BAGAIMANA NAK SEWAKAN KERETA SENDIRI

Salam pos ni saya tulis sebab selalu dapat pertanyaan macamana nak sewakan kereta sendiri. Ok saya kongsi 5 langkah mudah bagaimana untuk anda sewakan kereta sendiri.

  1. Sertai komuniti pengusaha kereta sewa, biasanya pengusaha kereta sewa ada kumpulan komuniti samada di dalam group Whatsapp atau Telegram. Anda boleh sertai komuniti pengusaha kereta sewa seluruh Malaysia melalui link ini. KLIK SINI.
  2. Daftar sebagai pembekal/hos kereta sewa di dalam platform tempahan kereta sewa di bawah. Link pendaftaran anda boleh dapatkan di dalam group Telegram di atas.
    • Green Matrix.
    • Moovby
    • Trevo
    • Wahdah
    • Klezcar
    • Kwikcar
  3. Daftar sebagai pembekal kereta sewa untuk syarikat insuran. Untuk makluman, pihak insuran memerlukan pembekal kereta sewa untuk menyewakan kereta kepada pelanggan mereka yang terlibat dalam kemalangan. Kereta sewa diperlukan untuk menggantikan kereta pelanggan mereka yang sedang dibaiki. Anda perlu mengisi borang pendaftaran melalui link di bawah dan wakil daripada pihak insuran akan menghubungi anda untuk menyenaraikan kereta anda di dalam applikasi khas. Segala pembayaran akan dibuat oleh wakil pihak insuran (Urban Mobility Asia Sdn Bhd). Pemilik kereta boleh menetapkan kadar sewa yang mereka mahu dan pihak pengendali akan mengambil komisen sebanyak 25% daripada kadar sewa. KLIK SINI.
  4. Buka Facebook Pages menggunakan nama perkhidmatan + lokasi. Contoh Kereta Sewa Kuala Lumpur. Terbaik buat 2 Facebook Pages dalam bahasa Malaysia dan English (Contoh Car Rental Kuala Lumpur). Kadang-kadang pelanggan akan buat carian di Facebook. Facebook pages yang aktif dan banyak review pelanggan akan menjadi pilihan mereka.
  5. Daftar Google My Business (GMB) mengikut lokasi anda berada. Biasanya pelanggan akan membuat carian Car Rental Near Me. Jadi sekiranya anda mendaftar perniagaan anda di dalam GMB, maka kemungkinan untuk anda mendapat tempahan lebih tinggi. Sekiranya anda mendapat tempahan tetapi anda tidak ada kereta/lokasi pelanggan jauh, anda boleh tanya di dalam group di atas, biasanya pemilik kereta akan memberikan komisen tidak kurang 10% daripada kadar sewa yang pelanggan bayar. Sambil-sambil sewakan kereta sendiri, anda juga boleh jana pendapatan dengan menyewakan kereta orang lain. Cuma pastikan anda betul-betul menyewakan kepada pelanggan yang serius. Terbaik pastikan pelanggan itu ada pelanggan tetap dan beri keutamaan kepada mereka yang membuat tempahan dan bayaran secara online.

Harap membantu.