KESAN COVID-19 KEPADA BISNES KERETA SEWA

Salam pos kali ni saya nak kongsi kesan Covid-19 kepada bisnes kereta sewa terutamanya kepada syarikat saya Green Matrix. Untuk makluman, Green Matrix sebenarnya sudah berubah daripada syarikat kereta sewa kepada platform tempahan kereta sewa.

Apps Green Matrix

Sejak tahun 2018, kami mula membina platform tempahan kereta sewa GoGreenMatrix.com dan buat masa ini kami mempunyai lebih 6,900 pemilik kereta yang berdaftar. Melalui platform berkenaan, pelanggan boleh buat tempahan kereta sewa di seluruh Malaysia, Brunei dan juga Singapura dan sistem akan agihkan tempahan berkenaan kepada pemilik kereta yang terdekat.

Bagi memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan kereta sewa yang terbaik, kami akan memastikan pemilik kereta memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti kereta mestilah berada dalam keadaan baik, bersih dan selamat untuk kegunaan pelanggan.

Hasilnya hampir 99% pelanggan yang membuat tempahan melalui plaftorm Green Matrix berpuas hati dengan perkhidmatan kereta sewa yang ditawarkan. Sungguh pun begitu, sejak virus Covid-19 melanda dunia, tempahan kereta sewa mula menurun.

Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia pada 18 Mac 2020, memburukkan lagi keadaan. Antara kesan yang kami alami ketika awal PKP.

  1. Pembatalan tempahan dan tuntutan pengembalian wang.
  2. Penurunan pendapatan syarikat sebanyak 90%.
  3. Pengurangan pekerja sebanyak 40%.
  4. 30% pembekal kereta sewa menarik diri.

Walaupun PKP sudah mula dilonggarkan sejak Mei 2020, namun tempahan hanya meningkat sebanyak 10% sahaja. Kemungkinan disebabkan tiada pelancong asing dan juga persaingan yang semakin sengit.

Logo CovStore

Bagi Green Matrix, sejak PKP dikuatkuasakan, kami mula membangunkan platform e-commerce iaitu CovStore.com. Melalui platform berkenaan kami mula menjual produk-produk Industri Kecil & Sederhana (IKS) secara online dan offline menggunakan sistem ejen.

Rekod jualan 10 ejen terbaik untuk Jun 2020.
Rekod jualan 10 ejen terbaik Jul 2020.

Selepas 3 bulan dilancarkan, platform berkenaan berjaya memecah rekod jualan melebih 6 angka sebulan. Kami akan mengembangkan platform ini dengan menambah produk-produk baru dan membuka lebih banyak peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi ejen.

Buat masa ini kami sedang membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan sebagai dropship CovStore. Tiada modal diperlukan. Sekiranya anda berminat menjadi dropship CovStore, boleh sertai group telegram ini untuk maklumat lanjut.

==> Klik Sini
==> Klik Sini
==> Klik Sini