2 BULAN JUALAN RM4.9 JUTA BERSAMA ESKAYVIE




Kali ini saya ingin kongsi kisah Puan Norazimah yang berusia 30 tahun dan berasal dari Kelantan. Beliau telah bersama Eskayvie semenjak dari tahun 2017 sehingga sekarang dan merupakan crown termuda di Eskayvie Nexus.

Beliau merupakan lepasan graduan dan mula menyertai Eskayvie kerana pada masa itu beliau merasakan peluang untuk bekerja masa itu sangat susah.

Ketika itu, beliau merasakan peluang yang ada hanyalah berniaga. Tanpa berfikir panjang, beliau mula menceburi bidang perniagaan dalam usia yang muda. Beliau tidak menafikan cabaran mula berniaga sangat mencabar diri beliau.

Namun keinginan yang kuat dan berani mencuba membuatkan beliau untuk mula menceburi bidang perniagaan.
Pada mulanya, beliau mencuba berniaga dengan hanya menjual produk sabun muka. Pada masa itu, beliau hanya target untuk mendapatkan jualan seribu ringgit sahaja.

Semua proses beliau kena lakukan sendiri dari ambil stok, pos, cod dan lain – lain. Pada 2017, beliau mendapat tawaran dari Eskayvie untuk menjadi sales team. Semangat dan keinginan beliau untuk berniaga sangat membuak buak sehingga beliau bersama dan menyertai Eskayvie.

Beliau sangat teruja dan merasakan Eskayvie sangat hebat buat masa itu. Di Eskayvie, beliau hanya fokus untuk buat closing dan bina rangkaian. Beliau turut menyatakan di Eskayvie, pelbagai latihan disalurkan dan sangat banyak membantu beliau dengan memberi sokongan tanpa had.

Semenjak menyertai Eskayvie, beliau tidak menafikan cabaran yang Eskayvie lalui. Dengan pertukaran system yang baru, beliau harus bermula semula dengan belajar balik dari kosong. Beliau mencabar diri beliau dan harus berani menerima setiap perubahan untuk kepentingan bersama rangkaian beliau.

Malah beliau lebih suka dengan program Eskayvie Nexus tersebut berbanding yang lama kerana Eskayvie tetap memberi sokongan ilmu walaupun kena buat marketing sendiri. Namun itu bukan masalah pada beliau kerana pada pandangan beliau, kita harus berani melakukan sesuatu yang baru atau perkara yang berbeza untuk mendapatkan keputusan yang luar biasa.

Apa yang membuatkan beliau terus bersama Eskayvie sehingga sekarang adalah kerana Eskayvie Nexus selari dengan perniagaan seperti seorang usahawan yang  inginkan. Sistem Eskayvie Nexus boleh mengembangkan atau membolehkan leader membina rangkaian di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia tanpa mengenal usia untuk bersama Eskayvie Nexus.

Ia merupakan bisnes model kerana boleh mencapai piluhan ribu jualan, system yang lengkap dan sistematik dan hanya memerlukan smartphone, laptop dan mempunyai akses internet sahaja. Sangat senang dan memudahkan.

Apa yang paling membanggakan beliau ialah kejayaan beliau kecapi bersama Eskayvie Nexus. Pada usia yang muda, beliau telah mencapai jualan jutaan ringgit. Jualan keseluruhan pada tahun 2021, beliau berjaya mendapat jualan sebanyak 6.6 juta.

Pada tahun 2022 dalam masa 2 bulan sahaja jualan yang beliau capai ialah sebanyak 4.9 juta. Dengan system yang ada di Eskayvie tiada apa yang mustahil sekiranya berusaha tanpa mengenal putus asa kerana tanpa usaha dan tindakan beliau tidak akan mendapat kejayaan yang luar biasa.

Malah beliau menegaskan untuk mencapai jualan berjuta bukanlah mudah. Menjadi seorang leader haruslah konsisten, belajar tanpa henti untuk perubahan diri dan rangkaian beliau. Dan apa yang membuatkan atau mendorong beliau untuk pergi lebih jauh lagi ialah kerana beliau ingin membantu rangkaian beliau untuk mencapai apa yang beliau kecapi sekarang.

Kejayaan manis yang beliau kecapi bersama Eskayvie Nexus ialah pendapatan beliau perolehi. Bermula dari impian memperolehi pendapatan seribu ringgit sahaja sehingga berjaya mencapai 50 ribu pendapatan bulanan.
Beliau sangat berterima kasih kepada pengasas Eskayvie iaitu Puan Kartika yang bersama beliau ketika susah dan tanpa jemu memberi tunjuk ajar kepada beliau.

Dari seorang yang pemalu kepada seorang leader yang berwibawa, berwawasan dan tidak pentingkan diri. Sebagai orang lama, beliau berharap orang baru harus yakin dan memberikan komitmen yang sepenuhnya serta tidak pernah putus asa untuk mencapai kejayaan seperti beliau dalam Eskayvie Nexus.

Berminat nak jadi usahawan Eskayvie, klik butang di bawah.