMISEN & CAJ

  1. Tempahan daripada kempen pemasaran GoGreenMatrix:
    20% komisen akan dikenakan.
  2. Tempahan daripada pemasaran GMHUB VIP sendiri:
    Tiada komisen atau royalti dikenakan.
  3. Jika GMHUB VIP menggunakan akaun bank GoGreenMatrix untuk menerima bayaran pelanggan:
    Caj perkhidmatan 1% akan dikenakan.

6. TANGGUNGJAWAB OPERASI

  1. GMHUB VIP bertanggungjawab sepenuhnya ke atas:
    • pelanggan
    • kenderaan
    • kontrak sewaan
    • deposit, tuntutan & hutang
    • kemalangan atau pertikaian
    • sewaan premis (jika ada)
  2. GoGreenMatrix tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan pihak ketiga.

7. PEMATUHAN UNDANG-UNDANG

  1. GMHUB VIP wajib mematuhi semua undang-undang dan peraturan berkaitan termasuk garis panduan MOTAC, APAD, JPJ, PDRM dan Pihak Berkuasa Tempatan.
  2. Sebarang pelanggaran undang-undang adalah tanggungjawab penuh GMHUB VIP.

8. GANTI RUGI (INDEMNITY)

GMHUB VIP bersetuju untuk menanggung rugi GoGreenMatrix daripada sebarang tuntutan, kerugian, kos guaman atau tindakan undang-undang akibat kecuaian, penipuan atau pelanggaran syarat oleh GMHUB VIP.


9. ADUAN & PEMBATALAN KEAHLIAN

  1. GoGreenMatrix berhak membatalkan keahlian GMHUB VIP serta-merta jika terdapat:
    • aduan serius
    • salah laku
    • penipuan
    • perbuatan yang menjejaskan reputasi jenama
  2. Yuran keahlian tidak akan dikembalikan.

10. PENARIKAN DIRI

  1. GMHUB VIP boleh menarik diri pada bila-bila masa dengan notis bertulis ke
    admin@gogreenmatrix.com
  2. Semua aset GoGreenMatrix hendaklah dipulangkan dalam tempoh 30 hari.
  3. Tiada pemulangan yuran dibuat.

11. AUDIT & PEMANTAUAN

GoGreenMatrix berhak menjalankan audit, pemantauan dan semakan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan terma dan perlindungan jenama.


12. PERUBAHAN TERMA

GoGreenMatrix berhak mengemaskini terma dan syarat ini dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada GMHUB VIP. Penggunaan berterusan selepas perubahan dianggap sebagai persetujuan.


13. UNDANG-UNDANG TERPAKAI

Terma & syarat ini ditadbir oleh Undang-Undang Malaysia.


BAGAIMANA NAK DAFTAR?

  1. Buat bayaran RM3,000 kepada Maybank : 511065549827 (Green Matrix Services).
  2. Isi borang pendaftaran ini ==> KLIK SINI
  3. Klik link yang diberikan selepas isi borang pendaftaran di atas.

PERTANYAAN

Sekiranya anda ada pertanyaan Whatsapp sini ==> KLIK SINI