COVSTORE MILLIONAIRE CIRCLE (CMC)

Salam pos ini adalah untuk menerangkan tentang program CovStore Millionaire Circle (CMC). CovStore adalah platform jualan di mana kami akan memasukkan produk atau servis yang berpotensi untuk dijual secara online melalui sistem ejen dropship CovStore di seluruh negara.

Siapa patut join CMC?

  1. Pemilik produk.
  2. Pemborong/Stokis produk.

Produk Pilihan

  1. Makanan
  2. Pakaian
  3. Kesihatan
  4. Elektronik
  5. Pendidikan
  6. Kelengkapan rumah
  7. Pelancongan

Syarat-syarat Penyertaan.

  1. Ahli CMC perlu mempunyai produk atau servis seperti yang tersenarai di atas.
  2. Boleh membekalkan produk/servis kepada ejen CovStore di seluruh Malaysia.
  3. Jualan di bawah RM80,000 sebulan.
  4. Boleh memberi latihan kepada ejen dropship CovStore untuk membuat jualan.
  5. Boleh bekerja dalam pasukan.

 Apa kelebihan menjadi ahli CMC

  1. Produk ahli CMC akan disenaraikan di dalam laman web CovStore.com selama setahun di mana laman web berkenaan lengkap dengan sistem ejen dropship bernilai RM3,999.
  2. Akses facebook group ejen CovStore dengan keahlian berjumlah 850 orang (setakat 5 Mei 2020) di seluruh Malaysia. Setakat ini jumlah ahli bertambah 21 orang setiap hari. Ahli CMC yang sah akan dilantik sebagai moderator facebook group berkeaan di mana mereka boleh membuat penerangan produk secara fb live dan menawarkan peluang menjadi ejen dropship kepada ahli group yang berminat.
  3. Keahlian group premium Telegram CMC dan mendapat khidmat nasihat perniagaan dari Tuan Wahi Abd Rashid dan Puan Nurshirley Kamilia Abdullah yang juga ahli Titanium Dr Azizan Osman sejak tahun 2017, 2018, 2019 dan 2020. Khidmat nasihat adalah percuma dan hanya diberikan sekiranya ada permintaan oleh ahli CMC.
  4. Ahli CMC boleh bekerjasama membuat pemasaran bersilang (cross sell) di antara satu sama lain. Sebagai contoh, ahli CMC A boleh mempromosi produk ahli CMC B dan mendapat sedikit komisen. Ahli CMC B juga boleh mempromosi produk ahli CMC A dan mendapatkan komisen.
  5. Ahli CMC boleh bertukar-tukar pendapat dan menyumbang idea untuk meningkatkan jualan setiap ahli.

 Adakah keahlian CMC ini ada yuran?

Ya ada, keahlian hanya RM1,000 RM300 setahun. Yuran ini adalah untuk menampung kos upah memasukkan produk ahli CMC di dalam sistem CovStore. Kuota terhad untuk 10 peserta terawal sahaja dan yuran akan dinaikkan pada bila-bila masa apabila kuota cukup.

Bagaimana CovStore jana pendapatan?

CMC perlu memberikan harga borong yang lebih rendah dari harga yang diberikan kepada ejen CovStore supaya kami dapat menjana sedikit pendapatan untuk menampung kos operasi. Contoh harga adalah seperti produk makanan berikiut.

Harga Jualan RM50 / kotak

  • Harga CovStore RM36 = Tiada minimum order.
  • Harga Stokis RM40 = minimum order 90 kotak.
  • Harga Ejen RM42 = minimum order 10 kotak.
  • Harga Dropship RM45 = tiada minimum order.

Ejen dropship CovStore boleh menjual pada harga RM50 dan mendapat untung RM5 sekotak (RM50 – RM45 = RM5). CovStore mendapat untung RM45 – RM36 = RM9. Sekiranya ejen CovStore ingin mendapatkan harga ejen, mereka perlu membeli minima 10 kotak. Keuntungan ejen CovStore adalah (RM50 – RM42) x 10 = RM80. CovStore mendapat untung (RM42 – RM36) x 10 kotak = RM60.

Sekiranya ejen CovStore ingin mendapatkan harga stokis, mereka perlu membeli minima 90 kotak. Keuntungan stokis CovStore adalah (RM50 – RM40) x 90 = RM900. CovStore akan mendapat untung (RM40 – RM36) x 90 = RM360.

Pembekal tidak boleh meletakkan syarat minima pembelian kepada CovStore untuk mendapatkan harga borong kerana CovStore hanyalah platform dan kami tidak menyimpan apa-apa stok. Pembekal bertanggungjawab untuk membekalkan produk/atau servis yang ditempah oleh ejen CovStore.

Ada apa-apa bayaran lain?

Tiada.

Bagaimana nak sertai?

Isi borang permohonan di bawah dan pihak kami akan buat sesi temuduga terlebih dahulu. Mereka yang layak sahaja akan diterima.

https://forms.gle/ZBbmLx3btaSWM89k8