JUAL PRODUK JUALAN RM600K SELEPAS BISNES KERETA SEWA BUNGKUS

Tuah & Isterinya Puteri Balkes

Salam kisah kali ini saya ingin kongsikan kisah salah seorang anak didik saya Muhamad Bakhit Zainal aka Tuah. Beliau saya sudah anggap macam anak saya sendiri. Saya harap kisah beliau memberi inspirasi kepada mereka yang terkesan dengan wabak covid-19.

Ziarah Tuah & isterinya di Perlis.

Sebelum PKP dilaksanakan Tuah adalah pengusaha kereta sewa di Perlis di bawah syarikat saya Green Matrix. Beliau memulakan bisnes kereta sewa kerana terpaksa setelah keluarga angkatnya tertipu dengan program pajakan kereta sewa yang ditawarkan oleh seorang pengusaha kereta sewa.

Tuah bersama keluarga menghantar kereta.

Sepanjang beliau mengusahakan bisnes kereta sewa, beliau mempunyai lebih kurang 10 buah kereta sewa dan kutipan sewa tertinggi yang pernah dicapai adalah sebanyak RM15,000 sebulan. Kutipan sewa naik dan turun dan biasanya pendapatannya cukup-cukup untuk menampung kos operasi perniagaannya.

Tuah bersama keluarganya di hadapan rumah sewanya di Perlis.

Namun semuanya berubah apabila pihak kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020. Menurutnya sebelum itu beliau baru sahaja memperbaharui insuran dan cukai jalan beberapa buah kereta dan baki duit di dalam akaunnya hanya tinggal RM500.

Tuah bersama pelanggannya.

Apabila PKP dilaksanakan, bisnes kereta sewa yang beliau usahakan terus bungkus 100%. Pada mulanya beliau agak buntu juga. Namun tanpa berfikir panjang, beliau terus ambil keputusan untuk menjual produk makanan. Kebetulan ada kenalan mempelawanya menjadi pengedar untuk produk berkenaan.

Tuah menjadi pengedar produk peyek jenama KrupKrapMy

Beliau bermula hanya sebagai dropship. Kebetulan ketika mengusahakan bisnes kereta sewa, beliau ada menyimpan nombor telefon pelanggannya. Ketika itu beliau ada lebih kurang 2,000 nombor telefon.

Beliau terus mempromosi produk yang dijual kepada pelanggannya menggunakan Whatsapp. Pada bulan pertama (Mac 2020) beliau dapat membuat jualan sebanyak RM4,000. Kemudian jualan meningkat kepada RM27,000 pada bulan April 2020.

Pada bulan Mei 2020 jualannya meningkat kepada RM60,000 dan pada bulan Jun 2020 jualannya meningkat kepada RM127,000. Sungguhpun begitu beliau menghadapi masalah kerana selalu terputus stok.

Tuah menjual produk jenama Nims.

Keadaan ini menyebabkan beliau terpaksa menjual produk lain di bawah jenama Nims. Bermula Mac hingga Dis 2020, jumlah jualan yang beliau berjaya capai adalah sebanyak RM600,000.

Moral dari kisah beliau ini, sekiranya anda terkesan dengan Covid-19, anda perlu percaya, rezeki itu bukan datang dari satu sumber sahaja. Kalau tak boleh buat bisnes kereta sewa, pasti ada rezeki cara lain.

Dalam kes Tuah, beliau menggunakan data pelanggan yang pernah menyewa kereta dengannya untuk mempromosi produk yang beliau ada. Jualannya melonjak dengan pantas apabila beliau merekrut pelanggan menjadi pengedar di bawahnya.

Semakin banyak pengedar di bawahnya, semakin besar jualan yang beliau dapat. Walaupun margin untung jualan produk kecil, tetapi sekiranya dilihat dari jumlah jualan, ianya cukup lumayan.

Jadi sekiranya anda mengusahakan bisnes kereta sewa atau terlibat dalam bisnes yang terkesan dengan Covid-19. Gunakan data pelanggan yang ada untuk mempromosi apa-apa produk yang sesuai. Cuma nasihat untuk permulaan cuba fokus produk yang ada 3 ciri di bawah.

  1. Margin untung yang tinggi.
  2. Potensi pelanggan yang besar.
  3. Permintaan yang tinggi.

Syarikat saya juga terkesan dengan wabak Covid-19. Bagi mengatasi masalah berkenaan, kami turut menjual produk sejak PKP dikuatkuasakan. Buat masa ini kami fokus kepada jualan produk Stevia pengganti gula. Kelebihan produk ini.

Produk stevia yang saya jual kini.
  1. Margin untung tinggi sehingga 50%.
  2. Potensi pasaran besar (3.9 juta pesakit diabetes).
  3. Pembelian berulang pelanggan sangat tinggi.
  4. Produk sudah 12 tahun di pasaran.
  5. Ada sijil halal dari KKM.
  6. Juga dijual oleh beberapa klinik perubatan.

Saya sendiri menggunakan produk ini dan Alhamdulillah berat badan saya sudah berkurangan. Setakat ini kami memerlukan pengedar di seluruh Malaysia. Sekiranya anda berminat menyertai pasukan saya, sila Whatsapp melalui link di bawah. Pengedar di bawah syarikat saya tidak perlu pegang stok, tidak perlu pos barang dan margin untung sehingga 50%.

WHATSAPP SINI

Kesan penggunaan Stevia.