TAK MINAT BISNES, TAPI BUAT JUALAN 6 ANGKA SEBULAN

Salam posting ni saya nak kongsi kisah seorang rakan saya iaitu Puan Shabaneeny. Beliau ini sebenarnya adalah senior saya semasa di Sekolah Menengah Teknik Kuantan (1994 – 1995). Puan Shabaneeny sebelum ini pernah bekerja sebagai juruaudit dengan gaji lebih 5 angka sebulan.
Beliau terjebak dengan dunia bisnes kerana ingin membantu rakannya yang baru mengeluarkan produk kesihatan. Atas dasar ingin membantu, tanpa berfikir panjang beliau terus mendaftar menjadi stokis untuk produk rakannya pada tahun 2015.
Memandangkan produk berkenaan baru dikeluarkan, beliau pula tidak tahu selok belok jualan menggunakan sistem ejen, maka apa yang berlaku, produk berkenaan hanya menjadi bahan pameran di dalam rumahnya. Walau bagaimanapun semua itu bukan penghalang kepadanya.
Beliau mula mempelajari ilmu pemasaran perlahan-lahan. Hasilnya beliau berjaya merekrut ejen baru dan stok yang tersadai di rumah akhirnya habis terjual. Kejayaan beliau bangkit dengan cepat, menarik minat seorang rakannya yang juga pengasas produk kesihatan untuk membantunya berkongsi pengalaman tentang pemasaran.
Ketika berkongsi pengalaman, beliau tertarik dengan produk yang pengasas itu jual iaitu produk khusus untuk kencing manis. Kebetulan Puan Shabaneeny memang ada ahli keluarga yang menghidap kencing manis. Fikirnya apa salahnya beliau mencuba, tambah-tambah produk berkenaan memang dihasilkan oleh suami rakannya yang juga doktor perubatan.
Hasilnya sangat menakjubkan, setelah menggunakan produk berkenaan, hasil pemeriksaan doktor, keluarganya tidak perlu lagi bergantung kepada ubat hospital untuk mengawal kencing manis. Melihat kepada keberkesanan produk berkenaan, beliau mengambil keputusan untuk menjadi stokis produk berkenaan.
Malangnya apabila niatnya diketahui oleh rakannya, beliau diberi kata putus samada setia dengan syarikat yang sama atau tarik diri. Setelah berfikir panjang, beliau mengambil keputusan untuk menyertai syarikat baru kerana yakin dengan produk yang mereka jual.
Syarikat berkenaan adalah Eskayvie Sdn Bhd. Beliau betul-betul serius menyertai Eskayvie pada April 2017. Memandangkan beliau keluar dari syarikat lama, beliau terpaksa bermula semula dari kosong. Ketika itu modal untuk menjadi stokis Eskayvie adalah sebanyak RM10,000.

(Jualan lebih RM150K)
Perlahan-lahan beliau mula merekrut ejen baru di bawahnya sehingga beliau berjaya membuat jualan lebih RM5 juta setahun. Begitulah kisah Puan Shabaneeny yang pada asalnya tidak minat berniaga, terjebak dengan bisnes hanya untuk membantu rakannya sahaja.
Tanpa beliau sangka sejak menyertai Eskayvie, beliau dapat melahirkan ramai usahawan di bawahnya. Paling menyeronokkan apabila dengan jualan produk Eskayvie, beliau dapat melihat ramai orang yang menderita sakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang pulih sepenuhnya.

(Feb 2021)

(Feb 2021)
Kini beliau menjadi salah seorang leader tertinggi di dalam Eskayvie. Jualannya lebih 6 angka sebulan di mana keuntungan bersih lebih 5 angka. Pada beliau, berapa banyak pendapatannya tidak penting. Apa yang menggembirakan beliau adalah bagaimana beliau dapat membantu ahli-ahli di bawahnya sama-sama menjadi jutawan sepertinya.
Untuk makluman anda, Eskayvie sekarang membuka peluang kepada mereka yang berminat menjadi pengedar mereka. Modal hanya RM50 sahaja dan peserta akan mendapat.
- Produk bernilai RM60.
- Sistem e-commerce.
- Latihan (5 hari).
- Group support Facebook.
- Group support Telegram.
- Bahan-bahan pemasaran.
Sekiranya berminat untuk menjadi usahawan Eskayvie, klik butang di bawah.
