BISNES JATUH BAGAIMANA SAYA BANGKIT DENGAN ESKAYVIE?

Bersama pengasas Eskayvie Dr Syid Ayob dan Puan Kartika Wati.
Salam hormat terima kasih kerana sudi membaca perkongsian saya kali ini. Sebelum itu izinkan saya perkenalkan diri serba sedikit. Nama saya Wahi Abd Rashid. Saya merupakan pengasas kepada Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd.
Syarikat saya menyediakan perkhidmatan kereta sewa sejak tahun 2006. Alhamdulillah sepanjang menjalankan perniagaan, syarikat saya mempunyai lebih 100 buah cawangan di seluruh Malaysia dan menjana pendapatan lebih 7 angka setahun.
Sungguhpun begitu, langit tidak sentiasa cerah. Perniagaan saya terjejas teruk apabila wabak Covid-19 melanda. Saya cuba bangkit dengan menjual produk makanan, namun ianya terkubur pada penghujung tahun 2020.
Puncanya keuntungan yang saya dapat tidak cukup untuk menampung kos operasi yang agak tinggi. Perniagaan berkenaan tidak dapat diteruskan apabila saya kehilangan semua pekerja yang ada. Pada awal tahun 2021, saya terpaksa memulakan semuanya dari kosong.
Ketika itu saya tercari-cari apakah peluang perniagaan yang boleh menjana pendapatan dengan cepat tanpa memerlukan modal yang besar. Pada bulan Feb 2021 saya terjumpa semula rakan lama saya. Beliau adalah ejen Eskayvie sejak 5 tahun lepas.
Saya kagum dengannya kerana jualannya konsisten lebih 7 angka setahun. Walaupun pada tahun 2020 beliau juga diuji dengan Covid-19, namun jualannya tidak terkesan.
Setelah berborak melalui Whatsapp saya mengambil keputusan untuk mendaftar menjadi ejen Eskayvie pada 15 Feb 2021. Selepas 3 hari mendaftar saya dijemput oleh pengasas syarikat iaitu Puan Kartika Wati ke pejabatnya di Shah Alam, Selangor.
Penerangan produk Eskayvie oleh Dr Syid Ayob.
Setelah beliau menerangkan tentang pelan pemasaran Eskayvie yang terbaru, mata saya terbeliak besar kerana saya nampak potensi yang sangat besar kerana.
- Modal untuk menjadi ejen Eskayvie hanya bermula dari RM65.40.
- Ejen boleh merekrut ejen baru tanpa had. Ejen akan mendapat komisen sebanyak RM10 untuk setiap ejen yang berjaya direkrut.
- Setiap ejen yang mendaftar, mereka akan diberikan latihan secara online selama 12 hari. Eskayvie juga menyediakan platform pembelajaran online melalui Learning Management System (LMS).
- Potensi pelanggan sangat besar, Eskayvie fokus produk kesihatan untuk pesakit diabetes. Dianggarkan hampir 7 juta rakyat Malaysia berisiko atau sudah mengidap diabetes.
- Produk Eskayvie terbukti berkesan kerana ia formulasi oleh pengasasnya iaitu Dr Syid Ayob yang juga doktor bertauliah. Terdapat ribuan testimonial pengguna yang pulih setelah menggunakan produk Eskayvie.
- Kos operasi ejen sangat rendah kerana ejen tidak perlu menyimpan stok dan menghantar produk kepada pelanggan. Ejen hanya fokus menjual dan selebihnya diuruskan oleh Eskayvie.
- Sudah ada ejen yang bergelar jutawan di dalam Eskayvie. Jadi saya tidak perlu buang masa menjual produk yang belum ada bukti kejayaan.
PENCAPAIAN DALAM ESKAYVIE

Jadual di atas adalah jumlah jualan, ejen dan komisen yang saya dapat di antara Feb hingga Dis 2021. Secara keseluruhannya dalam masa 11 bulan saya berjaya membuat jualan sebanyak RM3,587,686 dan mendapat keuntungan sebanyak RM256,207.
FAKTOR PENINGKATAN JUALAN
Sejak menyertai Eskayvie, fokus saya adalah merekrut ejen seramai mungkin. Saya banyak menggunakan kisah kejayaan ejen-ejen lama untuk menarik lebih ramai ejen baru.
Selain itu setiap hari saya konsisten memuat naik bahan-bahan pemasaran yang disediakan oleh pihak Eskayvie. Berikut merupakan platform media sosial yang saya gunakan.
- Tik Tok
- You Tube
Tip : Sebolehnya anda letakkan pautan no Whatsapp di semua platform media sosial, tujuan untuk memudahkan prospek menghubungi anda.
Alhamdulillah usaha saya itu mula membuahkan hasil apabila ramai kenalan rapat berminat dengan produk Eskayvie dan ada yang mendaftar menjadi ejen, Beberapa bulan kemudian, ejen-ejen saya pula mula merekrut ejen baru di bawah mereka.
TIP UNTUK BERJAYA DALAM ESKAYVIE
- Sebelum menjual, pastikan anda suka dengan semua produk Eskayvie. Saya suka Nutrelle, Xeero dan Cafe Afeeya Zero kerana membantu menurunkan berat badan saya ke paras normal.
- Kongsikan pengalaman dan kesan penggunaan produk Eskayvie terhadap kesihatan anda. Niatkan perkongsian itu untuk membantu orang lain yang mungkin ada masalah kesihatan yang sama.
- Fokus membina pasukan dengan merekrut ejen baru. Banyakkan menjual peluang seperti.
- Peluang menjana pendapatan.
- Peluang membantu lebih ramai orang.
- Peluang untuk dapat harga jimat.
- Pastikan menonton semua video penerangan daripada Eskayvie.
- Pastikan anda komited melakukan semua perkara di atas selama 3 bulan berturut-turut tanpa henti. Insya Allah anda akan dapat hasilnya.
Sekiranya anda menghadapi masalah seperti saya, bisnes jatuh, hilang pendapatan, tak tahu bagaimana nak bangkit semula, pada saya Eskayvie adalah salah satu platform perniagaan terbaik. Sertai saya bersama Eskayvie.
