INSURAN KERETA SEWA

Salam pos kali ini saya ingin kongsi sedikit info tentang insuran kereta sewa memandangkan banyak rakan-rakan yang ingin menyewakan kereta milik mereka bertanya tentang perkara ini.

Untuk makluman, setakat ini kereta sewa persendirian tidak dibenarkan untuk dibuat sewa. Walau bagaimanapun terdapat syarikat yang menawarkan perlindungan khas untuk pemilik kereta persendirian yang ingin menyewakan kereta milik mereka.

Cuma semasa tuntutan dibuat, laporan polis tidak boleh mengatakan kereta berkenaan disewakan. Dalam laporan polis pemilik kereta hanya perlu nyatakan, kemalangan berlaku disebabkan pemandu cuba mengelak sekian-sekian. Peluang untuk lulus tuntutan pampasan sangat tinggi.

Kelebihan perlindungan dari syarikat ini adalah ianya adalah perlindungan berbentuk takaful jadi ia sesuai untuk pemilik kereta muslim dan bukan muslim. Selain itu pemilik kereta boleh membeli perlindungan tambahan untuk ganti rugi kecederaan kepada penumpang sekiranya ada.

Paling menarik dengan sedikit bayaran tambahan (optional), pemilik kereta akan mendapat ganti rugi sehingga RM2,000 sekiranya kereta mereka terlibat dalam kemalangan. Wang berkenaan cukup untuk membayar ansuran bulanan 1 hingga 2 bulan sekiranya kereta masuk bengkel.

Sekiranya berlaku kemalangan kecil, pemilik kereta hanya perlu mengisi memuat naik gambar di dalam apss yang disediakan dan wang akan dimasukkan terus ke akaun pemilik kereta. Walau bagaimanapun sekiranya anda ingin menyewa kereta, sebolehnya sewakan kepada.

  • Mereka yang berumur 23 – 65 tahun sahaja.
  • Pengalaman memandu lebih 5 tahun.
  • Berkemampuan membayar excess kemalangan sehingga RM2,000.

Sekiranya anda memerlukan khidmat nasihat tentang insuran, jemput sertai group telegram ini ==> KLIK SINI.