GREEN MATRIX

Assalamualaikum dan salam hormat, terima kasih kerana berminat menyertai program licensing Green Matrix. Untuk makluman, program licensing ini telah diperkenalkan sejak tahun 2011 bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka yang berminat mengusahakan bisnes kereta sewa secara BERSISTEMATIK dan SELAMAT dengan MODAL yang RENDAH.

APA SYARAT UNTUK JOIN PROGRAM NI?

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Merendah diri & suka belajar.
  • Tahu menggunakan internet.
  • Tidak mudah berputus asa.
  • Ramah & suka melayan pelanggan.
  • Suka bekerja dalam pasukan.

TESTIMONIAL

Tuan Muhamad Azuan Zakaria jana pendapatan RM56K sebulan.

Tuan Syed Mohd Sulaiman jana RM8K pendapatan sebulan.

Tuan Khadar Karim & isteri jana pendapatan RM16K sebulan.

Apa Kelebihan Menyertai Green Matrix?

  1. Anda bernaung di bawah syarikat kereta sewa yang mempunyai Reputasi dan Jenama yang Kuat.
  2. Anda dapat bernetworking dengan licensee Green Matrix di Seluruh Malaysia. Sekiranya anda ada masalah, mereka sedia membantu.
  3. Anda mempunyai Sistem Tempahan Kereta Sewa Online, lengkap dengan Sistem Pembayaran Online (Maybank, CIMB, Visa, Mastercard & American Express) dan juga Sistem Affiliate Kereta Sewa bernilai RM200,000.
  4. Peluang mendapat Kereta Pajak. Walau bagaimanapun segala urusan pemajakan adalah di antara licensee dan pemilik kereta. Green Matrix tidak terlibat di dalam sebarang perjanjian pajakan. Risiko adalah tanggungjawab licensee dan pemilik kereta.
  5. Anda belajar terus dengan Jutawan Kereta Sewa yang sudah berjaya iaitu Tuan Wahi Abd Rashid yang berpengalaman dalam bisnes kereta sewa sejak 2006.
  6. Setiap tempahan yang menggunakan dokumen Green Matrix, mempunyai kemudahan Credit Tip of Services (CTOS) bernilai RM6,000 setahun, di mana pelanggan boleh disenarai hitam di dalam CTOS sekiranya tidak mahu membayar tuntutan kerosakan/kerugian seperti yang ditetapkan di dalam perjanjian sewaan.
  7. Licensee akan mendapat Keutamaan Tempahan Kereta Sewa yang diterima oleh pihak Green Matrix sebelum diagihkan kepada pembekal kereta sewa persendirian.
  8. Salinan digital dokumen perniagaan kereta sewa bernilai RM3,000.
  9. Percuma 5 ebook perniagaan dan kereta sewa bernilai RM300.

Apakah Syarat-Syarat Menjadi Licensee Green Matrix?

  1. Licensee dibenarkan menggunakan jenama Green Matrix untuk tujuan pemasaran.
  2. Licensee wajib menjaga nama baik syarikat dengan memberikan perkhidmatan kereta sewa terbaik kepada pelanggan dan jujur dalam semua transaksi perniagaan.
  3. Setiap kutipan sewa, pihak Green Matrix akan mengambil komisen seperti berikut.
    • Tempahan offline dan bayaran terus masuk ke akaun perniagaan licensee, Green Matrix hanya mengambil komisen sebanyak 6% daripada kadar sewa.
    • Tempahan online melalui pautan licensee, Green Matrix akan mengambil komisen sebanyak 12% daripada kadar sewa (komisen berkenaan adalah termasuk 6% SST).
    • Tempahan online melalui ejen atau HQ, Green Matrix akan mengambil komisen sebanyak 22% daripada kadar sewa (komisen adalah termasuk 10% komisen kepada ejen, 6% SST dan 6% komisen Green Matrix).
  4. Sekiranya didapati licensee cuba berlaku tidak jujur atau cuba menjejaskan nama baik syarikat tanpa alasan yang munasabah, pihak Green Matrix berhak membatalkan keahlian licensee tersebut serta-merta tanpa sebarang notis.
  5. Sekiranya licensee ingin menarik diri, mereka boleh berbuat demikian pada bila-bila masa dengan menghantar email kepada enquiry@gogreenmatrix.com.

Bagaimana Kalau Kereta Saya Terlibat Dalam Kemalangan ?

Setiap licensee sebolehnya perlu membeli polisi takaful daripada Etiqa daripada panel Green Matrix. Sekiranya kemalangan, pihak Takaful Etiqa akan menanggung kos ganti rugi. Panel Takaful Etiqa dari Green Matrix akan membantu proses tuntutan.

Sekiranya kemalangan disebabkan kecuaian pelanggan, licensee berhak menuntut ganti rugi kerosakan (dari RM2,000 – RM10,000 ikut kumpulan kereta) daripada pelanggan. Sekiranya pelanggan ingkar, Green Matrix akan menyenarai hitam pelanggan di dalam sistem CTOS.

Nama pelanggan hanya akan dikeluarkan dari sistem CTOS selepas membayar tuntutan yang dibuat oleh licensee melalui Green Matrix.

Sekiranya Kereta Saya Hilang Dicuri Pelanggan Bagaimana?

Sebelum kereta disewa, licensee Green Matrix dinasihatkan untuk menapis pelanggan terlebih dahulu. Untuk pelanggan yang tidak dikenali, sebaiknya minta pelanggan buat tempahan dan bayaran secara online melalui sistem yang disediakan oleh Green Matrix.

Sekiranya pelanggan menolak, bermakna mereka bukanlah pelanggan yang betul untuk sewaan kereta. Sekiranya licensee masih lagi menyewa kereta kepada pelanggan berkenaan, maka risiko adalah di bawah tanggungan licensee sepenuhnya.

Sekiranya berlaku juga kehilangan kereta, panel daripada Green Matrix akan membantu dari segi memberi panduan membuat tuntutan daripada pihak takaful/insuran dengan betul.

Barapa Yuran Pendaftaran?

Penyertaan hanya dibuka kepada mereka yang mendaftar sebagai ejen CovStore. Yuran pendaftaran RM55.40 (SM) dan RM65.60 (SS). Yuran penyertaan sah untuk setahun sahaja.

CovStore tu Apa?

CovStore adalah jenama yang diwujudkan ketika Covid-19 melanda negara. Matlamat CovStore adalah menjana pendapatan alternatif selain daripada bisnes kereta sewa yang terjejas akibat Covid-19.

Di bawah CovStore kami menjalankan perniagaan kereta sewa (Green Matrix) jualan produk kesihatan (Eskayvie) dan takaful (AIA). Mereka yang mendaftar CovStore automatik akan menjadi licensee Green Matrix, ejen Eskayvie dan boleh mempromosi produk takaful AIA.

Peserta boleh fokus kepada kereta sewa atau turut sama menjana pendapatan dalam perniagaan di bawah CovStore. Tiada apa-apa paksaan.

Bagaimana Nak Mendaftar?

Langkah 1

Buat bayaran RM55.40 (SM) atau RM65.60 (SS) kepada Maybank : 511065549827 (Green Matrix Services).

Langkah 2

Klik butang di bawah untuk mendaftar.

Langkah 3

Whatsapp kami DI SINI untuk masuk dalam group Whatsapp.

Selepas Mendaftar Peserta Perlu Buat Apa?

Selepas mendaftar, dalam tempoh 48 jam, peserta akan diberikan pautan untuk menyertai group Whatsapp khas. Di dalam group berkenaan, pihak kami akan memberikan pautan-pautan khas, video dan nota panduan untuk rujukan. Sekiranya peserta ada soalan boleh bertanya di dalam group berkenaan.

Kalau saya ada soalan bagaimana?

Anda boleh Whatsapp DI SINI.