KISAH JUTAWAN ESKAYVIE

Salam baru-baru ini saya sempat menemuramah Puan Shabaneeny Mahmud yang kini sudah bergelar jutawan hasil jualan produk Eskayvie. Untuk makluman, Eskayvie menjual produk kesihatan seperti berikut.

- Nutrelle Extra (cuci usus/detoks).
- Phytax (pemulihan sesuai untuk diabetes).
- Redianze Platinum (peremajaan).
- Reverse Capsule (penstabilan hormon wanita).
- Xeero (Stevia dengan Biotin & Kromium).
- Cafe Afeeya Zero (kopi 4 dalam 1 tanpa gula).
Sebelum melibatkan diri dalam dunia perniagaan, Puan Shabaneeny sebenarnya adalah seorang pengurus audit di syarikat senaraian awam dengan gaji lebih 5 angka setiap bulan. Beliau memulakan perniagaan kerana ingin membantu suaminya yang sangat minat dengan perniagaan.
Pada Disember 2014, beliau mendaftar menjadi stokis untuk satu produk kesihatan di mana pengasasnya adalah kenalan rapatnya. Harapan beliau agar suaminya dapat menjual produk berkenaan. Malangnya selepas produk sampai, mereka tidak tahu bagaimana nak menjual.
Dipendekkan cerita, mujurlah rakannya mengajar bagaimana untuk membuat pengiklanan di media sosial. Hasilnya produk berkenaan habis dijual. Paling menyeronokkan hasil pengiklanan yang dilakukan, beliau berjaya membuat jualan sehingga 6 angka sebulan.
Pada bulan Feb 2016 beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana ingin fokus kepada perniagaan jualan produk bersama suaminya. Pada masa itu juga beliau mula berkenalan dengan pengasas Eskayvie iaitu Dr Syid dan Puan Kartika. Eskayvie terkenal dengan produk untuk pemulihan penyakit diabetes.

Kebetulan bapa Puan Shabaneeny memang ada penyakit diabetes. Selepas menggunakan produk Eskayvie (Phytax), masalah diabetes bapanya tiada lagi. Di bawah adalah video testimonial Tuan Mahmud Hj Ismail (bapa Puan Shabeneeny).
Melihat keberkesanan produk Eskayvie dan penerangan jelas daripada Dr Syid, tanpa berfikir panjang beliau terus mendaftar menjadi stokis Eskayvie pada April 2017. Pada Jun 2017 beliau dilantik menjadi master stokis Eskayvie dan pada Oktober 2017 beliau berjaya merekrut 30 orang stokis.
Beliau pernah mencatat jualan tertinggi sebanyak RM800,000 sebulan pada bulan Mac 2018. Secara purata beliau berjaya membuat jualan lebih RM5 juta setiap tahun. Paling menyeronokkan beliau dapat membantu melahirkan lebih ramai usahawan dan dalam masa yang sama membantu pelanggan mereka menjadi lebih sihat.
Anda boleh tonton perkongsian pengalaman Puan Shabaneeny melalui video di atas. Saya harap kisah Puan Shabaneeny boleh menjadi inspirasi kepada anda yang ingin menjadi jutawan.
Sekiranya anda berminat untuk menjadi usahawan Eskayvie, klik butang di bawah.
