BISNES JATUH AKIBAT COVID-19, APA SAYA BUAT UNTUK SURVIVE?

Salam posting ni saya tulis untuk berkongsi pengalaman bagaimana wabak Covid-19 memberi kesan kepada bisnes kereta sewa yang sudah saya jalankan sejak 2006 dan apa saya buat untuk survive?

Semuanya bermula apabila pihak kerajaan terpaksa menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020. Kesan awal yang berlaku adalah pelanggan mula membatalkan tempahan kereta sewa yang mereka telah buat.

Syarikat saya pula terpaksa mengembalikan wang pelanggan dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kami pula terpaksa mengurangkan gaji semua pekerja dan ada juga pekerja yang secara sukarela berhenti kerja.

Pendapatan syarikat daripada 6 angka sebulan menurun sehingga sifar. Ketika itu saya dapat rasakan keadaan buruk ini akan berterusan dalam tempoh yang lama. Tanpa membuang masa, saya terus mewujudkan satu perniagaan baru di bawah nama CovStore.

CovStore adalah gabungan nama Covid + Store = CovStore. Kami fokus menjual produk secara online. Gambar di bawah adalah antara produk yang kami jual di bawah CovStore. Ianya termasuk, produk makanan, cecair sanitasi tangan, cadar tilam dan produk kesihatan pengganti gula.

Produk CovStore

Alhamdulillah dalam tempoh 12 bulan, kami berjaya membuat jualan lebih RM500K. Secara purata jualan produk lebih RM41K sebulan dan keuntungan lebih kurang 20% (RM8.2K) Setiap bulan.

Kenangan menjual produk.

Malangnya keuntungan yang diperolehi masih tidak dapat menampung kos operasi syarikat (gaji pekerja, sewa pejabat, bil elektrik, air dan telefon) yang masih tinggi. Justeru saya menghadapi kesukaran untuk membayar stok kepada pembekal.

Saya diuji lagi apabila ke semua 6 orang pekerja saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja serentak. Syarikat saya pula mula menerima surat saman daripada beberapa pihak kerana gagal membayar tuntutan mereka.

Saya hampir mengalami depression yang agak teruk pada ketika itu. Apa pun saya cuba kuatkan semangat demi anak-anak dan isteri. Sekarang saya sudah tidak ada pekerja, bisnes kereta sewa masih tidak nampak masa depan dan perniagaan CovStore tidak mendatangkan keuntungan.

Saya perhatikan cara jualan produk CovStore memerlukan tenaga kerja yang banyak kerana kami perlu menyimpan stok dan mengepos barang kepada pelanggan. Selain itu hampir semua produk yang saya jual tidak mempunyai bahan pemasaran yang mencukupi.

Kalau saya nak bangkit, saya perlu mencari perniagaan yang tidak perlu pekerja yang ramai, produk ada permintaan yang bagus dan pembekal boleh menyediakan bahan pemasaran yang mencukupi.

Alhamdulillah saya dipertemukan dengan syarikat Eskayvie Sdn Bhd yang menjual produk kesihatan. Kebetulan saya memang mencari produk untuk kuruskan badan. Saya mendaftar menjadi ejen Eskayvie pada 15 Feb 2021.

Kelebihan menjadi ejen Eskayvie, saya tidak perlu pegang stok Saya hanya fokus menjual sahaja dan segala urusan penghantaran diuruskan sepenuhnya oleh pihak Eskayvie.

Eskayvie juga memberi latihan berterusan kepada saya dan paling menarik saya tidak perlu fikir tentang bahan pemasaran kerana semuanya sudah disediakan. Alhamdulillah hasil pemasaran yang saya lakukan berikut merupakan jumlah jualan dan komisen yang saya dapat.

Jualan dan komisen yang saya perolehi dari Eskayvie.

Secara ringkasnya dalam masa 11 bulan saya berjaya membuat jualan sebanyak RM3,587,686 dan menjana keuntungan sebanyak RM256.207 dan berjaya merekrut 600 orang ejen baru.

Semuanya dilakukan tanpa saya perlu mempunyai seorang pekerja, tidak perlu pos barang dan tidak perlu menyediakan apa-apa bahan pemasaran. Kerja saya hanya menggunakan produk (saya fokus guna produk kurus dari Eskayvie) dan kongsikan di sosial media.

Pencapaian bersama Eskayvie

Saya bersyukur kerana digerakkan hati untuk menyertai Eskayvie. Selain dapat memperbaiki tahap kesihatan, saya juga dapat menjana pendapatan hasil daripada komisen jualan produk. Selain itu saya juga dapat membantu ejen-ejen saya menjana pendapatan.

Perjalanan saya masih jauh bersama Eskayvie. Doakan saya berjaya bersama Eskayvie. Sekiranya anda ingin menyertai saya, klik butang di bawah.

Terima kasih kerana sudi membaca.