BAGAIMANA KONTRAKTOR RUMAH BERJAYA JUAL BISKUT DAN BUAT JUALAN RM160K DALAM MASA 35 HARI KETIKA PKP?

Tuan Mohamad Syahmi Seliman

Salam pos kali ini saya nak kongsi kisah sahabat saya Tuan Syahmi Seliman yang berjaya buat jualan biskut sehingga RM160,000 dalam masa 35 hari dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Beliau sebenarnya adalah seorang jurutera dan mempunyai syarikat pembinaan.

Namun apabila PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020, semua kerja-kerja pembinaan terpaksa dihentikan. Apa yang merisaukan bagaimana dengan nasib pekerjanya. Tanpa membuang masa beliau terus menghubungi sahabatnya yang mempunyai kilang biskut.

Setelah berbincang beliau mengambil keputusan memborong biskut-biskut dari kilang rakannya itu. Walaupun beliau tidak pernah mempunyai pengalaman, namun hasil tunjuk ajar rakan-rakan dan menthor beliau, akhirnya beliau berjaya membuat jualan biskut berkenaan dalam kuantiti yang agak banyak dalam masa yang singkat.

Berikut merupakan antara strategi beliau.

  1. Setelah memborong biskut dari kilang rakannya, beliau minta pekerjanya cuba jual kepada kenalan mereka. Fasa awal adalah untuk beliau kumpulkan testimonial pelanggan. Dalam masa seminggu beliau berjaya mengumpul lebih 20 testimonial pelanggan.
  2. Seterusnya beliau gunakan testimonial pelanggan itu untuk merekrut stokis yang berminat. Modal untuk menjadi stokis adalah RM2,400 (tidak termasuk penghantaran) untuk semenanjung Malaysia sahaja.
  3. Stokis-stokis beliau pula mula merekrut ejen dan dropship di kawasan mereka. Hasilnya tempahan semakin meningkat dan menyumbang kepada peningkatan jualan yang mendadak dalam masa yang singkat.

Permintaan biskut semakin meningkat, namun beliau memerlukan lebih ramai stokis dan ejen. Modal untuk menjadi ejen adalah RM2,400 dan ejen hanya RM340 sahaja (tidak termasuk penghantaran). Beliau menggunakan perkhidmatan syarikat penghantar ABX Express bagi memastikan pelanggan dapat barang dengan selamat.

Sekiranya anda berminat menjadi stokis atau dropship beliau boleh Whatsapp no berikut ==> KLIK SINI.