8 BULAN SERTAI ESKAYVIE JUALAN RM1.29 JUTA

Salam pos kali ini saya nak kongsi pengalaman saya menyertai Eskayvie dan bagaimana dalam masa 8 bulan saya berjaya buat jualan sebanyak RM1.29 juta. Jadual di bawah adalah jumlah jualan dan komisen yang saya dapat dari Feb hingga Sep 2021.

Alhamdulillah dalam masa 8 bulan, komisen yang saya perolehi adalah sebanyak RM130,197. Secara purata komisen yang saya dapat adalah RM130,197/8 bulan = RM16,276. Bisnes Eskayvie saya hanya usahakan berdua dengan isteri sahaja.

Saya tidak perlukan pekerja kerana konsep bisnes Eskayvie sama macam dropship. Ejen tidak perlu simpan stok. Komisen sehingga 40% bergantung kepada jumlah jualan seperti gambar di bawah.

Fokus saya hanya guna dan kongsikan kebaikan produk di media sosial. Sekiranya ada yang berminat nak menjadi ejen, saya akan daftarkan mereka. Dalam tempoh 8 bulan saya berjaya merekrut sebanyak 356 ejen.

Bagaimana Saya Rekrut Ejen?

Pada peringkat awal, saya menjemput ejen-ejen Eskayvie lama untuk berkongsi pengalaman mereka melalui webinar menggunakan Google Meet. Sebelum sesi webinar, saya maklumkan rakan-rakan melalui semua media sosial yang saya ada.

Sesi berkenaan saya siarkan juga secara langsung (Live Streaming) di Facebook saya. Saya gunakan perisian OBS Studio untuk live streaming (percuma saja). Setelah selesai sesi perkongsian, video berkenaan saya masukkan ke dalam Youtube channel saya.

Video dari Youtube saya masukkan pula dalam blog ini, dan saya buat sedikit penulisan berdasarkan kandungan dari video. Artikel dari blog saya kongsikan kepada semua database yang saya ada (3,000 email & 1,500 Whatsapp Broadcast) dan juga platform media sosial saya.

Alhamdulillah usaha saya itu membuahkan hasil di mana saya dapat merekrut 30 orang ejen pada bulan pertama. Dalam tempoh 4 bulan jualan tertinggi yang saya pernah capai adalah sebanyak RM14,426. Pada bulan ke 5 (Jun 2021) jualan meningkat kepada RM31,188.

Pada bulan Jul 2021, jualan meningkat kepada RM52,197. Pada bulan Ogo 2021 jualan meningkat kepada RM335,149. Seterusnya pada bulan Sep 2021 jualan meningkat kepada RM830,611.

Apabila saya berjaya membuat jualan, saya konsisten kongsikan kebaikan produk dan kejayaan diri sendiri/ejen di bawah saya melalui semua platform media sosial di bawah.

  1. Tik Tok (video & live).
  2. Facebook (Profile, Pages, Story & Live).
  3. Instagram (Post, Story, Highlight & Live).
  4. Twitter.
  5. Youtube (Post, Video & Live).
  6. Linkedin.
  7. Whatsapp Status.
  8. Telegram (Group).

Saya pastikan setiap hari mesti ada sekurang-kurangnya 1 perkongsian samada dalam bentuk tulisan (text), gambar atau video dikongsi ke semua platform media sosial di atas. Dalam seminggu saya akan buat live di Facebook, Tik Tok, Instagram dan Youtube 2 – 3 kali pada waktu malam.

Setakat ini saya sangat bersyukur kepada dapat membantu ejen-ejen saya menjana pendapatan dan ada yang berjaya menjana keuntungan bersih RM50K sebulan. Gambar di bawah adalah antara bukti pendapatan ejen di bawah saya.

“Nett Profit RM50K”

“Bonus Eskayvie Sep 2021 RM12,455”

“Bonus RM2.8K”

Sesiapa sahaja boleh berjaya dalam Eskayvie. Modal jadi ejen Eskayvie RM65.40 (SM) dan RM72.90 (SS). Selepas mendaftar ejen akan dapat latihan selama 5 hari dari Eskayvie. Bahan pemasaran dan sistem e-commerce disediakan. Klik butang di bawah untuk berjaya bersama Eskayvie.