Wahi Abd Rashid

GML

Pejabat Green Matrix di Kota Warisan Sepang, Selangor

Assalamualaikum dan salam hormat. Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd (selepas ini disebut Green Matrix) kini membuka program perlesenan bisnes kereta sewa kepada syarikat dan individu yang berminat untuk menjalankan bisnes kereta sewa di bawah jenama Green Matrix.

Siapa yang layak?

  1. Ada sekurang-kurangnya perniagaan/syarikat (boleh daftar kemudian).
  2. Ada akaun semasa perniagaan/syarikat (boleh daftar kemudian).
  3. Suka belajar.
  4. Jujur dan amanah.
  5. Suka bekerja dalam pasukan.
  6. Komited dan tidak mudah putus asa.

Siapa yang tak layak?

  1. Mereka yang tak mahu belajar.
  2. Mereka yang malas berusaha.
  3. Mereka yang cepat putus asa.
  4. Mereka yang ingin membina jenama sendiri.
  5. Mereka yang sudah ada lesen pelancongan.
  6. Mereka yang tidak mahu terus bersama Green Matrix.

Kalau saya join apa saya dapat?

  1. Sistem bisnes kereta sewa Green Matrix bernilai RM15,000.
  2. Coaching bisnes kereta sewa selama 12 bulan bernilai RM6,000.
  3. Dokumen dan lesen bisnes kereta sewa bernilai RM5,000
  4. Latihan bisnes kereta sewa selama 2 hari bernilai RM2,000.
  5. Email rasmi syarikat bernilai RM1,000.
  6. 4 helai t-shirt Green Matrix bernilai RM300.
  7. 1,000 keping business kad Green Matrix bernilai RM300.
  8. 2 kad keahlian licensee Green Matrix bernilai RM200.
  9. 2 topi Green Matrix bernilai RM100.
  10. 2 lanyard Green Matrix bernilai RM100.

Berapa Yuran Penyertaan?

Yuran penyertaan RM30,000 RM10,000 untuk tahun pertama, selepas setahun peserta hanya perlu bayar yuran sebanyak RM300 sebulan.

Apa faedah saya sertai Green Matrix?

  1. Bernaung di bawah jenama syarikat yang sudah dikenali.
  2. Mempunyai sistem perniagaan yang sudah terbukti berjaya.
  3. Mempunyai jaringan rakan niaga di seluruh Malaysia & Brunei.
  4. Mempunyai sistem kawalan kredit pelanggan (CTOS).
  5. Bimbingan berterusan daripada jutawan kereta sewa yang sudah berjaya.

Syarat Perjanjian Licensing

  • Licensee perlu menggunakan jenama Green Matrix sepenuhnya untuk perniagaan kereta sewa. Licensee tidak dibenarkan menggunakan jenama sendiri atau jenama lain untuk mengelakkan pelanggan keliru.
  • Segala bayaran mestilah dimasukkan ke dalam akaun Green Matrix terlebih dahulu supaya Green Matrix dapat keluarkan resit rasmi yang lengkap kepada pelanggan.
  • Green Matrix akan menolak 15% caj perkhidmatan daripada setiap kutipan sewa.
  • Green Matrix akan membuat bayaran kepada licensee tidak lebih daripada 10 hari selepas licensee menghantar kereta kepada pelanggan.
  • Licensee perlu mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Green Matrix bertujuan untuk keseragaman jenama dan menjamin kualiti perkhidmatan.
  • Sekiranya terdapat sebarang aduan berkaitan kualiti perkhidmatan licensee yang tidak memuaskan dan licensee tidak dapat menjelaskan secara munasabah, maka pihak pengurusan Green Matrix berhak membatalkan keahlian licensee tanpa sebarang notis.
  • Licensee Green Matrix perlu membayar yuran bulanan selepas setahun mendaftar.
  • Sekiranya licensee ingin berhenti menjadi licensee Green Matrix, mereka perlu menghantar surat rasmi kepada Green Matrix dan licensee berkenaan tidak lagi dibenarkan menggunakan jenama Green Matrix.
  • Setiap pendaftaran tertakluk untuk tempoh selama setahun dan pembayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.

Testimonial

“Muhammad Azuan Zakaria – RM40K sebulan”

 

“Khaidzir – RM32K sebulan”

 

“Khadar Karim – RM16K sebulan”

 

“Bryan Edip – RM10K sebulan”


Ada Bayaran Lain?

  1. Yuran pendaftaran RM30,000 RM10,000 (tahun pertama).
  2. Yuran bulanan RM300 (bayar selepas setahun daftar)
  3. Caj perkhidmatan yang telah ditetapkan daripada kutipan sewa.

Kalau saya tiada kereta bagaimana?

Anda masih boleh sertai program ini dan sekiranya berminat boleh mengambil kereta pajak yang ditawarkan kepada Green Matrix.

Kalau saya ada pertanyaan bagaimana?

Kalau anda ada pertanyaan boleh join group facebook ini. Klik SINI.

Lepas saya daftar apa saya perlu buat?

Selepas anda mendaftar kakitangan Green Matrix akan menghubungi anda. Anda akan dimasukkan ke dalam group telegram khas untuk langkah seterusnya.

Bagaimana Nak Daftar?

Langkah 1

Buat bayaran RM30,000 RM10,000 ke Maybank : 511065546972 (Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd). Email payment@gogreenmatrix.com.

Langkah 2

Isikan borang pendaftaran. KLIK SINI.

Langkah 3

Selepas anda mendaftar kakitangan kami akan menghubungi anda dalam tempoh 3 hari bekerja. Seterusnya anda akan dimasukkan dalam group telegram khas untuk langkah seterusnya. Sekiranya ada pertanyaan sila mesej kepada 0128058004.

Analytic Code