KISAH SURI RUMAH BUAT DUIT DENGAN GMX PERSONAL SHOPPER

Puan Salbiah Thomas selalu kongsi aktiviti servis personal shopper di Facebook.

Salam pos kali ini saya ingin kongsi kisah seorang suri rumah yang menjadi GMX Personal Shopper ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh negara. Suri rumah yang dimaksudkan adalah Puan Salbiah Thomas yang tinggal di Sampoerna, Sabah. Sebelum menyediakan servis GMX Personal Shopper, beliau merupakan suri rumah sepenuh masa, sekali sekala ada juga beliau ambil tempahan katering dan menjalankan bisnes kereta sewa.

Namun beliau sangat tertekan dengan masalah kewangan yang beliau hadapi. Perniagaan katering dan perkhidmatan kereta sewa yang beliau usahakan umpama hidup segan mati tidak mahu. Selepas melihat perubahan hidup adiknya iaitu Puan Sabrina Thomas selepas menyertai program Green Matrix Licensee (GML), beliau terdetik untuk luangkan sedikit masa untuk belajar selok-belok tentang perniagaan.

Beliau mengambil keputusan untuk menyertai program GML300 pada bulan Mac 2020 dengan yuran pendaftaran sebanyak RM300. Sekiranya beliau diterima menjadi GML yang sah, baru beliau perlu bayar yuran bulanan sebanyak RM300 untuk latihan, sistem dan khidmat sokongan dari syarikat.

Selesai buat tugasan 30 hari fb live non stop.

Ketika mengikuti program GML300, beliau diwajibkan untuk membuat 3 kali facebook live di dalam group khas. Beliau hanya perlu memperkenalkan dirinya, kawasan tempat tinggal dan apa perancangan beliau dalam bisnes kereta sewa. Selepas itu beliau diwajibkan untuk buat facebook live setiap hari di facebook peribadinya. Tujuan untuk membina keyakinan pada dirinya di samping ianya salah satu cara pemasaran yang paling murah.

Namun langit tidak selalu cerah, bermula 18 Mac 2020, seluruh negara diarahkan untuk tinggal di rumah bagi membendung wabak Covid-19. Secara tidak langsung, bisnes kereta sewa yang Puan Salbiah Thomas usahakan turut terkesan. Beliau tidak menerima sebarang tempahan kereta sewa sejak PKP dikuatkuasakan.

Masih buat Facebook live pada Ramadhan pertama.

Namun disebabkan beliau sudah mula melakukan pemasaran melalui facebook live, maka penduduk sekitar kawasan kampungnya mula perasan tentang perkhidmatan beliau. Tidak semena-mena ada yang meminta beliau mengambil upah membeli barang runcit di pekan. Memandangakan lokasi kampungnya jauh dari pekan terdekat (lebih kurang 30 Km), maka beliau mengenakan caj sebanyak RM30 untuk setiap tugasan.

Sepanjang beliau menjalankan tugasan sebagai personal shopper┬ádari 16 Apr – 25 Apr 2020 (10 hari), beliau sudah menjana pendapatan sebanyak RM781 (RM78.10 sehari). Jumlah berkenaan tidak banyak namun sekiranya beliau konsisten, potensi pendapatannya adalah sebanyak RM78.10 x 30 = RM2,343 sebulan.

Untuk rekod, sebelum beliau menyertai program GML300, pendapatannya dari bisnes kereta sewa tidak pernah lebih RM1,000. Namun walaupun dalam keadaan PKP, dengan ilmu yang beliau pelajari, beliau sudah boleh menjana pendapatan sebanyak RM78.10 sehari. Cukup besar bagi suri rumah yang tinggal di kampung dan tidak tahu apa-apa tentang pemasaran menggunakan facebook live.

Moral dari kisah Puan Salbiah Thomas, sebenarnya perkhidmatan personal shopper ini sesiapa sahaja boleh buat, ianya antara mahu dengan tidak mahu sahaja. Beliau beruntung kerana sudah mula membina personal branding sebelum PKP bermula lagi. Tanpa sebarang kos pemasaran yang tinggi beliau dengan mudah mendapat pelanggan.

Penggunaan jenama Green Matrix juga memudahkan beliau mendapatkan kepercayaan kerana perkhidmatan personal shopper yang beliau sediakan lengkap dengan sistem pembayaran, resit untuk rujukan pelanggan. Saya harap kisah Puan Salbiah Thomas ini menjadi inspirasi kepada mereka yang ingin menjana pendapatan sebagai GMX Personal Shopper. Secara ringkasnya GMX Personal Shopper ini bukan sekadar daftar dan goyang kaki, seperti syarikat ehailing.

Pemandu perlu sama-sama berusaha mencari pelanggan melalui sistem referral yang disediakan dan syarikat juga turut sama membantu membuat promosi sekadar yang termampu. Konsep yang sama juga kami gunakan di dalam bisnes kereta sewa, di mana GML perlu juga mencari pelanggan di samping syarikat turut sama membuat pemasaran.

Dalam bahasa mudah, siapa yang berusaha, dia akan dapat, siapa yang hanya tunggu dan lihat, maka mereka hanya dapat melihat orang lain buat duit. Harap artikel ini membantu.

Perkongsian Puan Salbiah Thomas bagaimana beliau memulakan servis Personal Shopper.

Sebarang pertanyaan, jemput sertai group telegram ini ==> KLIK SINI.