BAGAIMANA GRADUAN INI MENJADI USAHAWAN ESKAYVIE

Salam pos kali ini saya ingin kongsi kisah Tuan Nik Mohd Firdaus. Beliau ni pada asalnya graduan dalam bidang kejuruteraan jentera dari Universiti Islam Antarabangsa pada tahun. Sebaik menamatkan pengajian pada tahun 2018, beliau telah menghantar lebih 300 permohonan kerja.
Namun tiada satu pun permohonannya berjaya. Pada suatu hari, rakannya memaklumkan bahawa sebuah syarikat yang menjual produk kesihatan (Eskayvie Sdn Bhd) sedang mencari pekerja sebagai eksekutif jualan di Kota Bharu, Kelantan.
Dipendekkan cerita Tuan Nik Mohd Firdaus hadir sesi temuduga dan diterima bekerja. Ketika menyertai syarikat berkenaan Tuan Nik Mohd Firdaus sebenarnya masih ragu-ragu tentang produk yang syarikatnya jual kerana beliau hanya percaya ubat yang dibekalkan dari hospital.
Setelah diberi penerangan oleh pengasas syarikat iaitu Dr Syid Ayob, ditambah keluarga beliau sendiri ada masalah kencing manis, beliau mula yakin dan faham tentang produk Eskayvie. Ketika itu Eskayvie banyak membuat pengiklanan dan membantu memberi prospek pelanggan kepada beliau.
Tugas beliau adalah memberi khidmat nasihat kepada bakal pelanggannya dalam masa yang sama menjual produk Eskayvie. Hasilnya dalam masa 3 bulan beliau berjaya membuat jualan secara konsisten lebih RM20K sebulan. Beliau seterusnya dilantik menjadi pengurus jualan di Eskayvie.
Pada tahun 2020 Eskayvie memperkenalkan program keusahawanan yang dikenali sebagai Eskayvie Nexus. Melalui program berkenaan, Tuan Nik Mohd Firdaus terus diserap menjadi usahawan Eskayvie. Beliau boleh terus menjual produk Eskayvie dan membina rangkaian pengedar di bawahnya.
Beliau lebih suka dengan program Eskayvie Nexus berbanding sistem lama kerana beliau mempunyai lebih banyak kebebasan. Selain itu, pendapatannya meningkat 2 kali ganda berbanding ketika menjadi pekerja Eskayvie.
Dahulu sekiranya beliau dapat buat jualan sebanyak RM20K, pendapatannya adalah sebanyak RM3K. Sekarang sekiranya beliau dapat buat jualan RM20K, pendapatannya adalah sebanyak RM6K. Beliau juga ada lebih banyak masa bersama keluarga.
Paling menarik, Eskayvie juga memberikan sistem di mana beliau boleh mencetak pendapatan bulanannya. Penyata berkenaan beliau boleh gunakan untuk memohon pinjaman bank walaupun boleh dikatakan beliau bekerja sendiri.

Begitulah serba sedikit kisah Tuan Nik Mohd Firdaus Azmi. Sekiranya anda adalah graduan atau mempunyai anak-anak yang belum mempunyai pekerjaan, boleh cuba sertai program Eskayvie Nexus. Sungguhpun begitu perlu saya ingatkan, di dalam perniagaan, semuanya mengambil masa.
Menyertai Eskayvie adalah jalan pintas membina kerjaya dalam perniagaan kerana.
- Yuran penyertaan bermula dari RM65.40 sahaja.
- Latihan diberikan percuma.
- Ada ribuan testimonial.
- Group support disediakan percuma.
- Peserta tidak perlu simpan stok.
- Peserta tidak perlu pos barang.
- Keuntungan sehingga 40%.
- Boleh membina pasukan pengedar sendiri.
- Perniagaan boleh diwariskan.
Berikut merupakan rakaman video perkongsian beliau.
Sekiranya anda berminat untuk menjadi usahwawan Eskayvie, klik butang di bawah untuk mendaftar.
