BAGAIMANA GMX PERSONAL SHOPPER BERFUNGSI?

GMX Personal Shopper tu apa?

GMX itu adalah ringkasan Green Matrix + X. Green Matrix adalah jenama syarikat dan X pula adalah servis tambahan yang kami wujudkan bergantung kepada permintaan. Untuk makluman, sebelum ini Green Matrix menjalankan perkhidmatan tempahan kereta sewa. Namun disebabkan seluruh dunia dilanda wabak Covid-19 dan pihak kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka secara automatik perniagaan kereta sewa boleh dikatakan lumpuh sepenuhnya.

Kaunter kereta sewa Green Matrix di Bintulu, Sarawak

Kami tidak tahu berapa lama PKP ini akan berakhir, harap-harap ia dapat selesai dengan cepat. Semenjak PKP dimulakan saya sendiri menghadapi masalah untuk membeli barang runcit, nak keluar tak berani, nak beli online tak ada pula syarikat yang sediakan servis beli dan hantar barang runcit ke rumah. Paling menyedihkan kereta saya pula rosak, mungkin terlalu lama tidak dihidupkan.

Pejabat Green Matrix di Sepang, Selangor.

Panik juga saya macamana nak beli barang dapur bila kereta tak ada? Nak order Grab belum tentu ada pemandu. Takut juga dalam keadaan tempat saya ni dikategorikan sebagai red zon. Penyelesaiannya saya terpaksa hubungi staf untuk belikan barang runcit untuk saya. Nasib baik ada staff yang sanggup bantu. Saya terus mesej senarai barang yang ingin dibeli dan bank in duit untuk belian barang + duit upah kepadanya. Dalam masa beberapa jam saya dah terima barang yang diperlukan. Rupanya seronok juga ada personal shopper sebab dapat jimat masa dan mudahkan kerja saya.

Nasib baik staff (Fizie) tolong jadi personal shopper saya.

Saya mula terfikir, kalau saya ada masalah nak beli barang runcit, pasti ramai orang lain pun ada masalah yang sama. Jadi saya cuba tanya dalam satu group facebook, apa servis atau produk yang diperlukan dalam tempoh PKP? kemudian saya sendiri komen saya perlukan personal shopper untuk beli barang basah dan runcit. Tak lama selepas itu ada ahli group (Tuan Muhammad Sabaruddin) pos gambar beliau baru selesai hantar barang kepada pelajar Unimas yang terkandas di dalam kampus.

Posting untuk validate projek personal shopper.

Dari situ saya mula nampak servis personal shopper ini ada potensi, mentor saya pernah berpesan, di mana ada masalah di situ ada peluang, di mana anda peluang di situ ada wang. Cuma saya tak pasti berapa caj personal shopper, bagaimana gerak kerja dan bagaimana untuk kembangkan servis ini kalau saya ingin buat betul-betul? Kemudian saya skrin shot posting itu, dan muat naik di dalam group syarikat. Mana tahu kalau ada licensee yang berminat nak mulakan servis personal shopper.

Seminggu selepas itu ada licensee di Kuching Sarawak memaklumkan beliau sudah mulakan servis personal shopper untuk pelajar Unimas. Beliau caj RM20 untuk setiap kali penghantaran. Pada peringkat awal beliau dapat RM80 – RM160 sehari upah untuk membeli barang untuk pelanggannya. Boleh tahan juga pendapatannya dalam keadaan PKP ini.

Tuan Awang Iskandar bersama pelanggannya. 

Lama kelamaan, perkhidmatannya mula menjadi buah mulut di kalangan pelajar dan pendapatannya mula meningkat sehingga mencecah lebih RM300 sehari. Cara baliau sangat mudah, beliau akan menghantar mesej kepada pelanggannya (penyewa kereta) dan sesiapa yang berminat boleh membuat bayaran untuk pembelian barang + upah personal shopper terus ke akaun syarikat sehari lebih awal. Keesokan harinya beliau akan mula membeli barang dan penghantaran akan dilakukan pada sebelah petang.

Tuan Awang Iskandar bersama pelanggannya. 

Usaha beliau itu sedikit sebanyak membantu pelanggannya yang terkandas di dalam kampus. Beliau juga dapat menjana sedikit pendapatan memandangkan pendapatan daripada bisnes kereta sewanya jatuh teruk sejak PKP dilaksanakan. Melihat kepada bisnes model licensee saya di Kuching, saya fikir ianya mungkin boleh dikembangkan ke seluruh Malaysia.

GMX Personal Shopper

Daripada pemerhatian saya ada beberapa syarikat yang menyediakan servis personal shopper, tetapi ianya terhad di kawasan tertentu saja. Mungkin caj yang dikenakan terlalu rendah membuatkan tidak ramai yang berminat menjadi pemandu. Selain itu ada juga syarikat yang masih menggunakan sistem pembayaran manual dan prosesnya terlalu lambat. Ada juga syarikat lain yang cuba menawarkan terlalu banyak perkhidmatan sehingga saya sendiri tidak faham bagaimana nak beli barang runcit melalui applikasi mereka.

Untuk selesaikan masalah itu, saya tetapkan kadar bayaran untuk servis personal shopper yang saya sediakan adalah tetap iaitu RM20 untuk setiap penghantaran. Keutamaan kepada mereka yang tinggal di kawasan bandar utama di seluruh Malaysia dan mempunyai pasaraya terdekat dalam lingkungan jarak 15 KM. 

Suami stress kalau kena pergi pasar.

Antara kelebihan perkhidmatan personal shopper yang ditawarkan oleh syarikat saya adalah, penghantaran barang akan dilakukan dalam tempoh 24 jam. Sebaik pihak kami menerima tempahan, kakitangan kami akan terus menghubungi pelanggan melalui Whatsapp (10 pagi – 10 malam) untuk mendapatkan senarai barang. Kami akan mendapatkan personal shopper terdekat dalam tempoh kurang 6 jam.

Seterusnya pelanggan boleh terus berkomunikasi dengan personal shopper yang ditugaskan untuk proses pembelian barang. Bagi menjaga sensitiviti pelanggan dan pemandu yang beragama Islam, kami hanya menyediakan perkhidmatan pembelian dan penghantaran produk halal sahaja. Pelanggan boleh terus membuat bayaran kepada personal shopper yang ditugaskan sebelum pukul 11:59 malam dan pembelian dan penghantaran akan dilakukan pada keesokan harinya.

Bagaimana GMX Personal Shopper berfungsi.

Sistem tempahan GMX Personal Shopper juga lengkap dengan program referral di mana pelanggan yang mempromosi kepada rakan-rakan mereka yang lain akan mendapat komisen sebanyak RM10 untuk setiap transaksi yang berjaya. Pelanggan perlu mendaftar sebagai ejen affiliate untuk mendapatkan pautan khas. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Avana yang menyediakan sistem yang canggih kepada kami.

Sistem referral GMX Personal Shopper.

Saya menjangkakan, sekiranya perkhidmatan ini dikembangkan diseluruh Malaysia, ianya boleh menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih kepada 10,000 orang di seluruh Malaysia. Potensi pendapatan setiap personal shopper adalah di antara RM6,000 – RM9,000 sebulan. Buat masa ini kami belum ada sebarang applikasi khas untuk mengagihkan tempahan secara automatik. Kami akan menggunakan cara manual dahulu sementara menunggu apps siap.

Kami berharap pemandu yang sudah mendaftar tidak menganggap sistem ini sama seperti teknologi ehailing yang lain di mana mereka hanya tunggu tugasan diberikan kepada mereka tanpa perlu berbuat apa-apa. Setiap pemandu yang berdaftar sebenarnya mereka mempunyai pautan khas di mana sekiranya ada pelanggan membuat tempahan melalui pautan yang diberikan, mereka akan dapat komisen sebanyak RM10. Sekiranya mereka ingin menjalankan tugasan penghantaran barang, maka mereka hanya perlu memaklumkan kakitangan kami untuk agihan tugas terus kepada mereka.

Setiap personal shopper yang menjalankan tugasan akan mendapat bayaran bersih sebanyak RM30 untuk setiap tugasan. Kami jangkakan secara purata setiap personal shopper boleh membuat 10 – 15 tugasan setiap hari. Kelebihan sistem GMX Personal Shopper berbanding syarikat lain adalah, pemandu boleh berkomunikasi dengan pelanggan sepanjang proses pembelian bagi memastikan pelanggan mendapat barang yang tepat seperti yang mereka mahukan.

Pelanggan boleh terus menggunakan servis personal shopper yang ditugaskan untuk urusniaga seterusnya dengan syarat mereka membuat tempahan melalui pautan yang disediakan. Pihak kami tidak bertanggungjawab untuk urusniaga yang dibuat tanpa melalui sistem GMX Personal Shopper. Pihak Green Matrix menjamin pemulangan wang sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Pada masa akan datang GMX Personal Shopper juga akan dilengkapi dengan perlindungan Takaful sehingga RM50,000 sekiranya menggunakan sistem GMX Personal Shopper.

Testimonial pelanggan GMX Personal Shopper.

Sekiranya projek ini berjalan lancar, kami akan bekerjasama dengan syarikat lain seperti Poslaju, Ninja Van, J&T Express, Shopee, Lazada, Tesco, Giant, Jaya Grocer, Servay, Farley, Gmart, Mydin dan syarikat-syarikat yang memerlukan perkhidmatan penghantaran yang lebih pantas dan efisien khusus untuk pelanggan mereka. Untuk maklumat lanjut tentang GMX Personal Shopper anda boleh klik SINI.