DARI BISNES KERETA SEWA KE PERSONAL SHOPPER

Tuan Awang Iskandar bersama pelanggannya

Salam pos kali ini saya nak kongsi kisah menarik salah seorang licensee Green Matrix di, Sarawak iaitu Tuan Awang Iskandar. Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau adalah pengusaha kereta biasa yang menyewakan kereta kepada pelajar di sebuah universiti. Namun selepas PKP dilaksanakan, bisnes beliau jatuh teruk. Beliau kehilangan pendapatan lebih 90%.

Pelanggannya yang kebanyakan terdiri daripada pelajar Unimas juga tidak dibenarkan keluar dari kampus. Buntu juga beliau memikirkan nasibnya kerana pendapatannya bergantung sepenuhnya daripada bisnes kereta sewa. Entah bagaimana beliau tergerak hati untuk bertanya keadaan pelanggannya di dalam kampus, adakah apa-apa yang beliau boleh bantu?

Tuan Awang Iskandar bersama pelanggannya

Beliau agak terkejut kerana ada pelanggannya meminta beliau membeli barang-barang keperluan harian dan makanan. Atas dasar ingin membantu, beliau menyediakan perkhidmatan membeli barang dengan kos upah sebanyak RM10 – RM20 bergantung kepada tugasan yang diberikan. Tanpa beliau sangka perkhidmatan yang beliau tawarkan mula mendapat perhatian.

Sehingga kini setiap hari beliau akan mendapat tempahan 10 – 15 orang pelanggan. Dalam masa sehari beliau boleh menjana pendapatan sebanyak RM80 – RM150. Pendapatannya boleh dikatakan cukup lumayan berbanding ketika awal PKP, beliau kehilangan pendapatan sepenuhnya.

Menurutnya perkhidmatan Personal Shopper ini sudah lama wujud, namun sejak wabak Covid-19 melanda, permintaannya semakin meningkat. Namun syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan Personal Shopper sangat terhad, kemungkinan mereka kekurangan pemandu.

Perkhidmatan Personal Shopper Green Matrix – X

Justeru bagi membantu mereka yang menghadapi masalah membeli barang ketika musim Covid-19, maka Green Matrix menyediakan perkhidmatan penghantaran barang (Green Matrix – X). Sasaran pelanggan adalah keluarga yang tinggal di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak. Bagi anda yang berminat untuk menjadi pemandu dan ejen affiliate, anda boleh daftar melalui link berikut. Klik SINI.