GMX PERSONAL SHOPPER LEADER DIPERLUKAN

Poster perkhidmatan GMX Personal Shopper dengan kerjasama pasaraya Farley.

GMX PERSONAL SHOPPER TU APA?

Salam kami memerlukan GMX Personal Shopper Leader (GMXPSL) di semua daerah seluruh Malaysia. GMX Personal Shopper adalah satu perkhidmatan yang dikendalikan oleh syarikat Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd (juga dikenali Green Matrix) di mana kami sedang membangunkan rangkaian sistem penghantaran barang keperluan harian kepada pelanggan melalui personal shopper di seluruh Malaysia.

APA TUGAS GMXPSL?

Sebanyak 10,000 pemandu diperlukan untuk menjalankan tugas sebagai personal shopper di seluruh negara. Justeru kami memerlukan ketua atau dikenali GMXPSL untuk menguruskan personal shopper yang akan beroperasi di lokasi yang telah ditetapkan.

BAGAIMANA SISTEM GMX PERSONAL SHOPPER BERFUNGSI?

Setiap GMXPSL akan mendapat satu pautan khas, di mana sekiranya pelanggan membuat tempahan melalui pautan berkenaan, maka tempahan berkenaan akan diberikan terus kepada GMXPSL. Pihak Green Matrix akan menolak komisen sebanyak 20% untuk menampung kos operasi dan baki 80% adalah milik GMXPSL.

Sistem tempahan GMX Personal Shopper

GMXPSL boleh Request Payout baki bayaran setiap minggu (sebelum pukul 12 tengahari setiap jumaat) melalui applikasi yang disediakan. GMXPSL boleh menjalankan sendiri tugasan personal shopper yang diterima atau sekiranya permintaan terlalu banyak, mereka boleh mengagihkan tugasan kepada personal shopper yang berdaftar di bawah mereka.

Setiap GMXPSL akan mendapat pautan khas mengikut lokasi mereka beroperasi.

BAGAIMANA PEMBAHAGIAN BAYARAN?

Secara umumnya caj perkhidmatan GMX Personal Shopper adalah sebanyak RM20 untuk setiap penghantaran. Buat masa ini kami fokus terhadap khidmat pembelian dan penghantaran barang runcit  dari pasaraya terdekat dalam jarak tidak lebih 15 Km dengan tempat tinggal pelanggan. Had pembelian terhad kepada 20 barangan sahaja untuk setiap penghantaran.

Sekiranya pelanggan ingin membeli barangan dalam kuantiti melebihi had yang telah ditetapkan, maka pelanggan perlu membuat bayaran tambahan mengikut jumlah barang yang ingin dibeli. Selain itu kami hanya menyediakan khidmat pembelian produk halal sahaja. Penghantaran akan dilakukan pada hari berikutnya. Berikut merupakan proses secara ringkas.

  1. Pelanggan membuat tempahan perkhidmatan GMX Personal Shopper melalui pautan GMXPSL dan membayar caj sebanyak RM20.
  2. Green Matrix akan menghubungi pelanggan (10 pagi – 10 malam) untuk mendapatkan pengesahan senarai barang yang ingin dibeli.
  3. Pelanggan boleh membuat bayaran untuk pembelian barangan kepada Green Matrix dan wang berkenaan akan dimasukkan ke dalam akaun GMXPSL pada hari yang sama.
  4. Pada keesokan harinya GMXPSL perlu membuat pembelian dan menghantar barang yang dipesan oleh pelanggan pada hari yang sama.
  5. Sekiranya terdapat baki dari bayaran yang telah dibuat oleh pelanggan, GMXPSL perlu memulangkan baki berkenaan semasa penghantaran barang. Sekiranya bayaran kurang, GMXPSL perlu meminta pelanggan membayar baki yang kurang.
  6. Green Matrix akan mengambil komisen 20% (RM4) dan baki 80% (RM16) GMXPSL boleh Request Payout melalui applikasi yang disediakan.
  7. Sekiranya tempahan terlalu banyak, GMXPSL boleh agihkan tugasan kepada personal shopper yang berdaftar di bawah mereka dengan bayaran upah sebanyak RM12 untuk setiap tempahan dan baki RM4 adalah milik GMXPSL.

TIP KEPADA GMXPSL

  1. GMXPSL dinasihatkan membuat bayaran menggunakan kad kredit yang mempunyai fungsi pengumpulan mata ganjaran.
  2. GMXPSL dinasihatkan mendapatkan kad keahlian dengan pasaraya atau premis di mana mereka akan membuat belian, tujuan untuk mengumpul mata ganjaran.
  3. Pengumpulan mata ganjaran daripada penggunaan kad kredit dan kad keahlian boleh digunakan untuk mendapatkan hadiah atau baucer tunai yang disediakan. GMXPSL boleh berkongsi sebahagian hadiah yang diperoleh dengan personal shopper yang memberikan perkhidmatan cemerlang.

APA TUGAS GMXPSL?

  1. Mengikuti latihan yang disediakan oleh Green Matrix.
  2. Berkomunikasi dengan pihak Green Matrix untuk melancarkan operasi.
  3. Membuat pemasaran untuk mendapatkan pelanggan di lokasi mereka beroperasi.
  4. Merekrut pemandu untuk menjadi personal shopper di bawah mereka.
  5. Melatih personal shopper yang berdaftar di bawah mereka.
  6. Menjaga kebajikan personal shopper yang berdaftar di bawah mereka.
  7. Mendapatkan maklum balas dari pelanggan untuk penambah baikan.
  8. Bekerjasama dengan pihak yang terlibat untuk melancarkan kerja.

BERAPA POTENSI PENDAPATAN GMXPSL?

Kami sasarkan GMXPSL perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 3,000 tempahan setiap bulan. Jumlah bayaran oleh pelanggan adalah sebanyak RM20 x 3,000 = RM60,000. Sekiranya semua tugasan diagihkan kepada personal shopper yang berdaftar di bawah mereka, bermakna GMXPSL akan mendapat RM4 x 3,000 = RM12,000. Jumlah berkenaan akan meningkat sekiranya GMXPSL menerima tempahan yang lebih banyak. Berikut merupakan pecahan agihan pendapatan berdasarkan 3,000 tempahan sebulan.

  • 100% Jumlah bayaran = RM60,000
  • 20% komisen Green Matrix = RM12,000
  • 20% komisen GMXPSL = RM12,000
  • 60% upah personal shopper RM36,000

APA SYARAT NAK JADI GMXPSL?

  1. Menggunakan akaun Facebook dengan nama dan gambar sebenar.
  2. Boleh melakukan pemasaran secara Facebook Live setiap hari (latihan akan diberikan).
  3. Jujur dan amanah.
  4. Mempunyai lesen memandu kelas D yang sah.
  5. Mempunyai kenderaan (kereta) lengkap dengan cukai jalan dan insuran yang sah.
  6. Green Matrix berhak membatalkan keahlian GMXPSL sekiranya gagal memenuhi syarat di atas.

APA GMXPSL DAPAT?

  1. Group support premium Green Matrix bernilai RM10,000
  2. Sistem pautan tempahan khas Avana bernilai RM3,000.
  3. Peluang menjana pendapatan minima RM12,000 setiap bulan.
  4. Peluang mengumpul mata ganjaran sebanyak 300,000 setiap bulan.
  5. Coaching perniagaan bernilai RM25,000.

Support group telegram premium untuk GMXPSL

BERAPA YURAN PENDAFTARAN?

Yuran pendaftaran RM3,000 RM2,000 RM1,000 RM300 (one off).

ADA KUOTA PENDAFTARAN?

1 daerah 1 GMXPSL sahaja.

TARIKH TUTUP PROMOSI PENDAFTARAN 

25 Apr 2020 11:59 malam. Harga akan dinaikkan kepada harga asal RM3,000 selepas tarikh tutup.

SEKIRANYA SAYA ADA PERTANYAAN BAGAIMANA?

Sertai Facebook group ini untuk bantuan ==> Klik SINI.

BAGAIMANA NAK DAFTAR?

  1. Buat bayaran RM3,000 RM2,000 RM1,000 RM300 ke Maybank : 511065546972 (Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd. Email : payment@gogreenmatrix.com.
  2. Isi borang pendaftarn di sini ==> Klik SINI.
  3. Pihak kami akan menghubungi anda dalam masa 3 hari bekerja. Sekiranya anda ada pertanyaan boleh hubungi kakitangan kami +60128290755.