4 TIP BISNES KERETA SEWA ERA COVID-19

Salam pos ni saya tulis sebab selalu terima mesej dari rakan-rakan yang berminat nak memulakan bisnes kereta sewa dalam era covid-19. Tak kisah kepada yang baru nak mula atau yang sudah mengusahakan bisnes kereta sewa. Berikut merupakan tip daripada saya.

Apa yang berlaku ketika Covid-19 melanda?

  1. Tiada pelancong dari luar negara masuk ke Malaysia.
  2. Aktiviti pelancongan dalam negara terbatas.
  3. Syarikat korporat yang terjejas mula berjimat cermat.

Faktor di atas menyebabkan tempahan kereta sewa agak merosot. Sungguhpun begitu, permintaan untuk sewaan kereta masih lagi ada terutamanya di kalangan pelanggan tempatan. Antara sebab perkhidmatan kereta sewa masih mendapat permintaan.

  1. Kereta pelanggan rosak/kemalangan.
  2. Pelanggan perlukan kereta saiz lebih besar.
  3. Syarikat perlukan kereta untuk kakitangan bekerja di luar kawasan.
  4. Agensi kerajaan ada lawatan/program.

Apa pengusaha kereta sewa perlu lakukan?

Memandangkan tempahan kereta sewa kini terpaksa bergantung kepada pelanggan tempatan sepenuhnya, jadi sudah tentu jumlahnya terhad. Persaingan pula menjadi tinggi dan pelanggan akan memilih pengusaha kereta sewa yang dapat berikan servis dan harga terbaik.

Berikut merupakan cadangan saya kepada pengusaha kereta sewa untuk memastikan mereka terus bertahan dalam era Covid-19.

  1. Kurangkan perbelanjaan
  • Berunding dengan pihak bank untuk mengurangkan bayaran ansuran bulanan kereta.
  • Jual kereta-kereta lama yang tidak boleh disewakan untuk mengurangkan kos pemilikan kereta. Wang hasil jualan kereta simpan untuk kecemasan.
  • Perbaharui cukai jalan dengan Etiqa Takaful, sertai group telegram ini untuk dapatkan diskaun 5%. KLIK SINI.

2. Pelbagaikan punca pendapatan

  • Sertai group telegram pengusaha kereta sewa seluruh Malaysia. Dalam group berkenaan, pengusaha kereta sewa akan kongsi kalau ada lebihan tempahan. KLIK SINI.
  • Daftar sebagai penghantar barang untuk 4 syarikat berikut iaitu Poslaju, Ninja Van, J&T Express dan Best Express. Biasanya sebuah kereta boleh menjana pendapatan tidak kurang RM5,000 sebulan. Anda boleh sediakan peluang kerja dan bayaran gaji dikira kepada jumlah penghantaran.

3. Strategi pemasaran

Google My Business
  • Pastikan anda mendaftar lokasi perniagaan di Google My Business (GMB). Tujuan untuk memudahkan bakal pelanggan mencari anda di internet. Selain itu pelanggan boleh memberikan review di GMB anda. Review yang baik akan meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan anda.
  • Buka facebook pages dalam bahasa Melayu dan English mengikut lokasi. Contoh Kereta Sewa Kuala Lumpur & Car Rental Kuala Lumpur. Pastikan setiap hari ada posting gambar/video untuk menunjukkan perniagaan anda masih aktif. Kalau ada gambar/video bersama pelanggan itu adalah yang terbaik. Pelanggan lebih yakin untuk membuat tempahan sekiranya facebook pages anda aktif dan ada banyak maklum balas positif.
  • Berikan diskaun kepada pelanggan. Formula pengiraan kadar sewa yang biasa saya gunakan ketika persaingan tinggi.
    • Harian = ansuran bulanan/5 hari. Contoh ansuran bulanan RM500/5 hari = RM100 sehari.
    • Mingguan = sewaan harian x 6 hari. Contoh RM100 x 6 hari = RM600 seminggu.
    • Bulanan (sewaan mingguan x 2 minggu). Contoh RM600 x 2 minggu = RM1,200 sebulan.
    • Harga di atas adalah untuk pelanggan (B2C). Anda mungkin perlu berikan diskaun lagi 10% untuk harga ejen (B2B).

4. Keselamatan

  • Sekiranya ada sedikit bajet, bina laman web berbayar lengkap dengan sistem pembayaran online. Laman web bertujuan untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan dan mengurangkan risiko anda berurusniaga dengan pelanggan yang kurang berkualiti.
  • Bagi pengusaha kereta sewa baru, terbaik anda pasang GPS Tracker untuk mengesan kedudukan kereta. Boleh beli secara online, kos kurang RM200 seunit. Terbaik beli model yang boleh matikan enjin.

Saya harap tip di atas membantu. Sekiranya anda ada pertanyaan boleh sertai group telegram berikut ==> KLIK SINI.