Wahi Abd Rashid

Category Archives: Bisnes Kereta Sewa

ELAKKAN BERURUSAN DENGAN “CHEAP CUSTOMER”

Kesilapan kebanyakan usahawan kereta sewa adalah terlalu fokus kepada “Cheap Customer“. Kalau kita asyik berurusan dengan pelanggan yang macam ni, perniagaan kita tidak ke mana. Cheap customer ni kalau boleh nak murah saja, kalau jadi apa-apa pada kenderaan kita, mulalah berdalih itu, ini tak nak bayar. So sebagai seorang usahawan, kita kena fikirkan cara untuk dapatkan pelanggan high class. Buatlah kerjasama dengan hotel di tempat anda. Biasanya pelanggan high class ni duduk dekat hotel yang high class. Mutu perkhidmatan syarikat anda pun kena high class juga. Sebab itu, syarikat-syarikat kereta sewa besar tidak melayan cheap customer. Mesti ada sebabnya, pada saya xberbaloi dengan masalah yang akan mereka beri.

MENGAPA SAYA MENAIK TARAF SYARIKAT KERETA SEWA MILIKAN TUNGGAL KEPADA SDN BHD?

Salam hormat,

Semenjak tahun 2011, saya telah menaik taraf perniagaan kereta sewa saya daripada perniagaan perkongsian kepada Sdn Bhd. Berikut merupakan sebab mengapa saya berbuat demikian;

  1. Menghadkan liabiliti – jika dahulu saya menggunakan perniagaan perkongsian, liabiliti ditanggung sepenuhnya oleh pemilik perniagaan. Setelah mendaftar syarikat sdn bhd, liabiliti terhad kepada modal berbayar sahaja iaitu RM200,000. Modal berbayar boleh serendah RM2,00.
  2. Meningkatkan kredibiliti
  3. Memudahkan pelaburan luar.
  4. Boleh beroperasi di seluruh Malaysia – membuka cawangan baru.

Kos untuk mendaftar syarikat sdn bhd bergantung kepada jumlah modal berbayar. Bagi syarikat sdn bhd dengan modal berbayar RM2 kos pendaftaran adalah RM2700. Bagi syarikat saya modal berbayar adalah RM200,000 dan kos pendaftaran adalah RM4400.

KERETA SAMBUNG BAYAR, PENTING ADA PERJANJIAN JUAL BELI

Salam hormat, kali ini saya ingin menjawab soalan dari pembeli Ebook Panduan Bisnes Kereta Sewa. Berikut merupakan soalan beliau.

Soalan

Salam.. tuan, saya nak tanya.. dalam Ebook Panduan Bisnes Kereta Sewa ada fail ‘sambung bayar’ (doc pdf dan word) ; setelah isi semua borang , adakah kereta akan bertukar milik kepada kita dan kita sambung bayar loan kereta yang masih dalam akaun penjual..? confius sikit la.

Jawapan

Surat perjanjian jual beli berkenaan boleh digunakan untuk tukar hak milik dengan syarat pinjaman dengan bank telah diselesaikan. Surat perjanjian berkenaan penting untuk.

1. Melindungi tuan sekiranya pemilik asal kenderaan cuba mengambil balik kenderaan setelah tuan penat melangsaikan hutangnya.

2. Menukar nama pemilik kenderaan (selepas hutang selesai) sekiranya pemilik asal tidak dapat dikesan.

p/s : pernah terjadi kepada saya, tidak membuat surat perjanjian berkenaan, selepas mengeluarkan banyak wang membaiki kenderaannya. Pemilik kenderaan meminta dikembalikan keretanya, kalau saya tidak mahu memulangkannya, dia mahu lapor kepada polis mengatakan saya mencuri keretanya. Kalau ada perjanjian, perkara berkenaan mungkin tidak terjadi.

Harap membantu. Insya Allah.

Analytic Code