DULU JURUAUDIT, KINI JUTAWAN ESKAYVIE

Salam pos kali ini saya ingin kongsi kisah Tuan Syed Azam, beliau merupakan suami kepada Puan Shabaneeny yang juga salah seorang leader di dalam Eskayvie. Sebelum terlibat dengan perniagaan, Tuan Syed Azam pernah bekerja sebagai juruaudit dengan sebuah syarikat swasta.
Memandangkan beliau memang minat berniaga, beliau mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan khidmat perakaunan. Malangnya perniagaan berkenaan tidak bertahan lama kerana banyak pelanggannya gagal membuat bayaran di atas khidmat yang beliau berikan.
Untuk mendapatkan pendapatan yang lebih besar, beliau mengambil keputusan untuk bekerja di Hong Kong. Beliau pernah bekerja dengan syarikat yang menjual sistem Multi Level Marketing (MLM) untuk beberapa syarikat ternama di dunia.
Menurut Tuan Syed Azam memang terdapat sistem MLM yang boleh berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. Namun terdapat juga pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan sistem MLM untuk menipu duit orang ramai.
Ketika bekerja dengan syarikat di Hong Kong, beliau pernah beberapa kali terjumpa ahli perniagaan yang menggunakan khidmat syarikat tempatnya bekerja untuk membina sistem MLM tetapi berselindung di sebalik skim cepat kaya.
Tidak selesa dengan keadaan itu, Tuan Syed Azam mengambil keputusan untuk berhenti kerja dengan syarikat berkenaan dan pulang ke Malaysia. Sekembalinya ke Malaysia, beliau pernah mencuba bermacam-macam perniagaan sehinggalah beliau menyertai Eskayvie pada April 2017.

Perniagaan Eskayvie diusahakan bersama isterinya. Beliau bernasib baik kerana mendapat sokongan padu daripada Eskayvie. Pada peringkat awal, beliau banyak menggunakan pengiklanan melalui Facebook untuk menarik ejen dan pelanggan membeli produk Eskayvie.
Pada tahun 2017 syarikatnya berjaya mencapai jualan sebanyak RM3 juta. Kemudian jualan melonjak kepada RM7 juta pada tahun 2018. Pada tahun 2019 dan 2020 syarikat beliau berjaya mencapai jualan sebanyak RM5.2 juta setiap tahun.
Pada tahun 2021, beliau yakin untuk mencapai jualan sebanyak RM20 juta apabila pihak Eskayvie menukar sistem perniagaan yang lebih baik di bawah program Eskayvie Nexus. Melalui program Eskayvie Nexus, sesiapa sahaja boleh menjadi ejen Eskayvie dengan modal RM50 sahaja.

Ahli Eskayvie tidak perlu menyimpan produk dan tidak perlu mengepos barang. Mereka hanya fokus menjual sahaja, selebihnya diuruskan oleh syarikat. Apabila Eskayvie bertukar kepada sistem Eskayvie Nexus, keuntungannya meningkat lebih tinggi berbanding sistem sebelumnya.
Dahulu beliau terpaksa menggajikan lebih 15 orang pekerja dan menyewa pejabat yang besar untuk menyimpan stok. Kini perniagaannya hanya diuruskan oleh 3 orang sahaja iaitu beliau bersama isteri dan seorang pembantu.
Beliau sangat mengalu-alukan mereka yang ingin memulakan perniagaan untuk menyertai Eskayvie Nexus. Sekiranya anda berminat untuk menjadi usahawan Eskayvie boleh daftar dengan klik butang di bawah.
