JUAL BAJU KURUNG 11 BULAN JUALAN RM100 JUTA

Tuan Suffian & Puan Siti Fatimah (tengah) pengasas Sabella Holding Sdn Bhd.

Salam pos kali ini saya ingin kongsi kisah sahabat saya Tuan Suffian dan Puan Siti Fatimah pemilik syarikat Sabella Holding Sdn Bhd yang berjaya membuat jualan RM100 juta dalam masa 11 bulan (Jan – Nov 2020) dengan hanya menjual baju kurung sahaja.

Tuan Suffian ketika di premis lama Sabella.

Secara ringkasnya mereka menggunakan sistem dropship untuk memasarkan produk baju kurung keluaran syarikat mereka. Pendaftaran untuk menjadi dropship Sabella adalah percuma. Ketika bermula dropshipper yang berjaya membuat jualan melebihi RM10,000 selama 3 bulan berturut-turut akan ditawarkan menjadi VIP dropshipper.

Tuan Suffian & Isteri ketika di luar negara mendapatkan stok kain.

Setakat ini mereka mempunyai lebih 200 VIP dropshipper dan 70,000 dropshipper biasa. VIP dropshipper akan mendapat komisen lebih tinggi berbanding dropshipper biasa. Tugas VIP dropshipper adalah merekrut dan melatih lebih ramai dropshipper di bawah mereka.

Bersama Tuan Suffian

Setakat ini seramai 30 orang VIP dropshipper sudah bergelar jutawan. Ada juga VIP dropshipper yang sudah berjaya membuat jualan lebih RM1 juta sebulan dan mempunyai lebih 1,000 dropshipper di bawah mereka.

Sama-sama belajar dalam kelas Datuk Wira Dr Azizan Osman

Wow sekali baca, nampak macam mudah. Walau bagaimanapun ianya bukan berlaku dalam tempoh satu malam. Seperti mana-mana perniagaan, semuanya mengambil masa. Berikut merupakan rekod jualan Sabella (secara kasar) mengikut tahun.

  • 2016 RM1 juta
  • 2017 RM3 juta
  • 2018 RM5 juta
  • 2019 RM25 juta
  • 2020 RM100 juta (Jan – Nov 2020)

Pada tahun 2016 mereka sebenarnya menghadapi masalah kerana jualan mereka terbantut. Jadi pada tahun 2017 mereka mula menuntut ilmu dengan bapa keusahawanan iaitu Datuk Wira Dr Azizan Osman. Ilmu yang mereka pelajari mereka gunakan untuk mengembangkan perniagaan sehingga sekarang.

Dalam tempoh 5 tahun jualan syarikat mereka meningkat lebih 100 kali ganda. Secara realiti, agak susah untuk kita jumpa sebuah syarikat yang boleh berkembang dengan sangat pantas dalam masa yang singkat. Jadi pasti ada sesuatu perkara unik yang mereka lakukan.

Gudang Sabella di Batu Caves, Selangor.

Daripada pemerhatian saya, kunci kejayaan mereka adalah sistem dropship yang mereka guna. Dropship yang sudah pandai membuat jualan (VIP dropshipper) hanya akan fokus merekrut dan melatih dropshipper di bawah mereka.

Keadaan dalam gudang Sabella.

Semua dropshipper tidak perlu menyimpan stok atau uruskan kerja-kerja pengeposan. Semuanya dilakukan oleh pihak Sabella. Jadi di sini kerja-kerja dropshipper menjadi lebih mudah. Dropshipper hanya perlu fokus membuat jualan dan VIP dropshipper hanya fokus merekrut dan melatih dropshipper baru.

Bersama duta Sabella penyanyi terkenal Ella.

Sekiranya anda antara orang terawal bersama Tuan Suffian dan Puan Siti Fatimah pada tahun 2017 anda mungkin menjadi salah seorang daripada 30 jutawan yang mereka berjaya lahirkan.

Walau bagaimanapun, pada masa sekarang syarat untuk menjadi VIP dropshipper mungkin tidak semudah seperti ketika mereka baru bermula. Hanya yang komited sahaja layak.

Itulah lumrah mana-mana perniagaan, mereka yang terawal dan sama-sama berusaha memajukan syarikat pasti akan mendapat hasilnya walaupun hanya menjadi dropshipper.

Salah satu billboard Sabella sepanjang lebuhraya.

Apa pun sekiranya anda pemilik produk, mungkin anda boleh fikirkan bagaimana untuk aplikasikan sistem dropship di dalam perniagaan anda. Kelebihan sistem dropship adalah pengedar anda tidak perlu fikir untuk menyimpan dan mengurus stok. Modal juga tidak besar.

Banyak syarikat sudah mula berubah kepada sistem dropship dan syarikat saya juga tidak ketinggalan. Sekiranya anda baru ingin menyertai mana-mana program dropship, berikut sedikit tip untuk memilih program dropship terbaik.

  • Sertai program dropship yang baru dan ada potensi untuk berkembang, pada peringkat awal mungkin jualan agak mencabar kerana jenama produk belum dikenali, tetapi sekiranya jenama syarikat/produk sudah terkenal orang terawal pasti mendapat lebih banyak untung.
  • Pilih program dropship yang menjual produk yang mempunyai margin untung yang tinggi, sasaran pelanggan yang besar dan produk mudah dijual.
  • Pastikan pilih syarikat di mana pengasasnya sentiasa menuntut ilmu dan mempunyai mentor yang boleh memberi tunjuk ajar.

Untuk makluman syarikat saya sedang mencari mereka yang berminat untuk menjadi VIP dropshipper. VIP dropshipper ini juga dikenali sebagai CovStore I-Stokis.

Produk D’Care Stevia yang diedarkan oleh CovStore.

Produk jualan kami adalah pengganti gula di bawah jenama D’Care Stevia. Produk ini sangat diperlukan oleh pesakit kencing manis untuk mengawal kadar gula di dalam darah.

Stevia adalah pengganti gula terbaik.

Setakat ini terdapat lebih 3.9 juta penduduk Malaysia sudah disahkan mengidap penyakit kencing manis dan hampir 3 juta lagi berisiko untuk mengidap penyakit yang sama. Jumlah keseluruhan sasaran pelanggan lebih 7 juta di Malaysia. Kelebihan produk yang syarikat saya jual adalah.

  • Ada sijil halal.
  • Sudah 12 tahun dipasaran.
  • Dijual oleh Doktor klinik perubatan.
  • Boleh digunakan dalam minuman, masakan dan bakeri.
  • Harga paling kompetitif di pasaran.
  • Margin untung sehingga 50% untuk pengedar.

Yuran pendaftaran hanya RM50 sahaja seumur hidup. Peserta yang diterima akan terus mendapat harga ejen di mana margin untung permulaan adalah sebanyak 40% (RM12) daripada harga jualan produk (RM30).

Sekiranya peserta berjaya membuat jualan sebanyak RM1,000 sebulan mereka akan mendapat harga produk di mana margin untung mereka adalah sebanyak 50% (RM15).

CovStore I-Stokis jadi stokis dengan modal RM50 sahaja.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi dropship kami jemput sertai group Telegram berikut ==> Group Telegram.

Sebarang pertanyaan whatsapp kami melalui link ini ==> Whatsapp SINI.