DARI BISNES KERETA SEWA KEPADA PENJUAL PRODUK

Tuan Zulfikri Saad bersama pelanggan kereta sewa

Salam pos kali ni saya nak kongsi Kisah Tuan Zulfikri Saad. Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, beliau merupakan pengusaha kereta sewa di Selangor.

Hasil daripada bisnes kereta sewa dapatlah menampung kehidupannya bersama isteri dan 3 orang anaknya. Untuk makluman pendapatan Tuan Zulfikri Saad bergantung sepenuhnya daripada perkhidmatan kereta sewa.

Namun langit tidak selalunya cerah, beliau diuji apabila PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020. Perkhidmatan kereta sewa yang beliau usahakan boleh dikatakan lumpuh sepenuhnya. Nasib baik beliau dapat bantuan daripada pihak kerajaan.

Pada 9 Apr 2020, Green Matrix ada melancarkan program GMX Personal Shopper. Program berkenaan adalah untuk membantu pengusaha kereta sewa seperti Tuan Zulfikri Saad menjana pendapatan dalam tempoh PKP.

Tuan Zulfikri Saad ketika menyediakan perkhidmatan GMX Personal Shopper.

GMX Personal Shopper bertujuan untuk membantu orang awam membeli barangan runcit dengan lebih mudah menggunakan perkhidmatan pemandu yang disediakan oleh Green Matrix.

Sebagai pemandu GMX Personal Shopper, Tuan Zulfikri Saad tidak boleh duduk diam goyang kaki dan menunggu pelanggan membuat tempahan seperti pemandu ehailing lain. Beliau tetap perlu melakukan pemasaran sendiri.

Pihak Green Matrix hanya membantu menyediakan sistem tempahan dan bayaran online untuk memudahkan urusniaga pelanggan dan pemandu. Konsep yang digunakan adalah Share & Earn. Secara mudahnya pemandu GMX Personal Shopper perlu sama-sama buat pemasaran untuk menjana pendapatan. Strategi Tuan Zulfikri Saad cukup mudah.

  • Beliau berikan perkhidmatan percuma kepada 3 orang pelanggan terawal.
  • Daripada 3 orang pelanggan berkenaan beliau dapatkan maklum balas melalui video testimonial.
  • Beliau gunakan video testimonai berkenaan untuk untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Hasilnya penduduk sekitar kawasan perumahannya mula yakin dengan perkhidmatan yang beliau tawarkan. Dari situ dapatlah beliau sedikit belanja sepanjang tempoh PKP.

Sungguh pun begitu, permintaan servis GMX Personal Shopper semakin lama semakin berkurangan. Kemungkinan besar, PKP sudah mula dilonggarkan dan orang awam sudah boleh membeli barangan dapur sendiri.

Tempahan kereta sewa pula mula meningkat naik, cuma tidak selebat sebelum PKP. Untuk menambah pendapatan. Tuan Zulfikri Saad mengambil keputusan untuk menjual produk Rendang Daging Dendeng Perak melalui platform CovStore.

Tuan Zulfikri Saad adalah stokis CovStore.

Memangdangkan beliau sudah diajar strategi pemasaran oleh Green Matrix, dalam masa 4 hari beliau sudah berjaya menjana keuntungan lebih RM200. Tempahan produk rendang semakin lama semakin meningkat dan tanpa membuang masa beliau terus naik taraf menjadi stokis CovStore.

Sambil-sambil menjual rendang, beliau tetap usahakan bisnes kereta sewa. Sekali sekala kalau ada pelanggan meminta membeli barang dapur, beliau tunaikan juga. Secara ringkasnya dalam tempoh PKP, Tuan Zulfikri Saad secara tidak sengaja membina 3 sumber pendapatan.

  1. Bisnes kereta sewa.
  2. Personal shopper.
  3. Stokis Rendang.
Contoh brosur GMX Personal Shopper.

Harap anda mendapat sesuatu dari kisah Tuan Zulfikri Saad.

Sedikit tip sekiranya anda ingin menjadi personal shopper.

  1. Gunakan profil sebenar di media sosial. Elakkan guna nama dan gambar palsu. Semak juga profil akaun media sosial lain temasuk Whatsapp dan juga telegram.
  2. Setelah buat langkah 1, anda boleh buat promosi kepada penduduk setempat tentang perkhidmatan anda. Sediakan brosur atau kad perniagaan sekiranya perlu.
  3. Anda juga boleh pergi ke pasaraya terdekat dan letakkan brosur di cermin kereta pelanggan tentang perkhidmatan yang anda tawarkan.
  4. Anda boleh maklumkan perkhidmatan anda dalam group komuniti di kawasan anda. Pendek kata, gunakan apa cara yang ada untuk beritahu komuniti di kawasan anda.
  5. Cara paling berkesan adalah anda buat fb live secara konsisten tentang perkhidmatan anda.
  6. Sekiranya anda berjaya dapat pelanggan, pastikan berikan perkhidmatan terbaik. Sebolehnya pastikan pelanggan itu terus gunakan perkhidmatan anda dan minta mereka rekomen kepada orang lain.
  7. Sekiranya sehari anda dapat 10 orang pelanggan dan mereka membayar RM20 setiap kali tugasan, anda sudah boleh dapat RM200 sehari. Semakin kuat anda berusaha, semakin banyak hasil yang anda dapat.

Sebarang pertanyaan jemput sertai group telegram ini ==> KLIK SINI.